Sunday, 24 February 2013

Syukur: Bring Yourself Closer to Him

Selama aku hidup dari kecil hingga kini, banyak sungguh nikmat dan kesenangan yang aku perolehi. Mungkin aku dan keluargaku tidak sekaya mana, tapi cukup makan pakai dan kami adik-beradik dibesarkan denagn penuh kasih sayang. Tidak ada kurangnya. Dan aku diajarkan untuk bersyukur dengan setiap yang diterima dan dianugrahkan oleh Allah. Memang aku bersyukur, aku ucapkan alhamdulillah setiap kali kesenangan datang tapi baru kini aku sedar, semua itu sekadar ucapan dimulut. Tidak betul-betul sampai ke hati.

Dalam Islam dan Quran; syukur (Asy-syukr) didefinasikan sebagai ucapan, perbuatan dan rasa tulus dari hati  terhadap segala nikmat Allah ke atas diri kita. Nikmat Allah sangat banyak dan tidak terhitung. Sejak lahir kita dikurniakan penglihatan, pendengaran dan perasaan dan beterusan lah nikmat Allak itu seiring dengan hidup kita. Besar atau kecil, nikmat Allah bagi setiap insan itu mungkin berbeza tapi sebagai hambanya, kita wajib bersyukur atas segalanya.

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Al-Baqarah, 2:152)

Sebelum aku menerima hadiah Allah ini, aku tidak benar-benar menghargai dan rasa bersyukur atas rezeki yang aku terima setiap hari. Dari kecil, aku dikurniakan dengan sedikit kelebihan dalam pelajaran. Aku sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaranku. Seperti ditulis, perjalananku ke universiti tidak banyak halangannya. Mungkin dulu aku masih muda dan konsep syukur itu belum betul-betul dirasakan. Dan aku mendapat kerjaya yang aku rasa cukup baik dan stabil. Setiap bulan, tatkala menerima gaji, aku anggap ia merupakan hasil titik peluh aku bekerja dan aku wajar diberi ganjaran. Tidak jelas dalam hatiku yang itu merupakan nikmat Allah ke atas diriku yang telah ditentukannya.

Nikmat kesihatan dan kesempurnaan tubuh badan juga aku lupakan. Aku jarang sekali sakit, kalau ada pun sekadar demam selesema. Pernah sekali aku mendapat demam campak, tapi itupun tidak membuatkan hatiku terkesan. Setiap anggota tubuhku sempurna, tidak ada cacat yang nyata. Cantik sungguh kurnian Allah ke atas diriku, tapi sayangnya dulu aku tidak benar-benar bersyukur.

Kini, setelah apa yang berlaku, aku benar-benar bersyukur atas nikmat Allah kepadaku hingga hari ini. Hadiah ini bukan sesuatu yang aku minta, tapi ia adalah ujian Allah kepada diriku atas kekhilafan yang aku lakukan. Dan aku redha dengan ketentuanNya itu. Disebalik kesusahan dan rasa resah hati yang aku alami kini, aku sedar aku masih lagi sangat beruntung. Walaupun sedikit nikmat kesihatan telah ditarik balik, tapi jika dibandingkan dengan insan lain aku masih jauh lebih sihat. Setakat ini, aku masih belum lagi jatuh sakit dan aku sentiasa berdoa setiap kali selepas solat untuk memelihara kesihatanku. Aku yakin dengan kebesaran Allah, Dialah yang Maha Berkuasa menentukan sesuatu. Jika ditaqdirkan aku sakit, maka sakitlah aku. Tapi aku akan terus berdoa dan berusaha untuk kekal sihat.

Ramai sahabat yang berkata, aku patut bersyukur kerana aku tahu aku menerima hadiah ini dalam tempoh yang sangat pendek dari tarikh ia masuk. Kurang 50 hari. Aku belum lagi jatuh sakit, bahkan belum ada simptom. Ada orang yang bertahun-tahun masih tidak tahu sehingga sudah teruk sakitnya, dan selama itulah masih hidup dalam maksiat. Aku bersyukur padaMu Ya Allah, engkau bukakan hatiku lebih awal dari aku lebih jauh dalam kesesatan.

Tidak perlu kita selalu melihat ke atas dan bezakan dengan diri kita. Cukuplah mengeluh, dan lihat kepada mereka yang kurang bernasib baik berbanding kita. Ucapkan Alhamdulillah apabila menerima setiap nikmat, dan kurangkan lah berangan-angan. Sebelum Allah tarik nikmatNya kepada diri kita, kuatkanlah rasa bersyukur dalam hati. Sesungguhnya, rasa bersyukur itu adalah sebaik-baik pemujuk hati dari sifat tamak, pelupa dan kufur. Bersyukurlah, kerana ia akan mendekkatkanmu dengan Allah.


6 comments:

  1. Saya suka awak terangkan definasi syukur masa post mula-mula hehe..

    Saya dok buat kerja tadi fikir.. apalah erti syukur.. sebelum ni saya tercari-cari.. rupanya syukur tu cukuplah saya katakan buat (diri saya) adalah melakukan yang wajib Allah suruh, bukan sekadar mulut mengatakan syukur alhamdulilah.

    ermm saya ingat ustaz cakap kadang-kadang salah yang kita buat mungkin juga aturan Allah yang mana menyebabkan kita menghabiskan usia kita dengan istighfar.

    Kadang kala kita sombong dengan kelebihan kita miliki namun bila Allah bagi ujian barulah kita tahu semua nikmat yang Allah beri adalah kurniaan Allah bukan sebab hasil usaha kita kan (merujuk perenggan 3 awak) saya pun selalu rasa begitu.. tapi skrg sedar setiap nikmat yang saya milki adalah kurniaan Allah bukan sebab usaha saya.

    Kalau tak terima ujian mungkin kita sendiri lupa nak minta doa macam2 kerana rasa ok sepanjang masa tapi bila sakit kita mula berdoa dan dekatkan diri dengan Allah barulah kita tahu setiap nikmat yang Allah beri ...

    doa itu pun ibadah :)

    Syabas saudara moga kekal positif hingga akhir hayat!.

    may Allah bless u

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak. sy perlu kekal positif. banyak lagi yang harus ditempuhi ni.

    tentang nikmat Allah tu, sangat subjektif. kadang-kadang perkara musibah pun kalau diteliti adalah nikmat yang perlu disyukuri. kalau dulu saya selalu lalai, sekarang dengan peringatan yang hebat ni, lebih kuat rasa berserah dan syukur kepada Rabb.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Setiap ujian yang Allah turunkan ke atas setiap anak Adam adalah cara untuk Allah angkat martabat seseorang anak Adam itu. Lihat sahaja Firaun yang mengikut riwayat tidak pernah merasa sakit ketika hayatnya sehinggakan beliau menjadi takbur dan mengaku dirinya Tuhan. Akhirnya beliau mati dalam kekufuran dan kekal di dalam neraka Allah buat selama2nya.

    Saya harap saudara dapat bersabar dengan ujian yang Allah berikan ini yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa ku bersamamu.. Aminn.. Abg ade watsapp x? Leh borak2 lg psni..

      Delete