Masih tidak terlalu lambat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah, dengan harapan tahun baru ini akan membawa lebih kebaikan, kesihatan, iman dan kasih-sayang Allah kepada kita semua.
Hari ini sekali lagi aku menjalani rutin setiap empat bulan sebagai seorang hamba yang diberikan hadiah istimewa dari Allah swt. Pagi-pagi lagi aku bersiap menuju ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan keputusan ujian darahku dan berjumpa doktor. Aku saampai agak lambat, kira-kira jam 8.15 pagi. Nombor giliran 1081. Namum penantianku tidak begitu lama kerana pagi tadi tidak ramai yang berjumpa doktor.
Dr Leong dengan tenang memberikan bacaan terkini CD4 aku. Jujurnya aku terkejut kerana tidak menjangka bacaan itu jatuh mendadak berbanding 4 bulan lepas. Tapi masih belum d paras aku perlu memulakan HAART. Alhamdulillah, masih mampu bertahan. Yang aku kesal, mungkin kerana salah aku sendiri, tabiat harian, pemakanan, stress dan faktor-faktor lain menyebabkan CD4 count aku jatuh.
Aku berfikir kembali apa yang kurang aku lakukan sejak beberapa bulan lepas. Memang aku sudah malas mengambil madu, dan tidak betul-betul patuh pada rejim buah, sayuran dan makanan-makanan sunnah lain. Aku juga sedar yang aku semakin jauh dengan Allah. Kurang mengaji dan sembahyang aku ringan-ringankan. Doa pula sekadar cukup makan, ikhlas di hati entah kemana.
Ya Allah, ampunkan hambaMu ini. Aku sedar dan bersyukur atas peringatan yang kau berikan kembali hari ini. Aku bertekad untuk menjadi lebih baik selepas ini dan cuba bertahan selama mungkin untuk tidak mengambil HAART. Dan aku tahu, tidak mustahil untuk aku menaikkan kembali bacaan CD4 itu. Bak kta Dr Leong "Its a dynamic reading, you can never expect!"
***
Setiap kali berjumpa doktor, aku tidak akan melepaskan peluang bertanya soalan-soalan berkaitan dan tips-tip kesihatan. Hari ini aku bertanyakan tentang peratusan dari segi nombor dan kebarangkalian jangkitan melalui seks. Berapa peratus kebarangkalian untuk jangkitan dari lelaki positif kepada wanita negatif dan sebaliknya? What are the odds for negative receptive gay man to get from positive giving and the other way?
Memang sifat semula jadi aku sebagai seorang yang hidup dengan nombor dan kira-kira. Jadi aku perlu tahu untuk memuaskan hati. Dr Leong tersenyum. Senang saja jawapannya.
NO CHANCE!
Memang terdapat perbezaan kebarangkalian antara yang memberi dan menerima. Sudah pasti yang menerima lebih berisiko dan kebarangkaliannya lebih besar, tapi jangan sesekali beri peluang!
GIVE NO CHANCE AT ALL FOR IT TO SPREAD because we don't know! USE PROTECTION!
Simple. Tapi keras peringatan itu. Jangan ambil risiko lansung. Aku tersedar. Tidak guna kita berkira-kira sedangkan kita boleh mengelak terus dari sebarang kebarangkalian. Peringatan mudah itu amat bermakna untuk aku. Dan lebih bermakna untuk mereka-mereka seperti aku yang masih tidak memulakan HAART, yang viral loading masih tinggi.
Aku meninggalkan klinik tersebut dengan sedikit kegusaran, tapi lebih keredhaan. Peluang masih terbuka untuk aku dan sahabt-sahabat untuk menjadi lebih baik. Oh, aku ditemuramah juga oleh seorang pakar pemakanan cantik yang menjalankan kajian mengenai makanan tambahan untuk PLHIV (saya tahu awak membaca blog saya, sila tinggalkan nombor :). InsyaAllah banyak tips yang boleh dikongsikan disini.
Kita sama-sama mengingatkan!
Showing posts with label medical. Show all posts
Showing posts with label medical. Show all posts
Wednesday, 13 November 2013
Sunday, 14 July 2013
Treated for cancer, 2 men now appear free of HIV
Aku tertarik dengan artikel dalam link di atas. Sidang akhbar tersebut diadakan ketika IAS 2013 masih berlansung beberapa minggu lepas. Dan Dr. Daniel Kuritzkes (gambar dibawah) telah mengumumkan ada 2 orang PLHIV telah disahkan bebas dari HIV setelah menjalani rawatan lymphoma (kanser kelenjar) dan leukemia (kanser darah).
Pasukan Dr Kuritzkes telah mencari PLHIV yang menghidap leukemia dan telah menjalani rawatan pemindahan sum-sum tulang. Mereka menemukan 3 pesakit yang menjalani prosedur tersebut, tetapi masih meneruskan rawatan HAART. 3 pesakit tadi telah mendapat sum-sum tulang dari penderma sihat.
Sum-sum tulang pesakit tersebut dimusnahkan dengan chemotherapy atau radiasi, dan diberikan sum-sum tulang baru.
Alhamdulillah, dengan izin Allah 2 dari 3 telah bebas dari HIV selang 3 tahun selepas menjalani pemindahan sum-sum tulang itu. Kenyataan awal dari Dr Kuritzkes menyebut, koktail HAART yang mereka ambil telah menghalang HIV dari menjangkiti sum-sum tulang baru itu, dan mengurangkan jumlah virus dalam badan mereka. 2 pesakit tersebut telah mengambil keputusan untuk menghentikan HAART kerana HIV tidak lagi dijumpai dalam darah mereka.
Tapi masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa rawatan sebegini telah berjaya menyembuhkan sepenuhnya HIV sehingga pesakit itu bebas dalam masa 1 tahun akan datang. Pesakit-pesakit tersebut masih menjalani ujian darah setiap minggu selama setahun dan keadaan mereka dipantau rapi.
Berita ini pasti menggembirakan semua pembawa (infected) dan mereka yang terkesan (affected). Jalan ke arah penemuan penyembuh semakin hampir. Tapi kita sebagai umat Islam janganlah lalai dari berdoa setiap hari supaya Allah menurunkan penawar tersebut dalam hayat kita.
Aku cuba tanyakan beberapa rakan-rakan doktor aku mengenai stem cell transplantation di Malaysia. Mereka berkata memang ada fasiliti tersebut tetapi masih sangat jarang dilakukan kerana teknologi dan kos yang sangat tinggi. Kos stem cell transplantation boleh mencecah RM 100,000 dan risiko yang sangat tinggi. Lihat website MAKNA.
Memang terdapat hospital-hospital utama yang pernah menjalankan prosedur tersebut seperti Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang (Unit Hematology), PPUKM dan Hospital Pakar Ampang Puteri. InsyaAllah jika diberi kesempatan masa, aku akan selidiki lagi mengenai rawatan ini dan dapatkan pandangan doktor.
Pejalanan pastinya masih jauh. Masih berliku dan sukar untuk memahani, bukti tingginya ilmu Allah berbanding hambaNya. Kita perlu berusaha sedaya-upaya mencari penawar, dan letakkan doa dihadapan segalanya.
Aku terkesan dengan satu hadith Rasulullah ini;
"Tidaklah seorang Muslim tertimpa satu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daun-daunnya." (Bukhari & Muslim).
Salam Ramadhan :)
Wednesday, 10 July 2013
My latest CD4 count, fresh from Sg Buloh. Syukur!
Salam Ramadhan. Syukur setinggi-tingginya kepada Allah kerana tahun ini aku sekali lagi dapat bertemu bulan barkah ini, dan merasai nikmatnya puasa.
Sebenarnya memang bukan dirancang untuk aku mengambil keputusan ujian darahku hari ini. Aku sekadar mengikuti tarikh yang diberikan dan hadir seawal 745 pagi di pintu pagar HSB. Jujurnya, aku memang berdebar. Mereka-mereka yang tahu cukup memahami perasaan aku sejak semalam. Tak senang duduk. Mengalahkan orang nak pergi bernikah.
Tapi rahmat Ramadhan, urusanku pagi ini cukup mudah. Ambik nombor (orang ke-11) dan meminta untuk berjumpa Dr Anuradha. Kemudian aku menunggu, sambil ditemani novel dan whatsapp. Seperti berjanji, aku bertemu 2 lagi sahabat senasib yang kami sememangnya rapat dalam PPWM.
Kurang lebih sejam menunggu, nomborku dipanggil. Bilik 3. Aku bertemu Dr Ben, seorang lagi ID consultant kerana Dr Anuradha masih belum sampai ke klinik. Tanpa berlengah, dia terus menunjukkan keputusan ujian darah aku 2 minggu lepas. Aku sendiri agak terkejut kerana keputusan itu jauh dari jangkaan. Hampir sekali ganda dari bacaan ketika aku mula-mula didiagnos.
Dr Ben hanya tersenyum. Perkara sebegini biasa terjadi katanya. Amalkan cara hidup sihat dan teruskan bersikap positif dan ceria.
Sebelum masuk berjumpa Dr Ben, aku telah sediakan beberapa set soalan.
Soalan 1: New WHO guideline that was launched during IAS 2013. Antara lain menyarankan supaya rawatan HAART dimulakan apabila baccan CD4 kurang 500.
Jawapan: Cara rawatan tersebut memang telah dimulakan di beberapa negara maju sejak 5 tahun kebelakangan. Dan daripada kajian pakar-pakar mereka, memang terbukti secara saintifik dan statistik, tahap kesihatan pesakit akan bertambah baik untuk jangka masa panjang (15-20 tahun). Kementerian memang sedang mengkaji dari segi kos/bebanan kerajaan untuk mengikuti panduan terbaru ini, dan akan dilaksanakan dalam amsa terdekat. - Ini jawapan peribadi Dr Ben. Mungkin terdapat pandangan lain dari doktor berbeza.
Soalan 2: Pengambilan tablet Vitamin C untuk meningkatkan antibodi. Apa kebaikan serta kesan terhadap buah pinggang dan hati?
Jawapan: Pengambilan vitamin C tidak memberikan kesan ketara terhadap buah pinggang dan hati. Ini kerana vitamin C sendiri memang baik untuk sistem pertahanan tubuh. Tapi masih terdapat kesan sampingan kerana bahan yang digunakan untuk membuat sarung kapsul, pewarna dan bahan tambahan untuk ketahanan pil berbeza dari setiap jenama. Ini tidak dapat dipastikan melainkan pil vitamin c tersebut memang diakui oleh Kementerian Kesihatan dan digunakan di hospital-hospital kerajaan. Dr Ben tidak menyarankan pesakit yang sihat untuk mengambil vitamin C kerana ia cukup dengan diet harian yang seimbang sahaja. Badan kita tidak memerlukan kandungan vitamin C lebih, melainkan terdapat masalah hati, enzim, malnutrisi dll.
Soalan 3: Kaedah rawatan untuk HPV dikalangan PLHIV. Bagaimana protokol rawatan di hospital kerajaan?
Jawapan: Di klinik ID, doktor hanya akan memeriksa pesakit sekiranya mereka mengadu tentang keganjilan pada organ-organ tertentu. Sekiranya terdapat discharge (bendalir) dari vagina/anus, pesakit akan di rujuk ke bahagian pembedahan am untuk ujian seterusnya. Sekiranya terdapat sympton seperti rashes, herpes dan warts, pesakit akan dirujuk ke pakar kulit. Klinik ID hanya akan mengeluarkan ubat berdasarkan arahan yang diterima oleh pakar-pakar berkenaan.
Soalan 4: Sekiranya CD4 masih tinggi/normal, dan pesakit ingin mendapatkan zuriat, apakan langkah terbaik yang harus dilakukan.
Jawapan: Mulakan HAART dan tunggu sehingga VL undetectable. Ini saranan peribadi Dr Ben. Beliau tidak akan sama sekali mengambil risiko untuk pasangan terdedah dengan HIV. Ini juga bertepatan dengan guideline baru WHO 2013.
Aku memang gembira pagi tadi. Segala kegusaran hilang bila keputusan yang baik aku terima. Aku juga tumpang gembira untuk sahabatku yang telah boleh berpuasa esok kerana cocktail ubatnya ditukar kepada sehari sekali.
Rahmat Ramadhan. Subhanallah.

Subscribe to:
Posts (Atom)