Beberapa minggu lepas, aku menghadiri kuliah bersama Syakh Dawood Butt dan antara perkara utama yang aku pelajari, qada' dan qadar seseorang insan itu yang telah tertulis sejak dalam kandungan boleh diubah dengan doa dan sedekah.
Kematian
adalah ketentuan Allah SWT. Tetapi ada satu perkara yang boleh melambatbatkan kematian
iaitu amalan bersedekah.
Suatu hari, Malaikat Israil mendatangi Nabi Ibrahim, dan bertanya, “Siapakah anak muda yang mendatangimu wahai Ibrahim?”
“Itu sahabatku dan juga muridku.”
“Ada apa dia datang menemuimu?”
“Dia menyampaikan khabar bahawa dia akan melangsungkan pernikahannya esok pagi.”
“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi. ”Setelah itu, Malaikat Israil pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Hampir saja Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan pernikahannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu esok. Tapi langkahnya terhenti dan Nabi Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahsia Allah SWT.
Keesokan paginya, Nabi Ibrahim melihat dan menyaksikan bahawa anak muda tersebut tetap melangsungkan pernikahannya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim malah melihat anak muda ini terus hidup dengan panjang umurnya.
Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim bertanya kepada Israil, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu menyampaikan berita bahawa anak muda itu umurnya tidak akan sampai esok pagi? Malaikat Kematian menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.
“Apa gerangan yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda itu pada waktu tersebut?”
“Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut. Kerana itulah engkau masih melihatnya hidup sehingga sekarang.”
Kematian sememangnya di tangan Allah. Oleh itu, mencepatkan dan melambatkan kematian adalah hak Allah. Allah memberitahu melalui hadis Rasulullah, Muhammad SAW bahawa sedekah itu akan memanjangkan umur. Jadi, bila disebut bahawa ada sesuatu yang boleh menunda kematian, itu adalah sedekah.
Maka, tengoklah kiri kanan dan lihatlah sekeliling kita. Bila menemui ada sebarang kesusahan terjadi, maka kita harus menghulurkan bantuan dan pertolongan. Kesusahan itu diberi oleh Allah untuk kita bantu kerana Allah ingin memanjangkan umur kita. Cuma tinggal kemahuan anda sama ada untuk membantu kesusahan itu ataupun tidak.
Tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan tiba. Dan tidak seseorang pun yang mengetahui bagaimana keadaan ajalnya tiba. Maka memberi sedekah bukan saja akan memanjangkan umur, mungkin juga kita akan meninggalkan dunia ini dalam keadaan baik. Bukankah sedekah akan mengundang cinta Allah?
Jika seseorang dicintai Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak dicabut nyawanya melainkan dalam keadaan Husnul Khatimah.
Mudah-mudahan Allah memanjangkan umur kita, sehingga kita semua berkesempatan untuk mengejar keampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan diri untuk kematian yang akan datang menemui kita.
Wallahulam!
"Memberi sedekah boleh memanjangkan umur."
ReplyDeleteAdalah lebih afdal sekiranya kita bersedekah pada ketika diri kita dalam kesempitan, biar sedikit tapi melakukannya dengan penuh keikhlasan, besar ganjarannya kan.
Pekara yang sama saya cuba amalkan sekurang2nya perlu bersedekah pada setiap hari Jumaat, walau diri dalam kesempitan, sedikit tetapi berterusan.
Insyaallah Allah pasti akan mempermudahkan kehidupan orang yang suka bersedekah pada bila-bila masa, Allah akan menolong kita seperti mengelak diri kita dari terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tidak perlu seperti terpaksa membayar saman, terpaksa membayar bil ubat (dengan memberi kita kesihatan yang sihat) atau terpaksa membaiki kereta yang tiba-tiba rosak. Semua itu rezeki kita jugakan kerana tidak perlu mengeluar perbelanjaan yang tak perlu. Dalam erti kata lain kehidupan orang yang suka bersedekah akan dipermudahkan dan adakala diimpahkan rezeki berganda dari sumber yang tidak disangka-sangka.
Alhamdulillah terima kasih dengan perkongsian ini, sekurang-kurangnya ianya mengingatkan saya kembali tentang pekara ini....:)
Wallahuallam..
Subhanallah. Saya sangat setuju. Sedekah setakat termampu, bukan sebanyak mana yang dipandang Allah. Sahabat-sahabat Rasulullah sekadar bersedekah beberapa biji tamar, tapi dimuliakan Allah dan RasulNya.
Delete