Thursday 25 April 2013

Cerita Cinta: Part II

Malam itu dingin. Hujan masih lagi renyai-renyai. Sayang hanya diam sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Dalam fikirannya, ada lagi perasaan sedih, menyesal bercampur-aduk dengan semangat dan kekuatan baru. Banyak air matanya yang tumpah malam itu.

Pertemuan dengan sahabat-sahabat baru sejak dua hari lepas banyak membuka mata Sayang. Nasihat dan ilmu yang dipelajari benar-benar menyentuh hatinya. Dia terkenangkan ibunya, Kasih dan mereka-mereka yang akan bersedih dengan keadaan dirinya. Sayang tahu, bukan sedikit orang yang risaukan tentang dirinya. Tapi dia seboleh-bolehnya cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa. 

Jauh Sayang mengelamun, telefonnya berdering.

Nama Kasih tertera. Sayang senyum, sambil mengerling kepada rakannya yang masih tekun memandu.

Panjang yang mereka bualkan. Comel sekali gelagat dua orang berkasih-sayang itu. 

"2 mggu lagi B. I macam tak percaya. Huhh." panjang keluhan Sayang.

 Bukan dia ragu-ragu tentang perkahwinan mereka, tapi memikirkan semua kebarangkalian yang akan datang dalam hidup mereka berdua.

"I nak ucapkan terima kasih kerana jadi orang yang paling sabar dalam dunia."
"I nak cakap thanks sebab you sorang je yang faham I A sampai Z, dari hujung rambut ke hujung kaki."
"Kita akan bina hidup kita, dan I berdoa Allah berkati hubungan kita sampai bila-bila."
"We complete each other. I trust that."
"I love you B. Thank you for everything."

Perbualan mereka berdua penuh dengan perasaan cinta. Cantik sungguh. Sayang rasa dirinya cukup bertuah menerima Kasih dalam hidupnya, dikelilingi orang-orang yang faham dan ambil berat tentang dirinya.

"Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Encik Sayang. Allah selamatkan kamu!" alun rakan baiknya dalam kereta itu. Sebagai ucap selamat hari lahir Sayang ke-27.

Sayang hanya mampu tersenyum. Simple saja sambutan hari lahirnya tahun itu, tapi yang paling beerti buat dirinya.

Malam itu berlalu tanpa disedari. Dingin.

3 comments: