Sunday 17 March 2013

Meeting the Warrior: Part 2

Jujurnya, aku mengambil masa yang agak lama berfikir panjang untuk menghadirkan diri dalam pertemuan bulanan support group Positive Worrior (PW) ini. Tapi aku keringkan hati. Malu dibuang jauh-jauh, asalkan matlamat utamaku menyertai mereka tercapai.

Tujuan asalku menerima pelawaan AHP menyertai PW adalah untuk mendapatkan kembali kekuatan diri, berkongsi perasaan dan mendalami ilmu tentang hadiah Allah ini. Tapi lama-kelamaan, selepas hampir 3 bulan dengan kehidupan baru ni, tujuanku mula berubah. Tidak dinafikan aku masih perlukan bantuan mengawal emosi dan tips-tips kesihatan, namum aku yakin aku sudah mampu menerima kenyataan terhadap ketentuan Allah keatas diriku ini.

Kini aku rasa aku perlu tampil dengan satu azam dan matlamat baru. I want to give back. Membantu mereka yang memerlukan, dan berkongsi cerita dan perasaan. Menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.

Hari ini, berbekalkan strawberry salut coklat, aku bertemu sahabat-sahabat baru yang sangat mengkagumkan. Dulu aku hanya mendengar cerita AHP tentang mereka, tapi pagi tadi aku benar-benar bertemu mereka. Kagum dan respect. Mereka hebat. Memiliki kekuatan seteguh batu dengan pengetahuan setinggi langit. Dan dengan 2 ciri ini, mereka mampu mengubah takdir diri mereka dan ramai yang lain.

Aku masih teringat kata-kata AHP ketika mula-mula bertemu dulu. Dia mahu menjalankan tanggungjawab fardhu kifayah terhadap masyarakat yang memerlukan bantuan. Kenapa tidak aku? Aku yakin aku sudah mampu berdiri, dan bercakap dengan rasional, bukan lagi emosi bila berdepan dengan hadiah Allah ini.

"You all sangat beruntung. Kami dulu tak ada siapa-siapa pun. Ambil kesempatan belajar dari support group ni, and be positive" kata Kak C.

"Dulu keadaan sgt susah. Ubat kene beli sendiri. Berjuang sendiri. Dah merasa semua. Work from the grass-root. Tapi kuatkan juga untuk membantu" kata Abg L R.

"Saya tak tak berapa setuju bila orang panggil ni penyakit. Bukan penyakit, tapi cuma virus. Macam selesema" kata AHP.

Lebih kurang begitulah cakap-cakap orang kuat PW yang aku ingat.

Kata-kata itu nampak simple, ringkas. Tapi maksudnya mendalam. Tepat kena pada mereka yang mendengar. Ada juga yang buat tak endah, berbual buat hal sendiri. Aku tak pedulikan mereka, mungkin tujuan mereka hadir berbeza dengan aku. Yang penting, ramai yang berikan perhatian dan ambil serius.

Niat pertemuan hari ini cukup murni. Menjalinkan silaturrahim dan membantu yang memerlukan. Aku kini lebih faham objektif utama penubuhan PW, Islam dan HIV. Cukup jelas apabila diterangkan oleh Saudara A, kepadaku. Dan inilah yang aku perlukan.

Aku bersyukur ditemukan dengan kumpulan ini. Dikenalkan dengan sahabat-sahabat yang mengkagumkan. Dari seorang kakak yang berkerusi roda, adik yang kuat melawan kesakitan berseorangan dan abang yang hidup dengan time-bomb. Begitupun, tak lekang senyuman penuh semangat diwajah mereka.

Banyak yang aku pelajari. Tak mampu ditulis semuanya disini. Yang utama, aku berdoa kepada As-Sami' supaya dimudahkan urusan sahabat baikku yang bakal mendirikan rumah tangga, dan disembuhkan segala penyakit kepada seluruh adik-beradikku yang aku temui pagi tadi.

"Ubat yang kita perlukan dalam menghadapi hadiah Allah ni sebenarnya bukan ubat fizikal, sebab ubat untuk penyakit ini mana-mana doktor boleh bagi. Yang kita perlukan adalah ubat untuk merawat jiwa, dan Allah sahaja yang mampu memberi ubat yang kita perlukan itu" .





6 comments:

  1. Allahu akbar,
    Dapat sorang lgi bkl pmimpin plapis & pntas mghadam misi pjuangn.
    Alhamdulillah...
    Hismaghfirah rupa2nya...:D
    Thniah
    Xoxo

    ReplyDelete
  2. Terima kasih AHP. Sy sekadar menulis utk peringatan diri sendiri. Mana yg kurang tu sila lah comment, boleh sama-sama berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. :) tak tercakap apa2.

    ReplyDelete