Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Monday, 23 October 2017

Perkahwinan Pasangan Magnet

Saya tergerak hati untuk berbicara tentang dilema pasangan magnet (positive+negative) yang ingain mendirikan rumah tangga. Kebelakangan ini saya banyak menerima email yang bertanyakan tips, procedure dan tidak kurang juga yang meluahkan perasaan. Banyak yang gusar, tertekan dan tidak pasti tentang keputusan mereka untuk meneruskan hajat mendirikan rumah tangga.

Pada pandangan saya, perkahwinan dan HIV adalah dua perkara yang sangat berbeza. Mungkin ada pembaca tidak setuju dengan pandangan saya tapi tulisan saya ini adalah bersadarkan pengalaman sendiri yang saya lalui.

PERTAMA, untuk berkahwin seseorang itu harus bersedia dari segi emosi, kewangan dan nekad untuk memikul tanggunjawb sebagai suami/isteri. Banyak yang perlu dikorbankan dalam perkahwinan. Dan sekiranya anda tidak kuat dan mudah lari dari masalah, perkahwinan akan menjadi suatu beban. Banyakkan berdoa, sandarkan setiap perbuatan dengan ajaran Islam dan sentiasa berkomunikasi dengan pasangan.

KEDUA, HIV tidak menggangu kehidupan rumah tangga. Anda bebas melepaskan tuntutan batin, mendapatkan zuriat dan sebagainya. Sama seperti orang lain. Dengan ubat dan teknik tertentu, semuanya InsyaAllah akan selamat.

KETIGA, isu mendedahkan status pasangan terhadap keluarga. Dari segi undang-undang, pihak perubatan cuma berhak mendedahkan status anda kepada pasangan sahaja. Anda tidak perlu mendedahkan status kepada ibu bapa atau rakan-rakan. Simpan sendiri dan hadapi bersama. Dalam Islam sekali pun, kita wajib menyimpan aib pasangan kita, bukan?

KEEMPAT, prosedur perkahwinan untuk pasangan magnet sebenarnya cukup mudah. Sama seperti orang lain juga. Jangan tertekan dengan borang yang akan ditanda 'positive' kerana kebanyakan jabatan agama Islam negeri tidak lagi mendedahkan status tersebut dalam borang.

KELIMA, berjaya atau tidak perkahwinan bukan bergantung kepada status. Jika anda suka 'main luar', tidak jujur, tidak sabar,  perkahwinan mudah sahaja akan gagal. Lihat sahaja kes penceraian saban hari. Punca utam - bukan kerana HIV pun. Tapi berpuluh lagi sebab lain. Pasangan HIV yang nekad untuk hidup bersama, selalu berdoa dan berkomunikasi - InsyaAllah akan bahagia smpai ke syurga.

:)

Thursday, 24 October 2013

Control Your Anger!

Kawal kemarahan anda. Usap dada perlahan-lahan dan lafazkan istighfar sehingga tenang. Jangan lakukan apa-apa sehingga kita benar-benar yakin kita mampu mengawal kemarahan. Ini merupakan langkah pertama apabila berdepan dengan konflik atau menerima berita yang mengecewakan.

****

Isnin lepas, aku mengalami beberapa peristiwa yang benar-benar menyebabkan aku menyesal. Dalam pada itu, mengajar aku erti kesabaran tatkala berdepan dengan situasi yang menaikkan darah. Kerana ikutkan hati dan amarah, aku telah menyusahkan diri sendiri, keluargaku dan paling perit, banyak duitku melayang. Rugi dan menyesal usah dikata, tapi benda dah berlaku. Menyesal dan telan saja lah.

Pagi itu, aku dijadualkan mengambil satu assessment tahunan untuk kenaikan pangkat. Pagi-pagi lagi aku telah sampai dibilik yang ditetapkan, dan bersedia menunggu kehadiran 2 panel yang akan menilai prestasi aku. 1.5 jam menunggu seperti tunggul, masuk seorang staff memberitahu sesi aku dibatalkan kerana panel tersebut tidak dapat hadir. Aku menyirap, namun aku cuba mengawal perasaan didepan staff tersebut. Dalam nada protes, aku mengemas barang-barangku dan berlalu keluar tanpa menoleh.

Kemarahanku terpendam sekian lama sebenarnya. Ini merupakan kali ke 4 mereka menangguhkan sesi tersebut sejak Ogos lagi. Alasan sama, panel tidak dapat memberi komitmen, sedangkan mereka dambakan komitmen 110% dari staff bawahan. Cakap tak serupa bikin. Nasib lah, bekerja dengan orang. Begitupun, aku masih bersyukur :).

Aku kembali ke keretaku dan memandu pulang kerumah. Dek rasa marah yang amat sangat, tanganku sibuk menulis status FB & Twitter. Aku menelefon F, sambil terjerit-jerit melepaskan perasaan. Tangan kiriku memegang erat steering, sambil mengetap bibir. Entah bagaimana, disatu simpang aku hilang fokus dan..

BBBBAANNNGGGG!!

Tatkala aku tersedar, keretaku sudah mencium punggung sebuah lagi kereta, dipandu seorang wanita. Aku berhenti dan keluar melihat kesannya. Kaget. Bertambah-tambah api dalam hati. Aku bertekak dengan wanita itu menyalahkan satu sama lain. 

Lama selepas itu, seperti Allah membuka pandangan, aku tersedar yang aku telah bertindak diluar kawalan. Melampaui batasan adab dan menyalahkan taqdir. Cepat-cepat usapkan dada, dan duduk sebentar ditembok jalan. Aku pergi kepada wanita tadi dan memohon maaf. Syukur, dia pun melakukan yang sama. Aku ceritakan masalahku dan dia memahami. Business card bertukar tangan, dan kami berlalu pergi dengan persetujuan aku akan membayar segala kos baiki kedua-dua kereta. 

***

Aku ingin membawa sahabat-sahabat semua kepada hadith Rasulullah;

Suatu ketika, Rasulullahﷺbertanya kepada para sahabat. “Siapakah orang yang paling kuat di kalangan kamu?”Maka para sahabat memberi berbagai-bagai jawapan. Rasulullahﷺ  lalu berkata,“Bukanlah orang yang kuat itu orang yang banyaknya berperang (selalu menumpaskan orang lain); Sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jelas diajar oleh Rasulullah, bahawa mengawal kemarahan adalah salah satu kekuatan yang wajib ada dalam diri setiap dari kita. Hadith di atas menegaskan betapa pentingnya kita menahan diri daripada  sifat marah. Banyak insiden yang tidak diingini boleh dielakkan sekiranya kita berjaya menahan marah. Perkara mudah akan menjadi rumit, yang kecil akan merebak menjadi besar. 

Jadi, bagaimana mahu mengawal kemarahan?

1. Membaca Ta'awudh

A`ūdhu billāhi min ash-shaitāni r-rajīmi (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم). 

2. Ambil wudhu'dan minum air

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah. 

Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).

Minum air!!!

3. Ubah posisi

Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila kamu marah dan ketika itu dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana ia akan mehilangkan kemarahan Dan jika tidak, hendaklah dia berbaring.: (Riwayat Muslim)

Jangan marah-marah. Happy-happy selalu #tipsnaikkanCD4.

Friday, 19 July 2013

Thank you Mom for bringing me to this world!

It was my birthday yesterday. And I am 188 days old with this gift.

Alhamdulillah, Allah still allow me to breath the air, and celebrate another birthday. But of course, it is different this year :). In Ramadhan summore. Haha.

Talking about birthday, my best friend and I had different opinion regarding the celebration. We both agree that the celebration for our birthday shall be given to our mother who carry us 9 months and endure the pain during labor. On our birthday, we did nothing but crying. The one who gave most effort is our mother. So, all the well wishes, du'a and present shall be dedicated to them, not us. They deserve great words of love and sincere thank you from us.

Mom text me on the eve of my birthday, pass midnight. I already slept and read the text next morning. She pray that I will be better Muslim and great brother to my siblings. InsyaAllah.

I pissed off earlier when nobody care about my birthday. Very childish isn't it? But apparently my loves one from all over the world do care and made a very touching video. They just knew me sooo well. And another surprise prank tonight (with whipped cream all over my body) after our weekly badminton session. I feel bless, to have families and friends who treasure me, as much as I treasure every single one of them.

And buy Allah fate, I share my birthday with the Abg Iz, the one who helps me much during my grieving days. Happy birthday to you! And well wished from PWSG also pouring in.

Enough of rambling. Time to off to bed. Oh Allah, allow me to celebrate another birthday next year. Ameen!



Wednesday, 10 July 2013

My latest CD4 count, fresh from Sg Buloh. Syukur!

Salam Ramadhan. Syukur setinggi-tingginya kepada Allah kerana tahun ini aku sekali lagi dapat bertemu bulan barkah ini, dan merasai nikmatnya puasa.

Sebenarnya memang bukan dirancang untuk aku mengambil keputusan ujian darahku hari ini. Aku sekadar mengikuti tarikh yang diberikan dan hadir seawal 745 pagi di pintu pagar HSB. Jujurnya, aku memang berdebar. Mereka-mereka yang tahu cukup memahami perasaan aku sejak semalam. Tak senang duduk. Mengalahkan orang nak pergi bernikah.

Tapi rahmat Ramadhan, urusanku pagi ini cukup mudah. Ambik nombor (orang ke-11) dan meminta untuk berjumpa Dr Anuradha. Kemudian aku menunggu, sambil ditemani novel dan whatsapp. Seperti berjanji, aku bertemu 2 lagi sahabat senasib yang kami sememangnya rapat dalam PPWM.

Kurang lebih sejam menunggu, nomborku dipanggil. Bilik 3. Aku bertemu Dr Ben, seorang lagi ID consultant kerana Dr Anuradha masih belum sampai ke klinik. Tanpa berlengah, dia terus menunjukkan keputusan ujian darah aku 2 minggu lepas. Aku sendiri agak terkejut kerana keputusan itu jauh dari jangkaan. Hampir sekali ganda dari bacaan ketika aku mula-mula didiagnos.

Dr Ben hanya tersenyum. Perkara sebegini biasa terjadi katanya. Amalkan cara hidup sihat dan teruskan bersikap positif dan ceria.

Sebelum masuk berjumpa Dr Ben, aku telah sediakan beberapa set soalan.

Soalan 1: New WHO guideline that was launched during IAS 2013. Antara lain menyarankan supaya rawatan HAART dimulakan apabila baccan CD4 kurang 500.

Jawapan: Cara rawatan tersebut memang telah dimulakan di beberapa negara maju sejak 5 tahun kebelakangan. Dan daripada kajian pakar-pakar mereka, memang terbukti secara saintifik dan statistik, tahap kesihatan pesakit akan bertambah baik untuk jangka masa panjang (15-20 tahun). Kementerian memang sedang mengkaji dari segi kos/bebanan kerajaan untuk mengikuti panduan terbaru ini, dan akan dilaksanakan dalam amsa terdekat. - Ini jawapan peribadi Dr Ben. Mungkin terdapat pandangan lain dari doktor berbeza.

Soalan 2: Pengambilan tablet Vitamin C untuk meningkatkan antibodi. Apa kebaikan serta kesan terhadap buah pinggang dan hati?

Jawapan: Pengambilan vitamin C tidak memberikan kesan ketara terhadap buah pinggang dan hati. Ini kerana  vitamin C sendiri memang baik untuk sistem pertahanan tubuh. Tapi masih terdapat kesan sampingan kerana bahan yang digunakan untuk membuat sarung kapsul, pewarna dan bahan tambahan untuk ketahanan pil berbeza dari setiap jenama. Ini tidak dapat dipastikan melainkan pil vitamin c tersebut memang diakui oleh Kementerian Kesihatan dan digunakan di hospital-hospital kerajaan. Dr Ben tidak menyarankan pesakit yang sihat untuk mengambil vitamin C kerana ia cukup dengan diet harian yang seimbang sahaja. Badan kita tidak memerlukan kandungan vitamin C lebih, melainkan terdapat masalah hati, enzim, malnutrisi dll.

Soalan 3: Kaedah rawatan untuk HPV dikalangan PLHIV. Bagaimana protokol rawatan di hospital kerajaan?

Jawapan: Di klinik ID, doktor hanya akan memeriksa pesakit sekiranya mereka mengadu tentang keganjilan pada organ-organ tertentu. Sekiranya terdapat discharge (bendalir) dari vagina/anus, pesakit akan di rujuk ke bahagian pembedahan am untuk ujian seterusnya. Sekiranya terdapat sympton seperti rashes, herpes dan warts, pesakit akan dirujuk ke pakar kulit. Klinik ID hanya akan mengeluarkan ubat berdasarkan arahan yang diterima oleh pakar-pakar berkenaan.

Soalan 4: Sekiranya CD4 masih tinggi/normal, dan pesakit ingin mendapatkan zuriat, apakan langkah terbaik yang harus dilakukan.

Jawapan: Mulakan HAART dan tunggu sehingga VL undetectable. Ini saranan peribadi Dr Ben. Beliau tidak akan sama sekali mengambil risiko untuk pasangan terdedah dengan HIV. Ini juga bertepatan dengan guideline baru WHO 2013.

Aku memang gembira pagi tadi. Segala kegusaran hilang bila keputusan yang baik aku terima. Aku juga tumpang gembira untuk sahabatku yang telah boleh berpuasa esok kerana cocktail ubatnya ditukar kepada sehari sekali.

Rahmat Ramadhan. Subhanallah.

Thursday, 11 April 2013

Apa mereka fikir?

Minggu ini, aku menghadiri satu training bersama-sama 3 lagi rakan pejabat. Training itu agak berat dan memerlukan kami untuk berfikir, mengeluarkan idea dan argument. Salah satu topic yang dibincangkan adalah code and ethics, dan fasilitator kami bertanyakan soalan;

"Kalau anda diberi kuasa, adakah anda akan mengambil seorang ex-convict (bekas banduan) yang dipenjarakan kerana kesalahan merompak berkerja dengan anda. Dia ada semua kelayakan yang diperlukan?"

Kami tidak diminta menjawab, tapi dibiarkan berbincang sesama sendiri.

Aku memandang salah seorang rakan ku. Perempuan. Menyuruhnya memberikan pendapat.

"Kalau aku, susah sikit la. Kalau boleh, aku takkan ambik."

Berkerut dahi aku. "Kenapa?"

"Ye lah, dia kan ada rekod jenayah. Mana tau jadi apa-apa dalam syarikat aku nanti."

"Mana kau tahu dia akan buat kesalahan. Entah-entah dia dah betul-betul berubah dan memang orang tu sangat berbakat. Dan macam mana kau tahu pekerja kau yang lain takkan tipu kau, dan tak ambik rasuah dan sebagainya?" balasku.

Dia hanya tersenyum tawar. Tak terkata.

"Hurm. Macam mana pula dengan orang yang ada HIV? Kau akan ambil kerja tak?" 

"Kalau HIV pun susah jugak la. Payah la nanti. Takut berjangkit."

Aku dah mula kepanasan.

"Kenapa pulak. Apa kaitan orang yang ada HIV dengan kerja? Kalau aku, aku terima je. Takde salah ape-ape kan?"

"Ye lah. Kau mungkin faham. Tapi cuba pikir pekerja-pekerja lain. Apa diorang akan rasa. Tak selesa nanti." balas rakanku itu. Aku merasakan otaknya betul-betul kosong.

"Kenapa kita nak tak nak bagi ex-convict dan orang yang ada HIV peluang yang sama? Mereka entah-entah lagi baik dari kita. Kalau aku, takde masalah lansung. Siapa kita nak cakap orang baik ke jahat."

Sejujurnya aku kecewa. Rakanku itu bukan calang-calang orang. Bijak, pandai, kerja bagus dan sangat berbakat orangnya. Malangnya fikirannya sempit. Tak mampu bersikap positif dan mudah melabel.

Aku dah mula rasa nak berceramah. Tapi aku cuba tahan. "Ni memang tabiat orang kita. Menilai orang berdasarkan perkara lepas yang mereka buat. Bukan melihat ke depan. Dan selalu menganggap seseorang tu jahat dengan status yang dibawa."

Aku berhenti di situ. Tak sanggup nak teruskan. Mungkin tak kena masa. Dan aku tahu rakanku itu cetek sekali pengetahuan tentang HIV, serta tertutup benar hatinya untuk melihat yang baik-baik dalam diri seseorang. Aku tak salahkan dia. Tapi aku berazam akan mendidik mana-mana yang boleh untuk berfikir lebih terbuka.

Yes it ruined my mood this afternoon. Aku mengadu pada sahabat-sahabatku. 

"I wish everyone is like you, her and ayah."

"To be fair you got it the wrong way pun. People memang akan judge and akan think the worse of you. It's people. Bukan you tak tau. Tapi tu dulu. Now you have change."

Aku mengakui kata-kata nya. Biarlah. Masih ada yang faham, dan mengambil berat. Tak kurang kasih sayang mereka kepadaku pun.

Ramai lagi yang masih kisah dan sayang dalam PPWM kan?



Monday, 8 April 2013

A letter to my dear friends

Dear both of you,

At this instant, you are the only one knows about my stories. I'm sorry I had to blurt it out to both of you because I can't hold it anymore. There are not even a bit of my intention to tell in the event where you guys need me the most, or to compare who has the worst stories. Let me iterate one after another, and towards the end of this letter you'll get what I really want to say.

I know both of you were really sad, disappoint and worry about me. I'm really sorry, from the bottom of my heart I made you guys feel that. I am a sinner, a jerk who follows desires without thinking deeply and an asshole who never appreciate the loves towards me. There is no word can describe how sorrowful I am to break both of you into tears.

I cannot give the assurance that I am going to be perfectly healthy and fine forever. Because no one can warrant that either. But I can bail on what can I do to be better. In fact, I understand myself more than before. I know my health status, and what shall I do if anything happen. I will take a good care of myself, and take a good care of you guys too.

Our friendships and loves doesn't start in one or two years. We've know each other for almost 10 years. I really appreciate everything that we had. We share everything. Literally everything. Happiness, sorrow, ups and downs together. Remember when we celebrated our graduation, we made our parents proud of us. One of the happiest moment in my life. And when we share tears when you had to leave for England. After all, we will never be separated and you guys will be there in me, in my heart until the end of my life. Regardless of what happen to me, to us, to everyone.

I listed down the names of people whom I am going to tell. The ones that I trusted the most. The ones that I know will never judge me and accept me for who I am. The ones who can take care of my family if something happen to me. There are the two of you, and the rest in our circle. I do not need your sympathy and pity, just enough if you can understand what I've been through and be there for me.

Apart from that, please do not refrain from telling me your stories too. Do not treat me as someone who is incapable of handling pressure and listen to you and give good advice. I am way stronger than that and you know how much I care about what happen to you too. Keep talking to me like we used to before.

We are all have our own quarter of tests Allah gave us. The one that He gave me now is destined to be on my plate. You girl have your own chunk while you man have your own carts. He write it all to us when we are 4 months old in our mom's womb and we shall accept it as our lot. Redha and do not blame anyone for what happen. Purify our heart with do'a and taubat, and pray for the better future. What happened to me taught me to be strong and have faith in Him. InsyaAllah, He will grant us Jannah, where all of ous will one day play together again in it.

Salam sayang dari hati kecil ku. I love both of you. Help to me be strong to break the news to the rest.


Thursday, 4 April 2013

Telling Your Parents. How, When and Where?

Sesetengah orang lebih suka menyimpan sendiri rahsia hitam dari pengetahuan keluarga. Mungkin malu dan rasa takut disisihkan dek penerimaan setiap keluarga terutama ayah dan ibu. Tidak semua ibu bapa boleh menerima kesalahan yang dilakukan anak-anak, tambah lagi apabila anak mereka ada suatu hadiah yang tidak ada penyembuhnya, malahan mampu berjangkit.

Hal memberitahu ibu bapa ini perlu dilihat dari beberapa sudut sudut. Pastikan perkara dibawah ini dulu sebelum memutuskan untuk membuka rahsia.

1. Kenapa nak beritahu? Apa yang kita mahukan dari mereka dengan mendedahkan status kita?
2. Adakah kita sudah bersedia untuk menerima reaksi mereka? Sebab reaksi orang lain adalah sesuatu yang kita tak mampu kawal.
3. Adakah kita sudah benar-benar yakin dengan kuasa Allah yang akan membantu kita melancarkan lisan untuk berkata-kata, dan membuka hati ayah ibu kita untuk menerima? -paling penting.
4. Bersedia dengan back-up plan, jika sesuatu yang negatif/buruk berlaku? Worst case scenario?

Jika sudah pasti dan yakin dengan 4 perkara di atas dan mempunyai statement yang jelas untuk menjawab setiap soalan, kita sudah bersedia. Jika masih ragu-ragu, cari dulu kekuatan diri, ilmu yang mendalam dan bercakaplah dengan mereka yang telah berjaya melepasi stage ini.

Aku senaraikan beberapa langkah yang aku fikirkan sesuai dibawah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan panduan yang diberikan oleh sahabat-sahabat yang lebih berpengalaman. Untuk memulakan bicara, pastikan diri kita tahu dan faham situasi yang bakal kita hadapi dengan 3 langkah asas ini; bagaimana (how), bila (when) dan dimana (where).

How?

1. Pastikan diri kita sudah bersedia dengan segala ilmu yang diperlukan untuk menjawab semua soalan yang akan ditanya. Contoh soalan yang akan diutarakan; Dapat dari mana? Berapa lama boleh hidup? Ada sakit mana-mana tak? Macam mana nak kahwin? Boleh berjangkit kat orang lain tak?

Sediakan skrip jawapan-jawapan untuk soalan-soalan ini. Bukan susah sangat, jika kita betul-betul faham dengan hadiah Allah ini, senang sahaja untuk menjawab.

2. Kawal perasaan. Jangan menangis dan bercakap dalam nada sedih. Kerana dalam situasi ini, yang akan bersedih adalah ibu bapa, dan kita perlu menjadi penenangnya. Tunjukkan yang kita bersemangat dan positif.

3. Mulakan perbualan dengan doa yang dibaca oleh Nabi Musa A.S ketika berhadapan dengan Firaun. Menurut Al-quran, ketika Nabi Musa diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan seruan tauhid kepada Firaun dan pengikutnya, baginda telah berdoa untuk dibebaskan dari rasa gugup dan takut, dilapangkan dada, dilancarkan lisannya dan dipermudahkan urusannya. Bacalah doa ini sebelum kita memulakan bicara dengan ibu bapa kita.



Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku; (Surah Taha; 20:25-28)


When?

1. Bila mereka dalam keadaan tenang dan good mood. Belikan sesuatu (hadiah) untuk mengambil hati mereka.
2. Dalam keadaan mereka tak boleh lari dari perbualan. Sesetengah ibu-bapa akan lari meninggalkan kita sebelum habis perkara yang hendak disampaikan.
3. Mereka dalam keadaan sihat. Cuba elakkan dari memulakan perbualan jika ibu bapa kita baru pulih dari serangan jantung atau stroke.

Where?

Pilih tempat yang bersesuaian dan sunyi. Jauh dari kekalutan dan orang sekeliling yang akan mendengar perbualan kita. Tempat yang paling baik adalah dirumah sendiri, di dalam masjid, tepi pantai, air terjun dan sebagainya dimana suasananya tenang.

Sebagai permulaan, banyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita. Allah akan melembutkan hati mereka berdua dengan doa yang kita pohon, insyaAllah. Berdoalah untuk kesejahteraan mereka dan Allah akan mengembalikan kesejahteraan itu ke atas diri kita pula.



***

Bagi diri aku, alhamdulillah aku telah berjaya menyampaikan berita kecewa ini kepada ayahku. Aku pilih cara yang terbaik, ditempat yang paling mulia dan diwaktu ayahku berada dalam keadaan tenang. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Walaupun aku tak mampu mengawal emosi, namun ayahku pula yang beriya-iya menenangkanku. Panjang istighfarnya, namun tak sedikit pun ada perkataan marah atau benci diluahkan. Ayahku mengajarku doa Nabi Yunus, dan berkata hidayah Allah terhadap setiap orang itu akan datang dalam berbagai cara. Mungkin untuk aku ia datang bersama hadiah Allah ini.


Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri

Aku bertuah kerana mempunyai seorang ayah yang aku gelarkan "orang paling pemaaf dalam dunia". Mungkin kerana dirinya seorang guru dan personalitinya yang sentiasa positif dengan apa jua keadaan. Dia akan marah bila kena tempatnya, tapi nasihatnya akan datang selepas itu.

Niat utama aku membuka pekung di dada bukan untuk meminta simpati dari kedua orang tuaku. Aku tahu jika aku sakit tanpa diminta pasti mereka akan menjaga aku sedaya upaya. Aku sudah tidak lagi mampu menyembunyikan rahsia dari mereka, seperti ada sesuatu yang terbuku untuk dilepaskan. Selain itu, aku mendambakan doa dari mulut dan hati kedua ibu bapaku untuk ketenangan diri dan kesihatan yang berpanjangan. Doa manalah yang lebih mustajab untuk anak-anak melainkan doa ibu dan ayah sendiri. Alhamdulillah, Allah mengetahui kehendakku dan dipermudahkan untuk aku memberitahu mereka.

Buat sahabat-sahabat yang masih menyimpan rahsia, jangan terburu-buru dan tunggulah masa yang sesuai. Allah akan permudahkan jalan kearah itu. Teruskan berdoa untuk membina kekuatan diri dan mendapatkan ketenangan. Jika ada yang terbuku hendak diluahkan, ceritakan dulu kepada sahabat-sahabat worrior. Pasti ramai yang sudi mendengar dan membantu.



Monday, 11 March 2013

Repent: Heal You Soul

Salam ukhwah. Siri seterusnya dalam usaha memperbaiki diri menjadi hambaNya yang lebih disayangi.

A-Ghaffar الغفار Maha Pengampun

Nama Allah yang ke-14 ini mempunyai maksud yang sangat besar dan mendalam. Allah, Pencipta alam dan makhluk di dalammya, bersifat kesempurnaan dan mengampunkan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dosa, kecil mahupun besar dan Allah akan mengampunkan setiap dosa itu apabila hambaNya bertaubat dan benar-benar insaf.

Merenung kesilapan diri sendiri yang aku lakukan dahulu. Jika dikira sejak aku akil baligh terlalu banyak, besar dan kecil. Dari tuntutan wajib yang ditinggalkan dan dipermudah-mudahkan sehingga dosa aku terhadap orang tuaku dan mereka disekeliling. Sebelum ini, aku tidak pernah betul-betul berasa bersalah apabila melakukan dosa dan kesalahan. Kalau adapun, sekadar memintak maaf dimulut dan menyesali buat seketika. Dan keinsafan singkat itu hilang begitu sahaja.

Tapi dengan kehadiran hadiah istimewa ini dalam diriku, aku benar-benar tahu betapa besarnya keperluan bertaubat. Menginsafi setiap kesalahan dengan sepenuh hati dan benar-benar bertekad tidak akan mengulanginya lagi. Tatkala aku diselubungi rasa menyesal dan tidak tenang suatu ketika dahulu, aku menyerah diri bertaubat kepada Allah.

Aku habiskan masaku dengan solat taubat, berdoa dan beristghfar. Antara fadhilat utama solat taubat, adalah mendapat ketenangan hati. Dan Alhamdulillah aku benar-benar merasakannya.



Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (At-Tahrim, 66:8)

Tidak ada dosa yang tidak akan diampunkan Allah sekiranya kita bertaubat. Bukan sekadar taubat dimulut, tetapi disertai hati yang insaf, dan perbuatan menahan nafsu dan meninggalkan perbuatan mengambil dadah, zina, liwat, minum arak, judi dan sebagainya itu. Apabila Allah menurunkan kesusahan (contohnya penyakit istimewa ini) keatas kita sebagai hambanya, janganlah disalah tafsir.

Majoriti manusia yang kurang ilmunya akan berfikir;

"Tuhan telah menurunkan bala keatas yang sangat besar diri aku. Aku orang yang hina, dosa aku terlalu banyak dan tak mungkin Allah akan mengampunkan aku. Tak mungkin Allah akan melihat dengan pandangan ihsan dan simpati kepada aku lagi."

Cara berfikir sempit  beginilah yang menyebabkan kita menjadi kurang yakin dengan keampunan Allah dan masa depan cerah yang dijanjikanNya.

Allah itu sangat agung ketentuanNya. Cuba kita fikirkan tentang Firaun. Firaun itu membunuh manusia sesuka hati, menghapuskan bayi-bayi baru lahir yang tiada dosa, dan sehinggakan sanggup mengaku dirinya Tuhan. Sampai begitupun, Allah masih menawarkan keampunan kepada Firaun melalui rasulNya Nabi Musa pada ketika ajalnya tiba. Tapi kerana egonya, Firaun enggan mengaku kesalahan dan bertaubat, maka matilah ia dalam kesesatan.

Besar sangatkan dosa kita sehingga mampu mengatasi dosa Firaun? Sehebat mana kejahatanmu?

Buanglah jauh-jauh perasaan ragu-ragu terhadap keampunan Allah. Jatuhkan ego. Dan mintalah supaya diampunkan segala dosa kita dalam keadaan merendah diri serendah-rendahnya. Jangan ditangguhkan taubat, having second thought dan berfikir "aku taubat hari ini, mungkin aku akan ulangi, dan boleh bertaubat lagi" kerana ia merosakkan iman. Segerakan bertaubat Nasuha, walaupun ia perit untuk dilakukan.

Bertekadlah, kuatkan hati untuk meninggalkan kekhilafan lampau kita. InsyaAllah, hati kita akan menjadi tenang kerana tenangnya hati itu kerana Allah kurniakan, bukan semata-mata kerana taubat kita.

Taubat itu mengubat jiwa. Mengubat kedukaan, kesedihan dan rasa bersalah. Paling penting ia mendekatkan diri kita kepada Maha Pencipta.

Petikan doa taubat yang sangat indah maknanya. Untuk kita hayati!

****

Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
****

Watch this video from Nouman Ali Khan, which among the first video that really open my heart to come back to The Almighty Creator.



Tuesday, 5 March 2013

Hidup ini Jihad; Besar dan Kecil

Satu Malaya kecoh. Pencerobohon di Sabah bukan lagi isu kecil bualan pagi-pagi, sekarang sudah jadi isu utama negara, bakal di catat dalam sejarah sampai bila-bila.

Akus sekadar mendengar, membaca, mengambil tahu dan mampu berdoa. Selebihnya, aku tahu aku tidak berupaya memikul senjata atau menyumbang wang ringgit. Tapi doa itu kan senjata terkuat bagi seorang Muslim, dan umat Islam. Aku kirimkan doa untuk keselamatan pejuang kita dan supaya cepatnya selesai tragedi di Sabah itu.

Polis, tentera dan pasukan keselamatan lain itu berjihad. Berjihad mempertahankan kedaulatan tanah air. Tempat kita dilahirkan, tempat kita tinggal mencari rezeki, dan mungkin tempat kita akan mati nanti. Mungkin  di sabah itu tidak tepat dikatakan berjihad mempertahankan agama. Tapi berkorban nyawa untuk memastikan negara ini tidak diceroboh adalah jihad juga dalam Islam.

Walaupun aku jauh dari tempat bergolak itu, tapi aku faham benar bagaimana perasaan para pejuang kita. Aku pernah berada di situasi itu, bila keselamatan, perasaan takut dan nyawa menjadi mainan. Dijadikan pertaruhan. Berdebar, takut, resah segalanya datang. Tanpa semangat yang melangit dan berserah segala-galanya kepada Allah, tak mungkin mereka mampu berada di sana. Dan buat mereka yang ditinggalkan, keluarga anak isteri ibu bapa adik-beradik, tentu sukar melelapkan mata. Pasti sekali risau siang malam sehingga yang tersayang pulang ke depan mata. Bukan sedikit kekuatan diperlukan untuk melawan perasaan dan emosi.

Jihad itu sendiri bermaksud bersungguh-sungguh. Melakukan sesuatu sepenuh hati untuk mencapat matlamat dan cita-cita yang baik dan dibenarkan.

Jihad melawan musuh, mempertahankan negara, menegakkan agama masih dikira jihad kecil. Walaupun martabatnya sangat tinggi disisi Islam, tapi masih ada lagi jihad yang lebih utama.

Yang utama, berjuang melawan kehendak dan tuntutan nafsu dalam diri sendiri. Biar apa pun kehendak itu, jika bertentangan dengan syarak dan Islam, hendaklah diperangi. Susah bukan? Kalau orang bersenapang depan mata kita nampak, boleh di tangkap dan dikurung. Lepas tu tak nampak lagi. Tapi kalau nafsu sendiri, berapa lama boleh dikurung? Pasti ia datang kembali. Dan kerana itu lah, Nabi SAW bersabda;

"Sesungguhnya musuh yang paling ketat adalah diantara lambungmu"

Tanpa iman, ilmu, hidayah Allah dan persekitaran yang baik, aku pasti tiada yang mampu melawan musuh dalaman yang sangat hebat ini. Aku sendiri sentiasa tewas, dan perjuangan ini berterusan. Memang Allah turunkan ujian maha dahsyat ini untuk melihat hambanya yang mana betul-betul ingat dan patuh pada segala suruhan dan meninggalkan larangan.

Perjuangan melawan nafsu dan menegakkan akidah itu pasti dilalui setiap manusia. Tiada yang terkecuali, melainkan mereka yang kurang waras dan anak kecil . Tapi, peluang melakuan jihad kecil juga tidak mahu aku lepaskan. Aku tahu aku tak layak membidik senapang, tapi aku akan berjuang dengan caraku sendiri.

Denagn hadiah Allah ini dalam diriku, aku bertekad untuk membantu dan membetulkan mana yang terdaya. Banyak insan yang senasib perlukan bantuan, dan dengan kudrat dan ilmu yang sedikit ini aku ingin melakukan sesuatu untuk mengubah nasib mereka. Biarlah semuanya gembira dan mendapat rahmat Allah. Masyarakat kini juga penuh dengan masalah duniawi. Tidak terhitung, berbagai-bagai. Ia bagaikan wabak yang memakan diri perlahan-lahan dan kelamaan akan memusnahkan nilai-nilai mulia. Mungkin aku boleh melakukan sesuatu untuk mengubah dan mengubat wabak ini.

Aku tahu ada mereka-mereka yang akan berjuang bersamaku. Mereka-mereka yang membaca cebisan tulisan aku ini. Bukankah ini jihad juga?

Saturday, 2 March 2013

A Day Full of Experience (Part 2)

(sambungan part 1)

Tidak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan mereka apabila mula memahami apa yang mereka bawa sejak kecil. Mungkin mereka sudah lali dengan ubat yang di telan sejak kecil, tapi berdepan dengan masyarakat yang cetek ilmu dan suka menghukum adalan cabaran paling besar.

Manusia sekeliling tidak kisah. Walaupun kau dilahirkan tanpa dosa, tapi kerana kau ada hadiah ini, kau orang jahat. Kau berpenyakit. Kau tak mampu hidup lama.

Ya Allah Ya-Fattah, bukalah hati mereka untuk tidak menjatuhkan hukum ke atas manusia lain! 

Aku tahu ada insan yang sebenarnya mengambil berat. Yang faham dan bersimpati. Dan merekalah semua sumber kekuatan anak-anak ini. Aku berazam, selagi kudratku ada, selagi mulutku mampu berbicara, aku akan membela nasib mereka.

****

Sesi rawatan dan kaunseling tengahari itu berakhir lewat. Dan aku antara yang terakhir meninggalkan klinik itu. Aku menghabiskan masa lebih 1 jam berbincang dengan doktor aku. 10 minit perbincangan kesihatan aku dan pelan doktor untuk rawatan. Dan selebihnya aku berbicara tentang masalah sebenar yang dihadapi kumpulan istimewa ini.

Stigma, diskriminasi dan penyisihan. Itu yang sebenarnya perjuangan.

Aku nyatakan jelas kepada doktor aku (dan pakar ID yang menyertai perbualan kami selepas itu), kami tidak memerlukan simpati, sebaliknya penerimaan. Penerimaan dalam erti kemaafan terhadap kesalahan kami, tidak menjatuhkan hukum dan faham situasi yang kami hadapi.

Simpati masyarakat terhadap keadaan kesihatan, status kewangan dan cara hidup kami sebenarnya bukan perkara utama yang kami perlukan. Jika risaukan tentang kesihatan, rawatan terbaik di hospital yang diberi percuma dan doktor-doktor yang hebat mampu membantu. Jika risaukan kami tidak berduit, siapa kata kami tidak boleh bekerja dan mencari pendapatan sendiri. Jika risaukan hidup kami akan huru-hara, lihat saja berapa ramai yang bahagia.

Ya Allah Ya-Muhaimin, peliharah kami dari kesusahan, keaiban dan hukuman perasaan manusia ke atas diri kami.

Dalam perjalanan pulang itu, aku siggah melawat ibu saudaraku yang baru selesai menjalani pembedahan membuang malignant kanser payudara. Tidak perlu aku ceritakan di sini. Yang pasti, sekali lagi aku insaf dan benar-benar bersyukur atas nikmat Allah kepada diriku sehingga hari ini.



Thursday, 28 February 2013

A Day Full of Experience (Part 1)

I was in my car quarter to twelve in the morning, driving to the hospital and arriving 30 minutes after that.

Check-up semalam merupakan yang pertama buat diriku selepas kali pertama datang bulan lepas. Terus terang aku katakan aku sedikit takut dan perasaan malu itu masih ada. Tapi aku gagahkan, pedulikan kata orang. Yang penting rawatan terbaik harus aku terima. Dan aku tahu di situlah banyak doktor dan kakitangan berpengalaman mampu membantu.

Khamis merupakan hari yang dikhususkan untuk warga negara asing mendapatkan rawatan. Penuhkan ruang menunggu dengan perbagai macam manusia dari segala bangsa. Ada yang berselubung, ada yang merah mata dan tak kurang yang menggunakan penutup mulut. Tapi kebanyakannya kelihatan susah dan bekerja berat.

Jujurnya, aku sedikit paranoid. Tapi ingatan pada Allah menguatkan aku, mereka ini barangkali senasib dan mungkin lebih mulia dari aku sendiri. Tidak sedikit terdetik dalam hatiku untuk melabel atau beranggapan buruk, kerana aku tahu ketentuan Allah itu sangat adil dan penuh hikmah. Sedikit demi sedikit timbul rasa keinsafan dan perasaan bersyukur atas apa yang aku miliki sekarang.

Aku bukanlah orang paling malang dan tidak beruntung dalam dunia ini. Masa depanku bukanlah yang paling gelap jika dibandingkan dengan orang lain. Dan keadaan kesihatanku bukan paling kronik yang pernah dialami oleh mana-mana manusia.

Aku insaf. Sedalam-dalamnya. Allah itu Maha Kuasa, Dia mampu mernyedarkan dan membuka mata kita bila dikehendakiNya. Sebelum ini aku jarang sekali memikirkan perkara selain kehidupan harianku, masalah masyarakat dan kesusahan insan lain. Tapi hikmah hadiah Allah ini, aku kini sedar dan mampu melihat lebih banyak tanda kebesaran dan keadilan Allah s.w.t.

***

Tiba-tiba beberapa kanak-kanak berlarian. Gembira penuh gelak tawa. Paling besar pun mungkin 5 tahun. Semuanya bertutur bahasa yang tidak aku fahami, dan mereka dibawa beberapa insan yang berkemeja dengan tulisan "UNHCR Volunteer". Mereka keluar masuk bilik doktor dengan kanak-kanak tadi, seorang demi seorang.

Kemudian datang seorang gadis caucasian. Rambut perang dengan baju serba merah jambu. Cantik! Kanak-kanak tadi berlari mendapatkan gadis tersebut, dan dia memeluk setiap anak-anak tadi, mencium dan memberi makanan seperti darah daging sendiri. Aku pasti mereka bukan anak-anak gadis tadi. Dan aku masih keliru dengan apa yang aku lihat.

"Mereka anak-anak yang dilahirkan dengan hadiah Allah ini, tanpa ibubapa. Volunteer tu lah yang jaga." ujar kaunselor ku.

Aku tergamam. Cuba menahan air mata.

Apa dosa mereka? Apa yang mereka lakukan sehingga Allah menentukan mereka begini? Sekecil itu, apa yang mereka tahu? Dikala manusia sebaya mereka yang lain bermain dan hidup sihat, mereka berhadapan dengan hadiah Allah ini. Tak mungkin mereka faham tentang liku-liku hidup, sehingga tiba masanya nanti.

Aku termenung sendirian, berfikir. Solat zohorku tengah hari hampir terganggu.

Jika dibandingkan, aku beratus kali lebih beruntung. Tidak dapat digambarkan betapa aku sangat bersyukur dengan apa yang aku miliki.

Kanak-kanak tadi aku pasti suci seperti kain putih. Jauh dari dosa. Jangan dipersoalkan keadilan Allah. Mungkin taqdir mereka begitu disebabkan khilaf ibu bapa mereka. Dan ketentuan Allah ini merupakan ujian buat kita yang melihat, jururawat yang membantu dan doktor-doktor yang bertanggungjawab. Ia merupakan cabaran besar buat kita semua, sebagai khalifah Allah. Wajib ke atas kita semua, terutama mereka yang mempunyai kuasa untuk membantu. Mungkin Allah sebenarnya bukan menguji anak-anak ini, tapi kita semua.

Perbualan aku petang itu dengan kaunselor banyak membuka mata. Bukan mudah perjuangan mereka, perjuangan yang perlu ditempuhi dari lahir. Dan cabaran untuk doktor dan juruwat tidak kurang hebatnya. Cabaran peribadi aku? Jauh sekali lebih mudah jika dibezakan.

Ya Allah, berikan ketabahan hati kepada kami semua dan permudahkanlah urusan kami.

(bersambung part 2)


Wednesday, 27 February 2013

A post from the clinic (Number 1)

I am currently at the clinic. To see the doctor for the first time. Its actually the second visit here and this time around I think they will assess my condition thoroughly. I am as healthy as a horse today so I don't see I'll be here long. Pray to Allah that there will be no surprise and unexpected problem.

Ya Allah Ya-Sami', permudahkan urusanku dan kekalkan kesihatanku.

While waiting I am reading Yasmin Mogahed's Reclaim Your Heart. And one of the most interesting paragraph I shall quote here;

***

For most people, the object of worship is something from this worldly life, dunya. Some people worship wealth, status, fame, and some worship their own intellect. Some even worship other people.

These object of worship are things to which we become attached. However an object of attachment is not just something that we love. It is something that we need, in the deepest sense of the world. It is something that if lost, cause absolute devastation. If there is anything-or anyone-other than God that we could never give up, then we have a false attachment. Why was Nabi Ibrahim was told to sacrifies his son? It was to free him from false attachment. Once he was free, his object of love was given back to him.

****

I tried to relate this to myself. What is my purpose of living? Before having this gift, I always look for wealth and happiness as my love, and it simply become an attachment. And because of that, it dragged me into a state where I almost forgot who we really are; His servant. And only after He gave me this I realize that we shall live to fulfill the purpose as a servant. Not attached to dunya. Yasmin describes it well, get yourself free from your needs, and build the love towards Him.

It is easier said than done. We are human. Insan means forgetting. Thus constant du'a and istighfar are necessary, with the reminder from people around us. InsyaAllah, He will make our path easy and keep our iman strong until He call us back one day.

Monday, 25 February 2013

How do you know that Allah is the True God?

She is always being perfect. She complement me. And completes me.

We always talk about live our life with Islam. And argue over matters related to fiqh and ibadah. And as a spiritual needs, we always remind each other about the du'a and calm each other when we are in trouble.

Today she asked me two simple questions. Over Whatsapp.

"Why are you a Muslim?"

I get her question right in the first place and answer;

"Because Allah destined me to be one". And she didn't say anything after that. I guess that answer satisfies.

"What makes you believe that Allah is the true God? And other religion are not the truth?"

I paused for couple of minutes and couldn't answer her. Then I decided to drive home from office first and think of an answer along the way.

Reaching home, I still couldn't find out the answer. So I text her;

" I can feel that Allah is real. Because often I pray, I get what I want. Even though sometimes I didn't. And there's and evidence."

"What are the proof and evidences?"

"People who are sick were healed. And kejadian manusia itu sendiri. And look around us, everything that exist is a sign of kebesaran Allah."

"Ok. But it still doesn't answer. If a non believer ask you, he/she can say his/her God is the true God."

This is a very hard question. I am a Muslim since I was born and I perform solah everyday. I surrender myself to Allah, but I dont know how to tell others that Allah is the true God. I surrender, and I ask her back;

"I can't answer that. I'm that jahil. Why don't you answer?"

"Because God should and must be all perfect. He doesn't need anything or anyone. Nothing is like Him. And Allah is all that. The very first concept of Islam. The oneness of God. And the perfection of God. And all these other beliefs, can't be the truth. Because whatever they claim of their God tak perfect. How can God ada anak. How can God ada image. Dalam Quran ada cerita how Prophet Ibrahim As mencari tuhan. Surah Al-An'am."

Panjang lebar ulasannya. She does read a lot, way more than myself. I just realize that my Islam, my faith is at the edge of a cliff. Merely survive and there's a lot more act and supplements need to be done to pull me back from falling. Banyak lagi ilmu Allah yang aku perlu pelajari. Bukan sekadar nama ber bin kan ayahku orang Islam, aku perlu mendalami dan betul-betul faham apa itu Islam. Kalau tidak, apa makna solat dan ibadah, jika pegangan dan kefahaman masih goyah.

Aku betul-betul merasakan gadis ini mampu menyempurnakan hidupku. Dia punyai hampir semua ciri yang aku cari. Tapi persoalannya, bagaimana aku nak beritahu dia tentang diri aku ini :p

Thursday, 21 February 2013

Yes, I'm A Dissapointment

40 hari.

Orang kata, kalau istiqamah melakukan sesuatu selama 40 hari, maka kekal lah perkara itu dalam dirinya. Seperti solat, jika dikerjakan 40 hari dengan penuh tertib dan khusyuk nescaya akan berterusanlah solat itu selagi tidak dikerjakan perkara mungkar. Hurm, kes aku ni bagaimana ya? Dah 40 hari, maka akan kekallah ia dalam diriku? Tersenyum aku bila memikirkannya.

Pagi tadi, aku berjumpa ketua jabatan aku buat pertama kali selepas aku kembali dari bumi Arab itu. Kerana kesibukan tugas, dia hanya sempat mengatur jadual untuk bertemuku hari ini selepas hampir seminggu aku pulang. Aku mengatur langkah longlai, tapi aku gagahkan juga supaya tidak nampak aku terganggu dengan keadaanku sekarang.

Ketua jabatanku telah banyak membantu aku dalam segala hal di tempat kerja. Aku menghormatinya lebih dari sekadar seorang orang atasan. Dialah yang telah mengambil aku bekerja 4 tahun lepas, dan dialah juga yang telah menutup aibku, dan membawaku pulang dari tanah Arab itu ketika aku buntu dengan langkahku. Orangnya simple, tapi penuh ilmu dan kesabaran.

Ketika aku masuk ke biliknya, dia tersenyum. Tawar. Tidak seperti sebelum-sebelum ini. Apabila berjumpa denganku, dia sentiasa bersemangat bila berbual denganku. Aku jelas kekok, walaupun sebelum ini aku sangat selesa dengannya. Tidak sepatah dia bertanya bagaimana ia terjadi, dan sentiasa bersikap positif dan menerima apa yang berlaku terhadapku.

"Bila saya tahu keadaan you, to be honest hati saya shattered."

"Saya ada harapan yang sangat tinggi for you. You are one of the staff yang saya harap untuk succeed and out stand among your batch, your group of colleague"

Hati aku remuk bila mendengar kata-kata itu. Aku tahu, aku telah menghancurkan harapan ramai orang. Mungkin dari segi kerja aku masih boleh berikan yang terbaik. Tapi dari segi sahsiah dan keperibadian, banyak yang sudah tercalar. Imej aku di depan ketuaku tidak lagi sama.

Tapi dia sangat positif. Aku tahu. Walaupun dalam perbualan itu penuh kekecewaan, tapi aku tahu dia masih berharap yang terbaik dariku. Aku tahu dia terkejut, dan reaksi itu mungkin hanya sementara. Dia pasti risau, dan sibuk bertanyakan apa tindakan untuk berdepan hadiah ini. Dan panjang lebarlah penenranganku. AKu yakinkan yang aku telah betul-betul insaf, dan akan mendapatkan bantuan terbaik. Dan dengan izin Allah, aku mampu hidup seperti biasa dan bekerja seperti dulu.

Matanya berkaca. Jelas. Tapi aku tahu dia menyimpan perasaan.

"Saya anggap semua dalam department kita macam keluarga. We spend 10 hours everyday with each other in the office, and even hujung minggu pun kita masih berhubung. Saya concern."

"Allah dah tentukan nasib you begini. Sabarlah. Dan nasihat saya, bukan sebagai bos you, tapi sebagai keluarga, jangan kembali lalai dan mengulangi kesalahan itu. Sebab memang lumrah insan, insan tu maksudnya lupa. Dan bila kita dah terbiasa dan ok, kita akan lupa dan buat semula. Biarlah sampai mati kekal macam ni."

Demi Allah, aku takkan mengulangi lagi kesalahan itu.

Nasihatnya amat terkesan. Aku tahu dan dalam setiap doaku selepas solat, aku bermohon supaya Allah kekalkan nikmat iman dalam diriku dan rasa takut akan siksamu sehingga akhir hayatku.

Aku jadi tertekan dengan perasaan bersalah bila menyebabkan orang kecewa denganku. I had failed you. Aku minta maaf.  Tidak ada apa yang mampu aku lakukan untuk mengubah masa silam itu, tapi aku akan mengubah masa depan ini InsyAllah.

Dan aku mengadu pada sahabat worior. Affected people katanya. And there are also like us, it will take some time for them to accept the news. Jangan katakan dia, aku sendiri pun masih goyang.

InsyaAllah. Things will get better.

Monday, 18 February 2013

Meeting the Warrior: Part 1

Bila aku lihat kembali, sedikit sebanyak kekuatan yang datang dalam diri aku kini datang dari semangat mereka yang mengalami nasib yang sama dengan diriku. I will be a complete selfish, if I didnt quote them here in my writings. Walaupun dengan sekadar satu pertemuan dengan mereka, tapi kesannya cukup dalam bagi diriku. Semangat, kekuatan, sokongan dan ilmu. Begitu berharga untuk aku bina hidup aku semula selepas ini.

Pertemuan pertama tatkala aku masih keliru dan kerap menangis. Aku dikenalkan dengan seorang insan yang   kebetulan mempunyai sejarah hidup yang sama. Kami belajar di universiti yang sama. Bezanya, beliau sedikit lebih senior. Aku tidak mengenali beliau di kampus dulu, tapi sedikit persamaan itu cukup membuatkan aku selesa berkongsi cerita. Selepas lama bercakap melalui telefon dan mesej, akhirnya kami bertemu. Dan ketika itu, barulah aku teringat kembali wajah beliau kembali di universiti dulu. Banyak juga beza, lebih kurus berbanding dulu, tetapi lebih ceria. Sedikit gelap kulitnya berbanding dulu, tetapi lebih jernih senyumannya.

Dan ketika aku keliru dan terus menangis itu, dia dengan sabar memberikan aku kata-kata semangat. Dia banyak bercerita tentang apa yang dilalui, bagaimana menempuhi kesakitan keseorangan tanpa teman yang faham. Menanggung sakit sendirian untuk tempoh yang lama tanpa mengetahui diri sudah dihadiahkan Allah dengan anugerah ini. Dan mengingatkan yang aku patut bersyukur aku tahu lebih awal, dan ada teman yang sedia membantu dan berkongsi. Betul katanya, aku patut bersyukur. Dan membina kembali kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Insan kedua yang aku kenali melalui blog beliau yang cukup informatif dan terkenal. Walaupun sekadar berkenalan melalui email, berbalas mesej tetapi tulisannya sangat memberi kesan pada diriku. Dan dari situ, au tahu banyak lagi insan yang telah dibantu olehnya meskipun cuma melalui tulisan dan email. Hebat sungguh. Insan ini tidak mudah menampakkan muka kepada sesiapa, sekadar berkata-kata di alam maya, tapi bantuannya sangat berguna dan tepat untuk mereka yang memerlukan. Dia juga menempuh kisah perit, sakit dan panjang tapi bangkit semula untuk meneruskan perjuangan hingga kini.

Dan akhirnya aku bertemu AHP. Penggerak semangat bagi banyak insan yang senasib. Bukan ratusan, malah ribuan insan yang telah dibantu. Tanpa mengenal penat dan sibuk, komitmen beliau sangat tinggi. Dan semangat dalam dirinya juga melangit. Demi memenuhi tuntutan fardhu kifayah katanya. Aku bangga, dan semangatnya yang cukup kuat berdepan hadiah ini dan untuk terus menentang stigma telah membina kekuatan baru dalam diriku. Tidak ada yang mustahil untuk kita lakukan. Aku percaya padanya. Nantilah, suatu hari nanti aku akan berjuang bersama.

Aku tahu, tanpa semangat dari mereka, aku tidak mampu melawan hadiah ini berseorangan. Aku perlukan mereka yang memahami untuk bercakap. Dan ketika ini, aku tak mampu bercerita dengan mereka-mereka tersayang. Kurang-kurangnya, aku ada worrior, yang aku bakal jadi satu suatu hari nanti.


Saturday, 2 February 2013

Hoping for an Easy Path

Since I knew that this gift is in me on the Jan 11, my life changes drastically. Physically and from outer appearance I might look the same, but I am fighting with the fear inside. I tried to be positive and look as normal as I can to the people around, but somehow I can't. And obviously my mom and dad noticed. It's just they didn't ask me why but asking my best friend instead. I keep on giving fake smiles to everyone but I am so bad at it. They knew something big happened, not only the worries and fear of going abroad.

I was convinced by the counselor that my health is still at top condition as of today. So she allow me to go and come back to see her the first thing once I return. And my doctor at the medical center was continuously giving me helps and words of advice. She is such an angle. She prepped me with boxes of medicines in case I am getting common sickness during my trip. I felt relief and gained some internal strength to get through this. 

And on the day I'm leaving, not a single tears came out. And successfully fake the smiles in front of everyone.

Tak putus-putus aku berdoa setiap kali solat supaya Allah permudahkan jalanku di bumi Arab itu. Aku berharap dan bermohon padaNya supaya segala urusanku berjalan lancar and mudah tanpa sebarang halangan. Aku tidak mampu lagi behadapan dengan sebarang masalah kerana aku tahu aku dalam keadaan yang sangat rapuh. Aku masih belum mampu menerima hakikat keadaan dan nasibku ini. 


Thursday, 31 January 2013

Here Where It Begins; My New Me

I need to express. And I feel the needs to tell how does it feels. Those who read shall learn from the mistakes I made, and forbid themselves from committing one.

We blame things, people and nature for all the dreadful things happened in our life. Face the fact, most of the problems that we had started from ourself.