Apa pun, Syawal kali ini merupakan yang pertama aku lalui dengan hadiah Allah ini. Banyak yang aku pelajari, bertemu rakan-rakan yang sangat matang dan tabah, membantu sahabat-sahabat yang masih keliru, melawan emosi dan ketakutan, serta merasakan nikmat dan kebesaran Allah.
Aku masih ingat, ayah pernah berkata "kenapa nak tunggu raya baru mintak maaf?". Aku akui benar, tapi biasalah kitakan manusia biasa. Penuh dengan ego. Jadi masyarakat kita sengaja menunggu Syawal untuk memohon kemaafan dari segala salah silap.
Untuk itu, aku dengan segala rendah diri ingin memohon maaf kepada ayah dan mama, tokwan serta adik-adikku atas kesilapan yang aku lakukan. Aku tahu aku bersalah besar, tapi aku janji akan menjadi anak dan abang yang lebih baik. Kepada sahabat-sahabat yang pernah aku kecewakan dan kecilkan hati, aku minta maaf. Aku akan cuba untuk memperbaiki segala yang masih ada selepas ini.
Kepada sahabat-sahabat semua, ambil peluang Aidilfitriuntuk bertemu kaum keluarga dan rapatkan silaturrahim. Lupakan segala kisah silap dan maafkan kesalahan orang lain keatas diri kita. InsyaAllah, orang akan memaafkan dosa-dosa kita juga.
Salam Aidil Fitri
hismaghfirah
No comments:
Post a Comment