Hatinya Sayang resah. Kadang-kadang jantungnya berdegup kencang. Telefon epal generasi ke-5 itu digenggam erat, menunggu panggilan Kasih yang sejak pagi belum tiba.
"Kenapa tak call I lagi ni?" bisik hati kecil Sayang.
***
Dua-tiga hari lepas, Kasih mendapat panggilan dari pejabat agama. Kasih diminta datang berjumpa pegawai di sana untuk pengesahan permohonan perkahwinannya dengan Sayang. Mereka menghantar permohonan melansungkan pernikahan tak beberapa lama sebelum itu. Hari pernikahan semakin hampir kurang 2 bulan. Jadi permohonan itu perlu disegerakan.
Memang menjadi procedure biasa, pasangan pengantin akan dipanggil ke pejabat agama untuk ditanyakan soalan dan latar belakang perkahwinan itu. Tapi peliknya, Kasih diminta datang dengan bapanya.
Perkara pertama bermain di fikiran mereka, mengapa bapa Kasih perlu dipanggil sekali. Dan Sayang cukup yakin, tidak ada terlulis pun status dirinya dalam borang yang dihantar ke pejabat agama itu. Statusnya menjadi hak peribadi yang perlu dirahsiakan dan disimpan. Tapi mengapa mereka berdua dipanggil. Musykil.
Dan rahsia mereka berdua pasti akan diketahui keluarga Kasih jika bapanya bersama dalam soal-jawab itu nanti.
***
Pagi-pagi lagi, status FB Kasih sudah bertukar.
Neves cheq.
Kasih mengatur langkah penuh kerisaun ke pejabat agama diiringi ayahnya. Dalam hatinya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusannya hari itu. Bibirnya tidak putus-putus berselawat. Dia berserah kepada Alah yang Maha Menetukan apa yang terbaik.
Ketika sampai di pejabat agama itu, Kasih diminta hadir ke bilik pegawai itu berseorangan. Bapanya diminta tunggu diluar. Banyak yang ditanyakan. Kesediaan dirinya untuk bernikah, keadaan keluarga dan persediaan diri menjadi isteri. Tidak sedikit pun ditanyakan tentang status diri Sayang.
Nun jauh diselatan, Sayang masih lagi gusar menantikan khabar berita dari Kasih.
"Dah 10 setengah ni. Interview start 9 pagi. Ade problem ke?" Sayang merungut sendirian.
Tugasnya di pejabat begitu terganggu pagi itu. Semua tak kena. Semua kawan rapat diWhatsapp kan. Tapi tanpa sebarang topic perbualan tertentu. Dia cuba mengalih keresahannya.
Tiba-tiba telefonnya berdering.
"B, I dah habis. Dah settle semua. Alhamdulillah. Takde ape nak risau. Diorang tak tanye ape-ape pn pasal you. Ayah pn tak tau" Kasih memulakan perbualan.
"Bila you habis? Kenapa tak telefon I? I macam orang gila tunggu kat sini tau!" jerit Sayang.
"Hahaha. Sebab I nak kenekan you. Ha tau takuttt!" balas Kasih diiringi tawa panjangnya yang cukup manis itu.
Mereka berdua mengucapkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah. Dalam kegembiraan mereka pagi itu. jelas di hati mereka betapa besarnya kuasa Allah untuk menudahkan perkara yang dikehendakiNya. Mereka semakin sedar, doa dengan hati yang ikhlas adalah kunci untuk dipermudahkan jalan cerita cinta mereka.
Banyak lagi yang akan mereka tempuhi. Jalan cerita yang akan mereka tulis dalam novel hidup mereka berdua.
Thursday, 21 March 2013
Sunday, 17 March 2013
Meeting the Warrior: Part 2
Jujurnya, aku mengambil masa yang agak lama berfikir panjang untuk menghadirkan diri dalam pertemuan bulanan support group Positive Worrior (PW) ini. Tapi aku keringkan hati. Malu dibuang jauh-jauh, asalkan matlamat utamaku menyertai mereka tercapai.
Tujuan asalku menerima pelawaan AHP menyertai PW adalah untuk mendapatkan kembali kekuatan diri, berkongsi perasaan dan mendalami ilmu tentang hadiah Allah ini. Tapi lama-kelamaan, selepas hampir 3 bulan dengan kehidupan baru ni, tujuanku mula berubah. Tidak dinafikan aku masih perlukan bantuan mengawal emosi dan tips-tips kesihatan, namum aku yakin aku sudah mampu menerima kenyataan terhadap ketentuan Allah keatas diriku ini.
Kini aku rasa aku perlu tampil dengan satu azam dan matlamat baru. I want to give back. Membantu mereka yang memerlukan, dan berkongsi cerita dan perasaan. Menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.
Hari ini, berbekalkan strawberry salut coklat, aku bertemu sahabat-sahabat baru yang sangat mengkagumkan. Dulu aku hanya mendengar cerita AHP tentang mereka, tapi pagi tadi aku benar-benar bertemu mereka. Kagum dan respect. Mereka hebat. Memiliki kekuatan seteguh batu dengan pengetahuan setinggi langit. Dan dengan 2 ciri ini, mereka mampu mengubah takdir diri mereka dan ramai yang lain.
Aku masih teringat kata-kata AHP ketika mula-mula bertemu dulu. Dia mahu menjalankan tanggungjawab fardhu kifayah terhadap masyarakat yang memerlukan bantuan. Kenapa tidak aku? Aku yakin aku sudah mampu berdiri, dan bercakap dengan rasional, bukan lagi emosi bila berdepan dengan hadiah Allah ini.
"You all sangat beruntung. Kami dulu tak ada siapa-siapa pun. Ambil kesempatan belajar dari support group ni, and be positive" kata Kak C.
"Dulu keadaan sgt susah. Ubat kene beli sendiri. Berjuang sendiri. Dah merasa semua. Work from the grass-root. Tapi kuatkan juga untuk membantu" kata Abg L R.
"Saya tak tak berapa setuju bila orang panggil ni penyakit. Bukan penyakit, tapi cuma virus. Macam selesema" kata AHP.
Lebih kurang begitulah cakap-cakap orang kuat PW yang aku ingat.
Kata-kata itu nampak simple, ringkas. Tapi maksudnya mendalam. Tepat kena pada mereka yang mendengar. Ada juga yang buat tak endah, berbual buat hal sendiri. Aku tak pedulikan mereka, mungkin tujuan mereka hadir berbeza dengan aku. Yang penting, ramai yang berikan perhatian dan ambil serius.
Niat pertemuan hari ini cukup murni. Menjalinkan silaturrahim dan membantu yang memerlukan. Aku kini lebih faham objektif utama penubuhan PW, Islam dan HIV. Cukup jelas apabila diterangkan oleh Saudara A, kepadaku. Dan inilah yang aku perlukan.
Aku bersyukur ditemukan dengan kumpulan ini. Dikenalkan dengan sahabat-sahabat yang mengkagumkan. Dari seorang kakak yang berkerusi roda, adik yang kuat melawan kesakitan berseorangan dan abang yang hidup dengan time-bomb. Begitupun, tak lekang senyuman penuh semangat diwajah mereka.
Banyak yang aku pelajari. Tak mampu ditulis semuanya disini. Yang utama, aku berdoa kepada As-Sami' supaya dimudahkan urusan sahabat baikku yang bakal mendirikan rumah tangga, dan disembuhkan segala penyakit kepada seluruh adik-beradikku yang aku temui pagi tadi.
"Ubat yang kita perlukan dalam menghadapi hadiah Allah ni sebenarnya bukan ubat fizikal, sebab ubat untuk penyakit ini mana-mana doktor boleh bagi. Yang kita perlukan adalah ubat untuk merawat jiwa, dan Allah sahaja yang mampu memberi ubat yang kita perlukan itu" .

Monday, 11 March 2013
Repent: Heal You Soul
Salam ukhwah. Siri seterusnya dalam usaha memperbaiki diri menjadi hambaNya yang lebih disayangi.
Nama Allah yang ke-14 ini mempunyai maksud yang sangat besar dan mendalam. Allah, Pencipta alam dan makhluk di dalammya, bersifat kesempurnaan dan mengampunkan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dosa, kecil mahupun besar dan Allah akan mengampunkan setiap dosa itu apabila hambaNya bertaubat dan benar-benar insaf.
Merenung kesilapan diri sendiri yang aku lakukan dahulu. Jika dikira sejak aku akil baligh terlalu banyak, besar dan kecil. Dari tuntutan wajib yang ditinggalkan dan dipermudah-mudahkan sehingga dosa aku terhadap orang tuaku dan mereka disekeliling. Sebelum ini, aku tidak pernah betul-betul berasa bersalah apabila melakukan dosa dan kesalahan. Kalau adapun, sekadar memintak maaf dimulut dan menyesali buat seketika. Dan keinsafan singkat itu hilang begitu sahaja.
Tapi dengan kehadiran hadiah istimewa ini dalam diriku, aku benar-benar tahu betapa besarnya keperluan bertaubat. Menginsafi setiap kesalahan dengan sepenuh hati dan benar-benar bertekad tidak akan mengulanginya lagi. Tatkala aku diselubungi rasa menyesal dan tidak tenang suatu ketika dahulu, aku menyerah diri bertaubat kepada Allah.
Aku habiskan masaku dengan solat taubat, berdoa dan beristghfar. Antara fadhilat utama solat taubat, adalah mendapat ketenangan hati. Dan Alhamdulillah aku benar-benar merasakannya.
Tidak ada dosa yang tidak akan diampunkan Allah sekiranya kita bertaubat. Bukan sekadar taubat dimulut, tetapi disertai hati yang insaf, dan perbuatan menahan nafsu dan meninggalkan perbuatan mengambil dadah, zina, liwat, minum arak, judi dan sebagainya itu. Apabila Allah menurunkan kesusahan (contohnya penyakit istimewa ini) keatas kita sebagai hambanya, janganlah disalah tafsir.
Majoriti manusia yang kurang ilmunya akan berfikir;
"Tuhan telah menurunkan bala keatas yang sangat besar diri aku. Aku orang yang hina, dosa aku terlalu banyak dan tak mungkin Allah akan mengampunkan aku. Tak mungkin Allah akan melihat dengan pandangan ihsan dan simpati kepada aku lagi."
Cara berfikir sempit beginilah yang menyebabkan kita menjadi kurang yakin dengan keampunan Allah dan masa depan cerah yang dijanjikanNya.
Allah itu sangat agung ketentuanNya. Cuba kita fikirkan tentang Firaun. Firaun itu membunuh manusia sesuka hati, menghapuskan bayi-bayi baru lahir yang tiada dosa, dan sehinggakan sanggup mengaku dirinya Tuhan. Sampai begitupun, Allah masih menawarkan keampunan kepada Firaun melalui rasulNya Nabi Musa pada ketika ajalnya tiba. Tapi kerana egonya, Firaun enggan mengaku kesalahan dan bertaubat, maka matilah ia dalam kesesatan.
Besar sangatkan dosa kita sehingga mampu mengatasi dosa Firaun? Sehebat mana kejahatanmu?
Buanglah jauh-jauh perasaan ragu-ragu terhadap keampunan Allah. Jatuhkan ego. Dan mintalah supaya diampunkan segala dosa kita dalam keadaan merendah diri serendah-rendahnya. Jangan ditangguhkan taubat, having second thought dan berfikir "aku taubat hari ini, mungkin aku akan ulangi, dan boleh bertaubat lagi" kerana ia merosakkan iman. Segerakan bertaubat Nasuha, walaupun ia perit untuk dilakukan.
Bertekadlah, kuatkan hati untuk meninggalkan kekhilafan lampau kita. InsyaAllah, hati kita akan menjadi tenang kerana tenangnya hati itu kerana Allah kurniakan, bukan semata-mata kerana taubat kita.
Taubat itu mengubat jiwa. Mengubat kedukaan, kesedihan dan rasa bersalah. Paling penting ia mendekatkan diri kita kepada Maha Pencipta.
Petikan doa taubat yang sangat indah maknanya. Untuk kita hayati!
****
Watch this video from Nouman Ali Khan, which among the first video that really open my heart to come back to The Almighty Creator.
A-Ghaffar الغفار Maha Pengampun
Nama Allah yang ke-14 ini mempunyai maksud yang sangat besar dan mendalam. Allah, Pencipta alam dan makhluk di dalammya, bersifat kesempurnaan dan mengampunkan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dosa, kecil mahupun besar dan Allah akan mengampunkan setiap dosa itu apabila hambaNya bertaubat dan benar-benar insaf.
Merenung kesilapan diri sendiri yang aku lakukan dahulu. Jika dikira sejak aku akil baligh terlalu banyak, besar dan kecil. Dari tuntutan wajib yang ditinggalkan dan dipermudah-mudahkan sehingga dosa aku terhadap orang tuaku dan mereka disekeliling. Sebelum ini, aku tidak pernah betul-betul berasa bersalah apabila melakukan dosa dan kesalahan. Kalau adapun, sekadar memintak maaf dimulut dan menyesali buat seketika. Dan keinsafan singkat itu hilang begitu sahaja.
Tapi dengan kehadiran hadiah istimewa ini dalam diriku, aku benar-benar tahu betapa besarnya keperluan bertaubat. Menginsafi setiap kesalahan dengan sepenuh hati dan benar-benar bertekad tidak akan mengulanginya lagi. Tatkala aku diselubungi rasa menyesal dan tidak tenang suatu ketika dahulu, aku menyerah diri bertaubat kepada Allah.
Aku habiskan masaku dengan solat taubat, berdoa dan beristghfar. Antara fadhilat utama solat taubat, adalah mendapat ketenangan hati. Dan Alhamdulillah aku benar-benar merasakannya.
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (At-Tahrim, 66:8)
Tidak ada dosa yang tidak akan diampunkan Allah sekiranya kita bertaubat. Bukan sekadar taubat dimulut, tetapi disertai hati yang insaf, dan perbuatan menahan nafsu dan meninggalkan perbuatan mengambil dadah, zina, liwat, minum arak, judi dan sebagainya itu. Apabila Allah menurunkan kesusahan (contohnya penyakit istimewa ini) keatas kita sebagai hambanya, janganlah disalah tafsir.
Majoriti manusia yang kurang ilmunya akan berfikir;
"Tuhan telah menurunkan bala keatas yang sangat besar diri aku. Aku orang yang hina, dosa aku terlalu banyak dan tak mungkin Allah akan mengampunkan aku. Tak mungkin Allah akan melihat dengan pandangan ihsan dan simpati kepada aku lagi."
Cara berfikir sempit beginilah yang menyebabkan kita menjadi kurang yakin dengan keampunan Allah dan masa depan cerah yang dijanjikanNya.
Allah itu sangat agung ketentuanNya. Cuba kita fikirkan tentang Firaun. Firaun itu membunuh manusia sesuka hati, menghapuskan bayi-bayi baru lahir yang tiada dosa, dan sehinggakan sanggup mengaku dirinya Tuhan. Sampai begitupun, Allah masih menawarkan keampunan kepada Firaun melalui rasulNya Nabi Musa pada ketika ajalnya tiba. Tapi kerana egonya, Firaun enggan mengaku kesalahan dan bertaubat, maka matilah ia dalam kesesatan.
Besar sangatkan dosa kita sehingga mampu mengatasi dosa Firaun? Sehebat mana kejahatanmu?
Buanglah jauh-jauh perasaan ragu-ragu terhadap keampunan Allah. Jatuhkan ego. Dan mintalah supaya diampunkan segala dosa kita dalam keadaan merendah diri serendah-rendahnya. Jangan ditangguhkan taubat, having second thought dan berfikir "aku taubat hari ini, mungkin aku akan ulangi, dan boleh bertaubat lagi" kerana ia merosakkan iman. Segerakan bertaubat Nasuha, walaupun ia perit untuk dilakukan.
Bertekadlah, kuatkan hati untuk meninggalkan kekhilafan lampau kita. InsyaAllah, hati kita akan menjadi tenang kerana tenangnya hati itu kerana Allah kurniakan, bukan semata-mata kerana taubat kita.
Taubat itu mengubat jiwa. Mengubat kedukaan, kesedihan dan rasa bersalah. Paling penting ia mendekatkan diri kita kepada Maha Pencipta.
Petikan doa taubat yang sangat indah maknanya. Untuk kita hayati!
****
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
****Watch this video from Nouman Ali Khan, which among the first video that really open my heart to come back to The Almighty Creator.
Tuesday, 5 March 2013
Hidup ini Jihad; Besar dan Kecil
Satu Malaya kecoh. Pencerobohon di Sabah bukan lagi isu kecil bualan pagi-pagi, sekarang sudah jadi isu utama negara, bakal di catat dalam sejarah sampai bila-bila.
Akus sekadar mendengar, membaca, mengambil tahu dan mampu berdoa. Selebihnya, aku tahu aku tidak berupaya memikul senjata atau menyumbang wang ringgit. Tapi doa itu kan senjata terkuat bagi seorang Muslim, dan umat Islam. Aku kirimkan doa untuk keselamatan pejuang kita dan supaya cepatnya selesai tragedi di Sabah itu.
Polis, tentera dan pasukan keselamatan lain itu berjihad. Berjihad mempertahankan kedaulatan tanah air. Tempat kita dilahirkan, tempat kita tinggal mencari rezeki, dan mungkin tempat kita akan mati nanti. Mungkin di sabah itu tidak tepat dikatakan berjihad mempertahankan agama. Tapi berkorban nyawa untuk memastikan negara ini tidak diceroboh adalah jihad juga dalam Islam.
Walaupun aku jauh dari tempat bergolak itu, tapi aku faham benar bagaimana perasaan para pejuang kita. Aku pernah berada di situasi itu, bila keselamatan, perasaan takut dan nyawa menjadi mainan. Dijadikan pertaruhan. Berdebar, takut, resah segalanya datang. Tanpa semangat yang melangit dan berserah segala-galanya kepada Allah, tak mungkin mereka mampu berada di sana. Dan buat mereka yang ditinggalkan, keluarga anak isteri ibu bapa adik-beradik, tentu sukar melelapkan mata. Pasti sekali risau siang malam sehingga yang tersayang pulang ke depan mata. Bukan sedikit kekuatan diperlukan untuk melawan perasaan dan emosi.
Jihad itu sendiri bermaksud bersungguh-sungguh. Melakukan sesuatu sepenuh hati untuk mencapat matlamat dan cita-cita yang baik dan dibenarkan.
Jihad melawan musuh, mempertahankan negara, menegakkan agama masih dikira jihad kecil. Walaupun martabatnya sangat tinggi disisi Islam, tapi masih ada lagi jihad yang lebih utama.
Yang utama, berjuang melawan kehendak dan tuntutan nafsu dalam diri sendiri. Biar apa pun kehendak itu, jika bertentangan dengan syarak dan Islam, hendaklah diperangi. Susah bukan? Kalau orang bersenapang depan mata kita nampak, boleh di tangkap dan dikurung. Lepas tu tak nampak lagi. Tapi kalau nafsu sendiri, berapa lama boleh dikurung? Pasti ia datang kembali. Dan kerana itu lah, Nabi SAW bersabda;
"Sesungguhnya musuh yang paling ketat adalah diantara lambungmu"
Tanpa iman, ilmu, hidayah Allah dan persekitaran yang baik, aku pasti tiada yang mampu melawan musuh dalaman yang sangat hebat ini. Aku sendiri sentiasa tewas, dan perjuangan ini berterusan. Memang Allah turunkan ujian maha dahsyat ini untuk melihat hambanya yang mana betul-betul ingat dan patuh pada segala suruhan dan meninggalkan larangan.
Perjuangan melawan nafsu dan menegakkan akidah itu pasti dilalui setiap manusia. Tiada yang terkecuali, melainkan mereka yang kurang waras dan anak kecil . Tapi, peluang melakuan jihad kecil juga tidak mahu aku lepaskan. Aku tahu aku tak layak membidik senapang, tapi aku akan berjuang dengan caraku sendiri.
Denagn hadiah Allah ini dalam diriku, aku bertekad untuk membantu dan membetulkan mana yang terdaya. Banyak insan yang senasib perlukan bantuan, dan dengan kudrat dan ilmu yang sedikit ini aku ingin melakukan sesuatu untuk mengubah nasib mereka. Biarlah semuanya gembira dan mendapat rahmat Allah. Masyarakat kini juga penuh dengan masalah duniawi. Tidak terhitung, berbagai-bagai. Ia bagaikan wabak yang memakan diri perlahan-lahan dan kelamaan akan memusnahkan nilai-nilai mulia. Mungkin aku boleh melakukan sesuatu untuk mengubah dan mengubat wabak ini.
Aku tahu ada mereka-mereka yang akan berjuang bersamaku. Mereka-mereka yang membaca cebisan tulisan aku ini. Bukankah ini jihad juga?

Saturday, 2 March 2013
A Day Full of Experience (Part 2)
(sambungan part 1)
Tidak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan mereka apabila mula memahami apa yang mereka bawa sejak kecil. Mungkin mereka sudah lali dengan ubat yang di telan sejak kecil, tapi berdepan dengan masyarakat yang cetek ilmu dan suka menghukum adalan cabaran paling besar.
Manusia sekeliling tidak kisah. Walaupun kau dilahirkan tanpa dosa, tapi kerana kau ada hadiah ini, kau orang jahat. Kau berpenyakit. Kau tak mampu hidup lama.
Ya Allah Ya-Fattah, bukalah hati mereka untuk tidak menjatuhkan hukum ke atas manusia lain!
Aku tahu ada insan yang sebenarnya mengambil berat. Yang faham dan bersimpati. Dan merekalah semua sumber kekuatan anak-anak ini. Aku berazam, selagi kudratku ada, selagi mulutku mampu berbicara, aku akan membela nasib mereka.
****
Sesi rawatan dan kaunseling tengahari itu berakhir lewat. Dan aku antara yang terakhir meninggalkan klinik itu. Aku menghabiskan masa lebih 1 jam berbincang dengan doktor aku. 10 minit perbincangan kesihatan aku dan pelan doktor untuk rawatan. Dan selebihnya aku berbicara tentang masalah sebenar yang dihadapi kumpulan istimewa ini.
Stigma, diskriminasi dan penyisihan. Itu yang sebenarnya perjuangan.
Aku nyatakan jelas kepada doktor aku (dan pakar ID yang menyertai perbualan kami selepas itu), kami tidak memerlukan simpati, sebaliknya penerimaan. Penerimaan dalam erti kemaafan terhadap kesalahan kami, tidak menjatuhkan hukum dan faham situasi yang kami hadapi.
Simpati masyarakat terhadap keadaan kesihatan, status kewangan dan cara hidup kami sebenarnya bukan perkara utama yang kami perlukan. Jika risaukan tentang kesihatan, rawatan terbaik di hospital yang diberi percuma dan doktor-doktor yang hebat mampu membantu. Jika risaukan kami tidak berduit, siapa kata kami tidak boleh bekerja dan mencari pendapatan sendiri. Jika risaukan hidup kami akan huru-hara, lihat saja berapa ramai yang bahagia.
Ya Allah Ya-Muhaimin, peliharah kami dari kesusahan, keaiban dan hukuman perasaan manusia ke atas diri kami.
Dalam perjalanan pulang itu, aku siggah melawat ibu saudaraku yang baru selesai menjalani pembedahan membuang malignant kanser payudara. Tidak perlu aku ceritakan di sini. Yang pasti, sekali lagi aku insaf dan benar-benar bersyukur atas nikmat Allah kepada diriku sehingga hari ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)