Tuesday 2 July 2013

International AIDS Society Conference 2013

Aku cuba mengupas IAS 2013 dengan bahasa yang lebih senang difahami. Kurang teknikal, lebih ramai yang akan menghargai.

***

Bermula 30 Jun hingga 3 July 2013 (masih ada sehari lagi), berlangsung International AIDS Society Conference (IAS 2013) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). IAS, atau Persatuan AIDS Antarabangsa akan mengadakan persidangan setiap dua tahun untuk membincangkan isu-isu berkaitan HIV/AIDS dikalangan ahli akademik, penyelidik, doktor, aktivis sosial dan pembawa HIV sendiri.

Topik yang dibincangkan telah dikategorikan kepada 3 kumpulan utama; pathenogenesis (cara sebaran), treatment (rawatan) dan prevention (kawalan). Dalam setiap kumpulan pula, terdapat beberapa bidang kepakaran yang diperincikan oleh kumpulan pakar dan penyelidik.

Setiap 2 tahun, IAS akan mengumpulkan penemuan-penemuan baru, jurnal dan hasil tulisan akademik untuk dikongsi dengan seluruh keluarga penyelidik. Untuk IAS 2013 di Kuala Lumpur ini, lebih kurang 50 dari beratus-ratus hasil kajian berkaitan HIV/AIDS dipilih untuk dibentangkan. Delegasi penyelidik, saintis, doktor, pakar sosial dan pembawa HIV yang keseluruhannya berjumlah hampir 5000 berkumpul di suatu medan untuk berkongsi kepakaran dan mencari jalan penyelesaian kepada pandemik HIV/AIDS.

Kita patut berasa bangga kerana IAS 2013 telah dianjurkan bersama oleh suatu badan penyelidik di Malaysia sendiri. IAS telah bergabung usaha bersama Center of Excellence for Research in AIDS (CERiA), University Malaya untuk menjayakan IAS 2013 tahun ini. Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa negara kita Malaysia mempunyai satu badan khas milik University Malaya yang menjalankan penyelidikan terhadap HIV/AIDS. Dan CERiA sendiri dipengerusikan oleh Professor Dr Adeeba Kamruzzaman, seorang doktor pakar dalam bidang HIV/AIDS.

Professor Françoise Barré-Sinoussi dan Prof Dr Adeeba Kamaruzzaman; Pengerusi bersama IAS 2013. Prof Barre adalah Penerima Anugerah Nobel 2008 kerana menemukan HIV pada 1981.

Jujurnya, aku juga kurang mengerti tentang topik yang dibincangkan kerana ia terlalu teknikal dan penuh dengan terma-terma perubatan. Tapi ia memang minat aku untuk membaca tentang selok-belok perubatan, dan jika aku ada masa nanti, akan aku kongsikan serba sedikit yang aku fahami.

Buat masa ini, banyak berita baik yang aku dengar hasil IAS 2013. Contohnya, teknologi baru dalam kombinasi HAART, penemuan vaksin untuk pencegahan awal, dan akses untuk PLHIV bekerja/belajar di luar negara. Nanti aku kongsikan lagi.

Jangan malas membaca. Nak tahu lebih banyak, sila korek segala info di:



1 comment: