Monday 23 October 2017

Perkahwinan Pasangan Magnet

Saya tergerak hati untuk berbicara tentang dilema pasangan magnet (positive+negative) yang ingain mendirikan rumah tangga. Kebelakangan ini saya banyak menerima email yang bertanyakan tips, procedure dan tidak kurang juga yang meluahkan perasaan. Banyak yang gusar, tertekan dan tidak pasti tentang keputusan mereka untuk meneruskan hajat mendirikan rumah tangga.

Pada pandangan saya, perkahwinan dan HIV adalah dua perkara yang sangat berbeza. Mungkin ada pembaca tidak setuju dengan pandangan saya tapi tulisan saya ini adalah bersadarkan pengalaman sendiri yang saya lalui.

PERTAMA, untuk berkahwin seseorang itu harus bersedia dari segi emosi, kewangan dan nekad untuk memikul tanggunjawb sebagai suami/isteri. Banyak yang perlu dikorbankan dalam perkahwinan. Dan sekiranya anda tidak kuat dan mudah lari dari masalah, perkahwinan akan menjadi suatu beban. Banyakkan berdoa, sandarkan setiap perbuatan dengan ajaran Islam dan sentiasa berkomunikasi dengan pasangan.

KEDUA, HIV tidak menggangu kehidupan rumah tangga. Anda bebas melepaskan tuntutan batin, mendapatkan zuriat dan sebagainya. Sama seperti orang lain. Dengan ubat dan teknik tertentu, semuanya InsyaAllah akan selamat.

KETIGA, isu mendedahkan status pasangan terhadap keluarga. Dari segi undang-undang, pihak perubatan cuma berhak mendedahkan status anda kepada pasangan sahaja. Anda tidak perlu mendedahkan status kepada ibu bapa atau rakan-rakan. Simpan sendiri dan hadapi bersama. Dalam Islam sekali pun, kita wajib menyimpan aib pasangan kita, bukan?

KEEMPAT, prosedur perkahwinan untuk pasangan magnet sebenarnya cukup mudah. Sama seperti orang lain juga. Jangan tertekan dengan borang yang akan ditanda 'positive' kerana kebanyakan jabatan agama Islam negeri tidak lagi mendedahkan status tersebut dalam borang.

KELIMA, berjaya atau tidak perkahwinan bukan bergantung kepada status. Jika anda suka 'main luar', tidak jujur, tidak sabar,  perkahwinan mudah sahaja akan gagal. Lihat sahaja kes penceraian saban hari. Punca utam - bukan kerana HIV pun. Tapi berpuluh lagi sebab lain. Pasangan HIV yang nekad untuk hidup bersama, selalu berdoa dan berkomunikasi - InsyaAllah akan bahagia smpai ke syurga.

:)