Thursday, 11 April 2013

Apa mereka fikir?

Minggu ini, aku menghadiri satu training bersama-sama 3 lagi rakan pejabat. Training itu agak berat dan memerlukan kami untuk berfikir, mengeluarkan idea dan argument. Salah satu topic yang dibincangkan adalah code and ethics, dan fasilitator kami bertanyakan soalan;

"Kalau anda diberi kuasa, adakah anda akan mengambil seorang ex-convict (bekas banduan) yang dipenjarakan kerana kesalahan merompak berkerja dengan anda. Dia ada semua kelayakan yang diperlukan?"

Kami tidak diminta menjawab, tapi dibiarkan berbincang sesama sendiri.

Aku memandang salah seorang rakan ku. Perempuan. Menyuruhnya memberikan pendapat.

"Kalau aku, susah sikit la. Kalau boleh, aku takkan ambik."

Berkerut dahi aku. "Kenapa?"

"Ye lah, dia kan ada rekod jenayah. Mana tau jadi apa-apa dalam syarikat aku nanti."

"Mana kau tahu dia akan buat kesalahan. Entah-entah dia dah betul-betul berubah dan memang orang tu sangat berbakat. Dan macam mana kau tahu pekerja kau yang lain takkan tipu kau, dan tak ambik rasuah dan sebagainya?" balasku.

Dia hanya tersenyum tawar. Tak terkata.

"Hurm. Macam mana pula dengan orang yang ada HIV? Kau akan ambil kerja tak?" 

"Kalau HIV pun susah jugak la. Payah la nanti. Takut berjangkit."

Aku dah mula kepanasan.

"Kenapa pulak. Apa kaitan orang yang ada HIV dengan kerja? Kalau aku, aku terima je. Takde salah ape-ape kan?"

"Ye lah. Kau mungkin faham. Tapi cuba pikir pekerja-pekerja lain. Apa diorang akan rasa. Tak selesa nanti." balas rakanku itu. Aku merasakan otaknya betul-betul kosong.

"Kenapa kita nak tak nak bagi ex-convict dan orang yang ada HIV peluang yang sama? Mereka entah-entah lagi baik dari kita. Kalau aku, takde masalah lansung. Siapa kita nak cakap orang baik ke jahat."

Sejujurnya aku kecewa. Rakanku itu bukan calang-calang orang. Bijak, pandai, kerja bagus dan sangat berbakat orangnya. Malangnya fikirannya sempit. Tak mampu bersikap positif dan mudah melabel.

Aku dah mula rasa nak berceramah. Tapi aku cuba tahan. "Ni memang tabiat orang kita. Menilai orang berdasarkan perkara lepas yang mereka buat. Bukan melihat ke depan. Dan selalu menganggap seseorang tu jahat dengan status yang dibawa."

Aku berhenti di situ. Tak sanggup nak teruskan. Mungkin tak kena masa. Dan aku tahu rakanku itu cetek sekali pengetahuan tentang HIV, serta tertutup benar hatinya untuk melihat yang baik-baik dalam diri seseorang. Aku tak salahkan dia. Tapi aku berazam akan mendidik mana-mana yang boleh untuk berfikir lebih terbuka.

Yes it ruined my mood this afternoon. Aku mengadu pada sahabat-sahabatku. 

"I wish everyone is like you, her and ayah."

"To be fair you got it the wrong way pun. People memang akan judge and akan think the worse of you. It's people. Bukan you tak tau. Tapi tu dulu. Now you have change."

Aku mengakui kata-kata nya. Biarlah. Masih ada yang faham, dan mengambil berat. Tak kurang kasih sayang mereka kepadaku pun.

Ramai lagi yang masih kisah dan sayang dalam PPWM kan?



5 comments:

  1. Baca ni..its ruined my mood also. Marah betul..macam bebudak..kempen dah banyak..tak tahu lagi hiv cuma berjangkit dengan cara tertentu sj.

    Kenkadang rasa marah...amat marah. Tapi..marah pun tak guna..buang tenaga. Mungkin bila isu ni bangkit lagi...awak boleh cakap.."yang korang risau sgt dgn hiv ni..korang actually tahu ke bgmana org boleh dpt hiv?"

    Then terangkan.

    Ttg mghakimi kisah silam tu...cuma manusia berjiwa besar shj yg tidak berbuat demikian..tapi..berapa ramai orangbyg give up untuk terus lupakan jalan yg baik hanya kerana tidak peenah diberi peluang kedua.

    ReplyDelete
  2. Sy tergelak je baca...
    Syukurla dgn hiv ni jdikn sy bukak mata. Kalo tak, saya pun mcm dia org kut. Ntah2 lagi teruk. Hahaha...

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya kita tak boleh ambil pusing dan emosi sangat hal2 macam ni.. kita kena faham yang masyarakat kita masih banyak yang tidak terdidik, kalau kita emosi..kita tidak mendidik mereka.

    Yang pertama fikir begini, dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya yang mana jika orang lain fikir buruk tentang PLHIV saya tidak fikir begitu.

    Kedua, saya melakukan pekara yang betul biarpun orang lain tidak melakukan pekara yang betul bersama saya. pekara yang betul tetap betul jika tidak ada seorang pun melakukan dan pekara yang tidak betul tetap tidak betul jika semua orang melakukannya.

    Ketiga, saya adalah pencetus kepada kawan-kawan dan keluarga, di saat orang lain nampak kerugian, putus asa, musnah harapan saya nampak sesuatu yang lain, optimis, masa hadapan, harapan , cahaya dan sebagainya.

    ke empat.. optimis :)dan mengarapkan rahmat Allah.

    tu saja hehe.. kita masih muda dan masih mentah dalam perjuangan ni..kalau kita melatah dan banyak buat silap biasalah tapi jangan lupa kita tengok perjuang yang dah lama2.. awak perati mereka.. saya tengok mereka sangat tenang...jauh sekali melatah..bahkan ada seribu cabaran mereka namun mengeluh xpernah saya dengar bahkan bersemangat tup tup masalah dah selesai..

    Insyallah.. jom kita mendidik dan memberi kasih sayang kepada semua, moga2 Allah pandang usaha kita dan di rezekikan ikhlas.. wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you anonymous one. syukur ada orang yang berfikiran jauh macam awak, AHP and MGDA.

      soal mendidik orang sekeliling tu merupakan tugas sukar. tambah-tambah lagi untuk menerima orang yang ada hadiah istimewa mcm kami ni :p

      Delete
  4. Jgn risau.. 1 yg bfikiran sempit 1000 Allah trunkn org yg positive thinking.. Yg pntg nawaitu..

    ReplyDelete