Saturday 2 March 2013

A Day Full of Experience (Part 2)

(sambungan part 1)

Tidak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan mereka apabila mula memahami apa yang mereka bawa sejak kecil. Mungkin mereka sudah lali dengan ubat yang di telan sejak kecil, tapi berdepan dengan masyarakat yang cetek ilmu dan suka menghukum adalan cabaran paling besar.

Manusia sekeliling tidak kisah. Walaupun kau dilahirkan tanpa dosa, tapi kerana kau ada hadiah ini, kau orang jahat. Kau berpenyakit. Kau tak mampu hidup lama.

Ya Allah Ya-Fattah, bukalah hati mereka untuk tidak menjatuhkan hukum ke atas manusia lain! 

Aku tahu ada insan yang sebenarnya mengambil berat. Yang faham dan bersimpati. Dan merekalah semua sumber kekuatan anak-anak ini. Aku berazam, selagi kudratku ada, selagi mulutku mampu berbicara, aku akan membela nasib mereka.

****

Sesi rawatan dan kaunseling tengahari itu berakhir lewat. Dan aku antara yang terakhir meninggalkan klinik itu. Aku menghabiskan masa lebih 1 jam berbincang dengan doktor aku. 10 minit perbincangan kesihatan aku dan pelan doktor untuk rawatan. Dan selebihnya aku berbicara tentang masalah sebenar yang dihadapi kumpulan istimewa ini.

Stigma, diskriminasi dan penyisihan. Itu yang sebenarnya perjuangan.

Aku nyatakan jelas kepada doktor aku (dan pakar ID yang menyertai perbualan kami selepas itu), kami tidak memerlukan simpati, sebaliknya penerimaan. Penerimaan dalam erti kemaafan terhadap kesalahan kami, tidak menjatuhkan hukum dan faham situasi yang kami hadapi.

Simpati masyarakat terhadap keadaan kesihatan, status kewangan dan cara hidup kami sebenarnya bukan perkara utama yang kami perlukan. Jika risaukan tentang kesihatan, rawatan terbaik di hospital yang diberi percuma dan doktor-doktor yang hebat mampu membantu. Jika risaukan kami tidak berduit, siapa kata kami tidak boleh bekerja dan mencari pendapatan sendiri. Jika risaukan hidup kami akan huru-hara, lihat saja berapa ramai yang bahagia.

Ya Allah Ya-Muhaimin, peliharah kami dari kesusahan, keaiban dan hukuman perasaan manusia ke atas diri kami.

Dalam perjalanan pulang itu, aku siggah melawat ibu saudaraku yang baru selesai menjalani pembedahan membuang malignant kanser payudara. Tidak perlu aku ceritakan di sini. Yang pasti, sekali lagi aku insaf dan benar-benar bersyukur atas nikmat Allah kepada diriku sehingga hari ini.



2 comments:

  1. Salah dengan Allah minta ampun dengan Allah tapi salah dengan manusia kena minta ampun dengan manusia.

    Menjadi PLHIV bukan salah cuma ada insan yang terpilih..sabarlah, Insyallah Allah tutup aib kita. selalu doa dan letak harapan pada Allah. Insyallah

    ReplyDelete
  2. Semoga diberi ketabahan seperti anak-anak comel itu... -ayqazashaz :)

    ReplyDelete