Thursday 14 February 2013

Redha; A Small Steps to Begin

Hari ini, genap 33 hari aku tahu didalam diriku ada suatu tanda kebesaran Allah. Tanda keagunganNya untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki buat setiap makhluk dan hambaNya. Memang tidak sedikit sesalku terhadap apa yang berlaku, tetapi lebih besar lagi dugaan dan cabaran yang bakal aku hadapi dalam hidupku ini. Setiap hari, jam, minit dan saat aku dihantui rasa sesal, takut dan marah, namum aku tahu ini adalah sebahagian ujian Allah buat diri aku yang lemah dan hina.

Selama ini, aku kurang ambil tahu tentang masa depan, kesihatan dan paling penting kasih sayang Allah terhadap diriku. Aku lena dalam buaian dunia yang kononnya penuh keseronokan, tapi sebenarnya ia penuh dugaan dan kesusahan, kecuali bagi mereka yang sentiasa ingat dan berdamping dengan Allah. Apa yang berlaku kepada diriku adalan sesuatu diluar kuasa dan kemampuanku untuk membetulkannya. Dan hanya Allah yang mampu membantuku.

Aku perlu redha dan menerima ketentuan ini sebagai satu ujian yang di turunkan Allah terhadap setiap makhlukNya. Mungkin ia berbeza bagi setiap orang, dan bergantung kepada apa yang termampu dihadapi, tapi yang paling utama setiap ujian itu adalah panggilan Allah untuk kita kembali padanya.

I might loose everything I have. My family, career, future and wealth. But this wont stop me from believing in Him and redha with everything he gave me. InsyaAllah, for those who patient and keep on praying, things will get better. We can't see what we are going to have, but trust me when you come back to Him and pray with all your heart, He will listen, path the right way and lead you to happiness again.


O you who have believed, persevere and endure and remain stationed and fear Allah that you may be successful. (Ali-Imraan, 3:200)

1 comment:

  1. :) good :) bagus bagus... redha dan lepaskan perasaan kemudian melangkah.. :D

    ReplyDelete