Pertemuan pertama tatkala aku masih keliru dan kerap menangis. Aku dikenalkan dengan seorang insan yang kebetulan mempunyai sejarah hidup yang sama. Kami belajar di universiti yang sama. Bezanya, beliau sedikit lebih senior. Aku tidak mengenali beliau di kampus dulu, tapi sedikit persamaan itu cukup membuatkan aku selesa berkongsi cerita. Selepas lama bercakap melalui telefon dan mesej, akhirnya kami bertemu. Dan ketika itu, barulah aku teringat kembali wajah beliau kembali di universiti dulu. Banyak juga beza, lebih kurus berbanding dulu, tetapi lebih ceria. Sedikit gelap kulitnya berbanding dulu, tetapi lebih jernih senyumannya.
Dan ketika aku keliru dan terus menangis itu, dia dengan sabar memberikan aku kata-kata semangat. Dia banyak bercerita tentang apa yang dilalui, bagaimana menempuhi kesakitan keseorangan tanpa teman yang faham. Menanggung sakit sendirian untuk tempoh yang lama tanpa mengetahui diri sudah dihadiahkan Allah dengan anugerah ini. Dan mengingatkan yang aku patut bersyukur aku tahu lebih awal, dan ada teman yang sedia membantu dan berkongsi. Betul katanya, aku patut bersyukur. Dan membina kembali kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
Insan kedua yang aku kenali melalui blog beliau yang cukup informatif dan terkenal. Walaupun sekadar berkenalan melalui email, berbalas mesej tetapi tulisannya sangat memberi kesan pada diriku. Dan dari situ, au tahu banyak lagi insan yang telah dibantu olehnya meskipun cuma melalui tulisan dan email. Hebat sungguh. Insan ini tidak mudah menampakkan muka kepada sesiapa, sekadar berkata-kata di alam maya, tapi bantuannya sangat berguna dan tepat untuk mereka yang memerlukan. Dia juga menempuh kisah perit, sakit dan panjang tapi bangkit semula untuk meneruskan perjuangan hingga kini.
Dan akhirnya aku bertemu AHP. Penggerak semangat bagi banyak insan yang senasib. Bukan ratusan, malah ribuan insan yang telah dibantu. Tanpa mengenal penat dan sibuk, komitmen beliau sangat tinggi. Dan semangat dalam dirinya juga melangit. Demi memenuhi tuntutan fardhu kifayah katanya. Aku bangga, dan semangatnya yang cukup kuat berdepan hadiah ini dan untuk terus menentang stigma telah membina kekuatan baru dalam diriku. Tidak ada yang mustahil untuk kita lakukan. Aku percaya padanya. Nantilah, suatu hari nanti aku akan berjuang bersama.
Aku tahu, tanpa semangat dari mereka, aku tidak mampu melawan hadiah ini berseorangan. Aku perlukan mereka yang memahami untuk bercakap. Dan ketika ini, aku tak mampu bercerita dengan mereka-mereka tersayang. Kurang-kurangnya, aku ada worrior, yang aku bakal jadi satu suatu hari nanti.

Salam pekenalan, moga sentiasa positif begini, sekadar untuk berkongsi.. ermm menangislah sahabat sebab bila kita menangis jiwa kita lapang.. nikmat yang Allah beri buat kita nama insan. Saya baru jumpa blog sahabat.. :) tapi nampaknya positif, alhamdulilah saya suka orang yang positif.. moga sentiasa positif.
ReplyDelete:)
Salam kembali. Terima kasih atas komen pertama :p. Saya masih baru dan salah satu cara saya mengawal perasaan ialah dengan cara menulis (disamping doa dan ibadah kepadaNya). Hampir jatuh juga dulu, tapi kerana semangat, ilmu dan perkongsian dalam blog2 inilah yang membuatkan saya mampu berdiri semula. There will be a long journey we have to run, insyAllah nnt kita bertemu.
ReplyDeleteAminnn.. Sy doakn awk dan semua org sihat walafiat.. Aminn ya rabbal alamin..
Delete