Ayat dibawah merupakan salah satu firman Allah dalam Kalamu-Allah yang memerintahkan supaya umat Islam berpuasa.
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" (Al-Baqarah; 2:183)
Rukun Islam ke-3 ini telah diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-2 hijrah, dengan turunnya ayat di tas. Walaupun perintah puasa telah dilakukan oleh nabi-nabi terdahulu (sejak zaman Nabi Adam A.S), tetapi cara puasa itu berbeza dan unik tersendiri. Puasa yang disyariatkan oleh Rasulullah adalah seperti yang kita amalkan sehingga hari ini.
Seperti mana yang setiap dari kita SANGAT-SANGAT faham, puasa bukan sekadar tidak makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari, malahan lebih dari itu. Kita seharusnya menahan diri dari segala perkara yang mengurangkan pahala puasa, membataskan penglihatan, menjauhi dari mendengar perkara-perkara lagha dan berkata sia-sia.
Hari ini, boleh aku katakan setiap dari kita semangnya berpuasa, tapi macam orang tua selalu berkata, puasa kurus. Memang perut lapar, tekak cukup dahaga apabila menjelang tengahari seiring dengan pahala puasa. Dimana keberkatan puasa kita jika pagi-pagi lagi dah duduk bersidai dipejabat mengata orang sana-sini, bergossip tak putus-putus. Habis cerita rakan-rakan sepejabat dikupas, dari cara berpakaian sehingga masalah anak-beranak mereka.
Tak kurang juga yang telefon tidak lepas ditangan. Membaca Tweeter orang kutuk-mengutuk, membelek-belek Instagram melihat gambar lelaki-lelaki berdada bantal separuh bogel, dan tangan mengepit majalah Galaxie dengan artis-artis kain terbelah. Itu belum dicampur menghabiskan masa membaca fitnah dan cerita-cerita panas artis-artis Malaysia. Sibuk betul nak ambil tahu. Bukan ada effect kat diri kau pun.
Mana yang ketagih menonton filem-filem biru, membrowse klip-klip terkini Shakira dan Nicky Minaj di Youtube masih lagi seperti biasa. Tidak ada kurangnya. Cuba tanyakan diri kita sendiri, mana makna puasa diri kita? Pada lapar perut dan kering tekak sahaja kah? Atau dimata, telinga dan perbuatan kita sekali.
Aku membebel untuk peringatan diri aku dan teman-teman rapat yang aku ambil berat. Buat yang lain, sendiri mau ingat. Kalau dulu, Rasulullah dan sahabat-sahabat mampu berjihad mengangkat pedang pada bulan Ramadhan, kita melawan nafsu sendiri pun tak mampu? Jauh sungguh tahap iman dan taqwa kita berbanding mereka. Jangan hanya dimulut sahaja ingin menjadi seperti sahabat-sahabat Rasulullah, tapi dihati kita cukup lemah.
Ramadhan dan HIV
Tahun ini merupaka tahun pertama aku menjalani Ramadha dengan hadiah Allah ini. Berbeza sekali dengan tahun lepas. Aku mengaku aku tidak pernah ambil berat dan menghayati konsep berpuasa itu sendiri. Aku masih lalai, membazir dan tidak sedikit pun aku selami perasaan mereka-mereka yang susah tiada makanan. Jika tahun lepas aku sekadar berpuasa dengan lapar dahaga semata-mata, tahun ini aku benar-benar rasakan nikmatnya.
Dan rezeki Allah, aku masih lagi mampu berpuasa tahun ini. Aku pernah menangis kerana mengenangkan yang aku tidak lagi dapat merasa nikmat berpuasa Ramadhan selepas menerima hadiah Allah ini. Tapi ketentuan Allah itu mengatasi segalanya. Aku masih diberikan kesihatan dan aku berjanji akan memanfaatkan puasa ini sebaik-baiknya. Ada diantara sahabat-sahabat di PWSG tidak boleh berpuasa kerana jadual ubat yang tidak boleh ditinggalkan, tapi yakin dan berdoalah supaya Allah akan mengembalikan nikmat puasa ini kepada kalian. Aku percaya perjuangan kalian pasti lebih tinggi darjatnya dari mereka-mereka yang berpuasa 'kurus' itu.
Garis panduan berpuasa untuk PLHIV jelas diterangkan dalam blog perkongsian AHP. Rajinkan diri untuk membaca dan dapatkan panduan doktor bagi mereka-mereka yang ingin berpuasa (dengan HAART). Allah itu Maha Adil, Dia akan memudahkan urusan hambaNya setelah Dia menurunkan sedikit kesusahan.
No comments:
Post a Comment