Aku tertarik dengan artikel dalam link di atas. Sidang akhbar tersebut diadakan ketika IAS 2013 masih berlansung beberapa minggu lepas. Dan Dr. Daniel Kuritzkes (gambar dibawah) telah mengumumkan ada 2 orang PLHIV telah disahkan bebas dari HIV setelah menjalani rawatan lymphoma (kanser kelenjar) dan leukemia (kanser darah).
Pasukan Dr Kuritzkes telah mencari PLHIV yang menghidap leukemia dan telah menjalani rawatan pemindahan sum-sum tulang. Mereka menemukan 3 pesakit yang menjalani prosedur tersebut, tetapi masih meneruskan rawatan HAART. 3 pesakit tadi telah mendapat sum-sum tulang dari penderma sihat.
Sum-sum tulang pesakit tersebut dimusnahkan dengan chemotherapy atau radiasi, dan diberikan sum-sum tulang baru.
Alhamdulillah, dengan izin Allah 2 dari 3 telah bebas dari HIV selang 3 tahun selepas menjalani pemindahan sum-sum tulang itu. Kenyataan awal dari Dr Kuritzkes menyebut, koktail HAART yang mereka ambil telah menghalang HIV dari menjangkiti sum-sum tulang baru itu, dan mengurangkan jumlah virus dalam badan mereka. 2 pesakit tersebut telah mengambil keputusan untuk menghentikan HAART kerana HIV tidak lagi dijumpai dalam darah mereka.
Tapi masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa rawatan sebegini telah berjaya menyembuhkan sepenuhnya HIV sehingga pesakit itu bebas dalam masa 1 tahun akan datang. Pesakit-pesakit tersebut masih menjalani ujian darah setiap minggu selama setahun dan keadaan mereka dipantau rapi.
Berita ini pasti menggembirakan semua pembawa (infected) dan mereka yang terkesan (affected). Jalan ke arah penemuan penyembuh semakin hampir. Tapi kita sebagai umat Islam janganlah lalai dari berdoa setiap hari supaya Allah menurunkan penawar tersebut dalam hayat kita.
Aku cuba tanyakan beberapa rakan-rakan doktor aku mengenai stem cell transplantation di Malaysia. Mereka berkata memang ada fasiliti tersebut tetapi masih sangat jarang dilakukan kerana teknologi dan kos yang sangat tinggi. Kos stem cell transplantation boleh mencecah RM 100,000 dan risiko yang sangat tinggi. Lihat website MAKNA.
Memang terdapat hospital-hospital utama yang pernah menjalankan prosedur tersebut seperti Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang (Unit Hematology), PPUKM dan Hospital Pakar Ampang Puteri. InsyaAllah jika diberi kesempatan masa, aku akan selidiki lagi mengenai rawatan ini dan dapatkan pandangan doktor.
Pejalanan pastinya masih jauh. Masih berliku dan sukar untuk memahani, bukti tingginya ilmu Allah berbanding hambaNya. Kita perlu berusaha sedaya-upaya mencari penawar, dan letakkan doa dihadapan segalanya.
Aku terkesan dengan satu hadith Rasulullah ini;
"Tidaklah seorang Muslim tertimpa satu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daun-daunnya." (Bukhari & Muslim).
Salam Ramadhan :)
Setiap penyakit yang Allah turunkan disertakan dengan penawarnya. Itu janji Allah. Allah tidak pernah memungkiri janjinya.
ReplyDeleteInsyaAllah. Kan tu memang hadith Nabi. Kita sama-sama berdoa.
Deletecheck out this website bro: http://www.sangamo.com/index.html
Delete