Monday 11 March 2013

Repent: Heal You Soul

Salam ukhwah. Siri seterusnya dalam usaha memperbaiki diri menjadi hambaNya yang lebih disayangi.

A-Ghaffar الغفار Maha Pengampun

Nama Allah yang ke-14 ini mempunyai maksud yang sangat besar dan mendalam. Allah, Pencipta alam dan makhluk di dalammya, bersifat kesempurnaan dan mengampunkan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dosa, kecil mahupun besar dan Allah akan mengampunkan setiap dosa itu apabila hambaNya bertaubat dan benar-benar insaf.

Merenung kesilapan diri sendiri yang aku lakukan dahulu. Jika dikira sejak aku akil baligh terlalu banyak, besar dan kecil. Dari tuntutan wajib yang ditinggalkan dan dipermudah-mudahkan sehingga dosa aku terhadap orang tuaku dan mereka disekeliling. Sebelum ini, aku tidak pernah betul-betul berasa bersalah apabila melakukan dosa dan kesalahan. Kalau adapun, sekadar memintak maaf dimulut dan menyesali buat seketika. Dan keinsafan singkat itu hilang begitu sahaja.

Tapi dengan kehadiran hadiah istimewa ini dalam diriku, aku benar-benar tahu betapa besarnya keperluan bertaubat. Menginsafi setiap kesalahan dengan sepenuh hati dan benar-benar bertekad tidak akan mengulanginya lagi. Tatkala aku diselubungi rasa menyesal dan tidak tenang suatu ketika dahulu, aku menyerah diri bertaubat kepada Allah.

Aku habiskan masaku dengan solat taubat, berdoa dan beristghfar. Antara fadhilat utama solat taubat, adalah mendapat ketenangan hati. Dan Alhamdulillah aku benar-benar merasakannya.



Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (At-Tahrim, 66:8)

Tidak ada dosa yang tidak akan diampunkan Allah sekiranya kita bertaubat. Bukan sekadar taubat dimulut, tetapi disertai hati yang insaf, dan perbuatan menahan nafsu dan meninggalkan perbuatan mengambil dadah, zina, liwat, minum arak, judi dan sebagainya itu. Apabila Allah menurunkan kesusahan (contohnya penyakit istimewa ini) keatas kita sebagai hambanya, janganlah disalah tafsir.

Majoriti manusia yang kurang ilmunya akan berfikir;

"Tuhan telah menurunkan bala keatas yang sangat besar diri aku. Aku orang yang hina, dosa aku terlalu banyak dan tak mungkin Allah akan mengampunkan aku. Tak mungkin Allah akan melihat dengan pandangan ihsan dan simpati kepada aku lagi."

Cara berfikir sempit  beginilah yang menyebabkan kita menjadi kurang yakin dengan keampunan Allah dan masa depan cerah yang dijanjikanNya.

Allah itu sangat agung ketentuanNya. Cuba kita fikirkan tentang Firaun. Firaun itu membunuh manusia sesuka hati, menghapuskan bayi-bayi baru lahir yang tiada dosa, dan sehinggakan sanggup mengaku dirinya Tuhan. Sampai begitupun, Allah masih menawarkan keampunan kepada Firaun melalui rasulNya Nabi Musa pada ketika ajalnya tiba. Tapi kerana egonya, Firaun enggan mengaku kesalahan dan bertaubat, maka matilah ia dalam kesesatan.

Besar sangatkan dosa kita sehingga mampu mengatasi dosa Firaun? Sehebat mana kejahatanmu?

Buanglah jauh-jauh perasaan ragu-ragu terhadap keampunan Allah. Jatuhkan ego. Dan mintalah supaya diampunkan segala dosa kita dalam keadaan merendah diri serendah-rendahnya. Jangan ditangguhkan taubat, having second thought dan berfikir "aku taubat hari ini, mungkin aku akan ulangi, dan boleh bertaubat lagi" kerana ia merosakkan iman. Segerakan bertaubat Nasuha, walaupun ia perit untuk dilakukan.

Bertekadlah, kuatkan hati untuk meninggalkan kekhilafan lampau kita. InsyaAllah, hati kita akan menjadi tenang kerana tenangnya hati itu kerana Allah kurniakan, bukan semata-mata kerana taubat kita.

Taubat itu mengubat jiwa. Mengubat kedukaan, kesedihan dan rasa bersalah. Paling penting ia mendekatkan diri kita kepada Maha Pencipta.

Petikan doa taubat yang sangat indah maknanya. Untuk kita hayati!

****

Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
****

Watch this video from Nouman Ali Khan, which among the first video that really open my heart to come back to The Almighty Creator.



2 comments:

  1. tq 4 de sharing its inpired me a lot..well im starting 2 do more than usuall 4 Allah insyaAllah...i think Allahgive me everythng while im giving back nothing to Him..subhanallah...tq dear again 4 de reminder..im lucky being here far away from ppl i love gime me sum space n yme 2 think n do more 2 al Malik (maha agung)..

    ReplyDelete
  2. Slm. True! Solat sunat taubat mmg dpt mnenangkn hati.. Trus beristiqamah kpd NYA.. AMINNN

    ReplyDelete