Showing posts with label clinic. Show all posts
Showing posts with label clinic. Show all posts

Wednesday, 13 November 2013

NO CHANCE!

Masih tidak terlalu lambat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah, dengan harapan tahun baru ini akan membawa lebih kebaikan, kesihatan, iman dan kasih-sayang Allah kepada kita semua.

Hari ini sekali lagi aku menjalani rutin setiap empat bulan sebagai seorang hamba yang diberikan hadiah istimewa dari Allah swt. Pagi-pagi lagi aku bersiap menuju ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan keputusan ujian darahku dan berjumpa doktor. Aku saampai agak lambat, kira-kira jam 8.15 pagi. Nombor giliran 1081. Namum penantianku  tidak begitu lama kerana pagi tadi tidak ramai yang berjumpa doktor.

Dr Leong dengan tenang memberikan bacaan terkini CD4 aku. Jujurnya aku terkejut kerana tidak menjangka bacaan itu jatuh mendadak berbanding 4 bulan lepas. Tapi masih belum d paras aku perlu memulakan HAART. Alhamdulillah, masih mampu bertahan. Yang aku kesal, mungkin kerana salah aku sendiri, tabiat harian, pemakanan, stress dan faktor-faktor lain menyebabkan CD4 count aku jatuh.

Aku berfikir kembali apa yang kurang aku lakukan sejak beberapa bulan lepas. Memang aku sudah malas mengambil madu, dan tidak betul-betul patuh pada rejim buah, sayuran dan makanan-makanan sunnah lain. Aku juga sedar yang aku semakin jauh dengan Allah. Kurang mengaji dan sembahyang aku ringan-ringankan. Doa pula sekadar cukup makan, ikhlas di hati entah kemana.

Ya Allah, ampunkan hambaMu ini. Aku sedar dan bersyukur atas peringatan yang kau berikan kembali hari ini. Aku bertekad untuk menjadi lebih baik selepas ini dan cuba bertahan selama mungkin untuk tidak mengambil HAART. Dan aku tahu, tidak mustahil untuk aku menaikkan kembali bacaan CD4 itu. Bak kta Dr Leong "Its a dynamic reading, you can never expect!"

***

Setiap kali berjumpa doktor, aku tidak akan melepaskan peluang bertanya soalan-soalan berkaitan dan tips-tip kesihatan. Hari ini aku bertanyakan tentang peratusan dari segi nombor dan kebarangkalian jangkitan melalui seks. Berapa peratus kebarangkalian untuk jangkitan dari lelaki positif kepada wanita negatif dan sebaliknya? What are the odds for negative receptive gay man to get from positive giving and the other way?

Memang sifat semula jadi aku sebagai seorang yang hidup dengan nombor dan kira-kira. Jadi aku perlu tahu untuk memuaskan hati. Dr Leong tersenyum. Senang saja jawapannya.

NO CHANCE!

Memang terdapat perbezaan kebarangkalian antara yang memberi dan menerima. Sudah pasti yang menerima lebih berisiko dan kebarangkaliannya lebih besar, tapi jangan sesekali beri peluang!

GIVE NO CHANCE AT ALL FOR IT TO SPREAD because we don't know! USE PROTECTION!

Simple. Tapi keras peringatan itu. Jangan ambil risiko lansung. Aku tersedar. Tidak guna kita berkira-kira sedangkan kita boleh mengelak terus dari sebarang kebarangkalian. Peringatan mudah itu amat bermakna untuk aku. Dan lebih bermakna untuk mereka-mereka seperti aku yang masih tidak memulakan HAART, yang  viral loading masih tinggi.

Aku meninggalkan klinik tersebut dengan sedikit kegusaran, tapi lebih keredhaan. Peluang masih terbuka untuk aku dan sahabt-sahabat untuk menjadi lebih baik. Oh, aku ditemuramah juga oleh seorang pakar pemakanan cantik yang menjalankan kajian mengenai makanan tambahan untuk PLHIV (saya tahu awak membaca blog saya, sila tinggalkan nombor :). InsyaAllah banyak tips yang boleh dikongsikan disini.

Kita sama-sama mengingatkan!


Wednesday, 10 July 2013

My latest CD4 count, fresh from Sg Buloh. Syukur!

Salam Ramadhan. Syukur setinggi-tingginya kepada Allah kerana tahun ini aku sekali lagi dapat bertemu bulan barkah ini, dan merasai nikmatnya puasa.

Sebenarnya memang bukan dirancang untuk aku mengambil keputusan ujian darahku hari ini. Aku sekadar mengikuti tarikh yang diberikan dan hadir seawal 745 pagi di pintu pagar HSB. Jujurnya, aku memang berdebar. Mereka-mereka yang tahu cukup memahami perasaan aku sejak semalam. Tak senang duduk. Mengalahkan orang nak pergi bernikah.

Tapi rahmat Ramadhan, urusanku pagi ini cukup mudah. Ambik nombor (orang ke-11) dan meminta untuk berjumpa Dr Anuradha. Kemudian aku menunggu, sambil ditemani novel dan whatsapp. Seperti berjanji, aku bertemu 2 lagi sahabat senasib yang kami sememangnya rapat dalam PPWM.

Kurang lebih sejam menunggu, nomborku dipanggil. Bilik 3. Aku bertemu Dr Ben, seorang lagi ID consultant kerana Dr Anuradha masih belum sampai ke klinik. Tanpa berlengah, dia terus menunjukkan keputusan ujian darah aku 2 minggu lepas. Aku sendiri agak terkejut kerana keputusan itu jauh dari jangkaan. Hampir sekali ganda dari bacaan ketika aku mula-mula didiagnos.

Dr Ben hanya tersenyum. Perkara sebegini biasa terjadi katanya. Amalkan cara hidup sihat dan teruskan bersikap positif dan ceria.

Sebelum masuk berjumpa Dr Ben, aku telah sediakan beberapa set soalan.

Soalan 1: New WHO guideline that was launched during IAS 2013. Antara lain menyarankan supaya rawatan HAART dimulakan apabila baccan CD4 kurang 500.

Jawapan: Cara rawatan tersebut memang telah dimulakan di beberapa negara maju sejak 5 tahun kebelakangan. Dan daripada kajian pakar-pakar mereka, memang terbukti secara saintifik dan statistik, tahap kesihatan pesakit akan bertambah baik untuk jangka masa panjang (15-20 tahun). Kementerian memang sedang mengkaji dari segi kos/bebanan kerajaan untuk mengikuti panduan terbaru ini, dan akan dilaksanakan dalam amsa terdekat. - Ini jawapan peribadi Dr Ben. Mungkin terdapat pandangan lain dari doktor berbeza.

Soalan 2: Pengambilan tablet Vitamin C untuk meningkatkan antibodi. Apa kebaikan serta kesan terhadap buah pinggang dan hati?

Jawapan: Pengambilan vitamin C tidak memberikan kesan ketara terhadap buah pinggang dan hati. Ini kerana  vitamin C sendiri memang baik untuk sistem pertahanan tubuh. Tapi masih terdapat kesan sampingan kerana bahan yang digunakan untuk membuat sarung kapsul, pewarna dan bahan tambahan untuk ketahanan pil berbeza dari setiap jenama. Ini tidak dapat dipastikan melainkan pil vitamin c tersebut memang diakui oleh Kementerian Kesihatan dan digunakan di hospital-hospital kerajaan. Dr Ben tidak menyarankan pesakit yang sihat untuk mengambil vitamin C kerana ia cukup dengan diet harian yang seimbang sahaja. Badan kita tidak memerlukan kandungan vitamin C lebih, melainkan terdapat masalah hati, enzim, malnutrisi dll.

Soalan 3: Kaedah rawatan untuk HPV dikalangan PLHIV. Bagaimana protokol rawatan di hospital kerajaan?

Jawapan: Di klinik ID, doktor hanya akan memeriksa pesakit sekiranya mereka mengadu tentang keganjilan pada organ-organ tertentu. Sekiranya terdapat discharge (bendalir) dari vagina/anus, pesakit akan di rujuk ke bahagian pembedahan am untuk ujian seterusnya. Sekiranya terdapat sympton seperti rashes, herpes dan warts, pesakit akan dirujuk ke pakar kulit. Klinik ID hanya akan mengeluarkan ubat berdasarkan arahan yang diterima oleh pakar-pakar berkenaan.

Soalan 4: Sekiranya CD4 masih tinggi/normal, dan pesakit ingin mendapatkan zuriat, apakan langkah terbaik yang harus dilakukan.

Jawapan: Mulakan HAART dan tunggu sehingga VL undetectable. Ini saranan peribadi Dr Ben. Beliau tidak akan sama sekali mengambil risiko untuk pasangan terdedah dengan HIV. Ini juga bertepatan dengan guideline baru WHO 2013.

Aku memang gembira pagi tadi. Segala kegusaran hilang bila keputusan yang baik aku terima. Aku juga tumpang gembira untuk sahabatku yang telah boleh berpuasa esok kerana cocktail ubatnya ditukar kepada sehari sekali.

Rahmat Ramadhan. Subhanallah.

Saturday, 2 March 2013

A Day Full of Experience (Part 2)

(sambungan part 1)

Tidak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan mereka apabila mula memahami apa yang mereka bawa sejak kecil. Mungkin mereka sudah lali dengan ubat yang di telan sejak kecil, tapi berdepan dengan masyarakat yang cetek ilmu dan suka menghukum adalan cabaran paling besar.

Manusia sekeliling tidak kisah. Walaupun kau dilahirkan tanpa dosa, tapi kerana kau ada hadiah ini, kau orang jahat. Kau berpenyakit. Kau tak mampu hidup lama.

Ya Allah Ya-Fattah, bukalah hati mereka untuk tidak menjatuhkan hukum ke atas manusia lain! 

Aku tahu ada insan yang sebenarnya mengambil berat. Yang faham dan bersimpati. Dan merekalah semua sumber kekuatan anak-anak ini. Aku berazam, selagi kudratku ada, selagi mulutku mampu berbicara, aku akan membela nasib mereka.

****

Sesi rawatan dan kaunseling tengahari itu berakhir lewat. Dan aku antara yang terakhir meninggalkan klinik itu. Aku menghabiskan masa lebih 1 jam berbincang dengan doktor aku. 10 minit perbincangan kesihatan aku dan pelan doktor untuk rawatan. Dan selebihnya aku berbicara tentang masalah sebenar yang dihadapi kumpulan istimewa ini.

Stigma, diskriminasi dan penyisihan. Itu yang sebenarnya perjuangan.

Aku nyatakan jelas kepada doktor aku (dan pakar ID yang menyertai perbualan kami selepas itu), kami tidak memerlukan simpati, sebaliknya penerimaan. Penerimaan dalam erti kemaafan terhadap kesalahan kami, tidak menjatuhkan hukum dan faham situasi yang kami hadapi.

Simpati masyarakat terhadap keadaan kesihatan, status kewangan dan cara hidup kami sebenarnya bukan perkara utama yang kami perlukan. Jika risaukan tentang kesihatan, rawatan terbaik di hospital yang diberi percuma dan doktor-doktor yang hebat mampu membantu. Jika risaukan kami tidak berduit, siapa kata kami tidak boleh bekerja dan mencari pendapatan sendiri. Jika risaukan hidup kami akan huru-hara, lihat saja berapa ramai yang bahagia.

Ya Allah Ya-Muhaimin, peliharah kami dari kesusahan, keaiban dan hukuman perasaan manusia ke atas diri kami.

Dalam perjalanan pulang itu, aku siggah melawat ibu saudaraku yang baru selesai menjalani pembedahan membuang malignant kanser payudara. Tidak perlu aku ceritakan di sini. Yang pasti, sekali lagi aku insaf dan benar-benar bersyukur atas nikmat Allah kepada diriku sehingga hari ini.



Thursday, 28 February 2013

A Day Full of Experience (Part 1)

I was in my car quarter to twelve in the morning, driving to the hospital and arriving 30 minutes after that.

Check-up semalam merupakan yang pertama buat diriku selepas kali pertama datang bulan lepas. Terus terang aku katakan aku sedikit takut dan perasaan malu itu masih ada. Tapi aku gagahkan, pedulikan kata orang. Yang penting rawatan terbaik harus aku terima. Dan aku tahu di situlah banyak doktor dan kakitangan berpengalaman mampu membantu.

Khamis merupakan hari yang dikhususkan untuk warga negara asing mendapatkan rawatan. Penuhkan ruang menunggu dengan perbagai macam manusia dari segala bangsa. Ada yang berselubung, ada yang merah mata dan tak kurang yang menggunakan penutup mulut. Tapi kebanyakannya kelihatan susah dan bekerja berat.

Jujurnya, aku sedikit paranoid. Tapi ingatan pada Allah menguatkan aku, mereka ini barangkali senasib dan mungkin lebih mulia dari aku sendiri. Tidak sedikit terdetik dalam hatiku untuk melabel atau beranggapan buruk, kerana aku tahu ketentuan Allah itu sangat adil dan penuh hikmah. Sedikit demi sedikit timbul rasa keinsafan dan perasaan bersyukur atas apa yang aku miliki sekarang.

Aku bukanlah orang paling malang dan tidak beruntung dalam dunia ini. Masa depanku bukanlah yang paling gelap jika dibandingkan dengan orang lain. Dan keadaan kesihatanku bukan paling kronik yang pernah dialami oleh mana-mana manusia.

Aku insaf. Sedalam-dalamnya. Allah itu Maha Kuasa, Dia mampu mernyedarkan dan membuka mata kita bila dikehendakiNya. Sebelum ini aku jarang sekali memikirkan perkara selain kehidupan harianku, masalah masyarakat dan kesusahan insan lain. Tapi hikmah hadiah Allah ini, aku kini sedar dan mampu melihat lebih banyak tanda kebesaran dan keadilan Allah s.w.t.

***

Tiba-tiba beberapa kanak-kanak berlarian. Gembira penuh gelak tawa. Paling besar pun mungkin 5 tahun. Semuanya bertutur bahasa yang tidak aku fahami, dan mereka dibawa beberapa insan yang berkemeja dengan tulisan "UNHCR Volunteer". Mereka keluar masuk bilik doktor dengan kanak-kanak tadi, seorang demi seorang.

Kemudian datang seorang gadis caucasian. Rambut perang dengan baju serba merah jambu. Cantik! Kanak-kanak tadi berlari mendapatkan gadis tersebut, dan dia memeluk setiap anak-anak tadi, mencium dan memberi makanan seperti darah daging sendiri. Aku pasti mereka bukan anak-anak gadis tadi. Dan aku masih keliru dengan apa yang aku lihat.

"Mereka anak-anak yang dilahirkan dengan hadiah Allah ini, tanpa ibubapa. Volunteer tu lah yang jaga." ujar kaunselor ku.

Aku tergamam. Cuba menahan air mata.

Apa dosa mereka? Apa yang mereka lakukan sehingga Allah menentukan mereka begini? Sekecil itu, apa yang mereka tahu? Dikala manusia sebaya mereka yang lain bermain dan hidup sihat, mereka berhadapan dengan hadiah Allah ini. Tak mungkin mereka faham tentang liku-liku hidup, sehingga tiba masanya nanti.

Aku termenung sendirian, berfikir. Solat zohorku tengah hari hampir terganggu.

Jika dibandingkan, aku beratus kali lebih beruntung. Tidak dapat digambarkan betapa aku sangat bersyukur dengan apa yang aku miliki.

Kanak-kanak tadi aku pasti suci seperti kain putih. Jauh dari dosa. Jangan dipersoalkan keadilan Allah. Mungkin taqdir mereka begitu disebabkan khilaf ibu bapa mereka. Dan ketentuan Allah ini merupakan ujian buat kita yang melihat, jururawat yang membantu dan doktor-doktor yang bertanggungjawab. Ia merupakan cabaran besar buat kita semua, sebagai khalifah Allah. Wajib ke atas kita semua, terutama mereka yang mempunyai kuasa untuk membantu. Mungkin Allah sebenarnya bukan menguji anak-anak ini, tapi kita semua.

Perbualan aku petang itu dengan kaunselor banyak membuka mata. Bukan mudah perjuangan mereka, perjuangan yang perlu ditempuhi dari lahir. Dan cabaran untuk doktor dan juruwat tidak kurang hebatnya. Cabaran peribadi aku? Jauh sekali lebih mudah jika dibezakan.

Ya Allah, berikan ketabahan hati kepada kami semua dan permudahkanlah urusan kami.

(bersambung part 2)


Wednesday, 27 February 2013

A post from the clinic (Number 1)

I am currently at the clinic. To see the doctor for the first time. Its actually the second visit here and this time around I think they will assess my condition thoroughly. I am as healthy as a horse today so I don't see I'll be here long. Pray to Allah that there will be no surprise and unexpected problem.

Ya Allah Ya-Sami', permudahkan urusanku dan kekalkan kesihatanku.

While waiting I am reading Yasmin Mogahed's Reclaim Your Heart. And one of the most interesting paragraph I shall quote here;

***

For most people, the object of worship is something from this worldly life, dunya. Some people worship wealth, status, fame, and some worship their own intellect. Some even worship other people.

These object of worship are things to which we become attached. However an object of attachment is not just something that we love. It is something that we need, in the deepest sense of the world. It is something that if lost, cause absolute devastation. If there is anything-or anyone-other than God that we could never give up, then we have a false attachment. Why was Nabi Ibrahim was told to sacrifies his son? It was to free him from false attachment. Once he was free, his object of love was given back to him.

****

I tried to relate this to myself. What is my purpose of living? Before having this gift, I always look for wealth and happiness as my love, and it simply become an attachment. And because of that, it dragged me into a state where I almost forgot who we really are; His servant. And only after He gave me this I realize that we shall live to fulfill the purpose as a servant. Not attached to dunya. Yasmin describes it well, get yourself free from your needs, and build the love towards Him.

It is easier said than done. We are human. Insan means forgetting. Thus constant du'a and istighfar are necessary, with the reminder from people around us. InsyaAllah, He will make our path easy and keep our iman strong until He call us back one day.