****
Isnin lepas, aku mengalami beberapa peristiwa yang benar-benar menyebabkan aku menyesal. Dalam pada itu, mengajar aku erti kesabaran tatkala berdepan dengan situasi yang menaikkan darah. Kerana ikutkan hati dan amarah, aku telah menyusahkan diri sendiri, keluargaku dan paling perit, banyak duitku melayang. Rugi dan menyesal usah dikata, tapi benda dah berlaku. Menyesal dan telan saja lah.
Pagi itu, aku dijadualkan mengambil satu assessment tahunan untuk kenaikan pangkat. Pagi-pagi lagi aku telah sampai dibilik yang ditetapkan, dan bersedia menunggu kehadiran 2 panel yang akan menilai prestasi aku. 1.5 jam menunggu seperti tunggul, masuk seorang staff memberitahu sesi aku dibatalkan kerana panel tersebut tidak dapat hadir. Aku menyirap, namun aku cuba mengawal perasaan didepan staff tersebut. Dalam nada protes, aku mengemas barang-barangku dan berlalu keluar tanpa menoleh.
Kemarahanku terpendam sekian lama sebenarnya. Ini merupakan kali ke 4 mereka menangguhkan sesi tersebut sejak Ogos lagi. Alasan sama, panel tidak dapat memberi komitmen, sedangkan mereka dambakan komitmen 110% dari staff bawahan. Cakap tak serupa bikin. Nasib lah, bekerja dengan orang. Begitupun, aku masih bersyukur :).
Aku kembali ke keretaku dan memandu pulang kerumah. Dek rasa marah yang amat sangat, tanganku sibuk menulis status FB & Twitter. Aku menelefon F, sambil terjerit-jerit melepaskan perasaan. Tangan kiriku memegang erat steering, sambil mengetap bibir. Entah bagaimana, disatu simpang aku hilang fokus dan..
BBBBAANNNGGGG!!
Tatkala aku tersedar, keretaku sudah mencium punggung sebuah lagi kereta, dipandu seorang wanita. Aku berhenti dan keluar melihat kesannya. Kaget. Bertambah-tambah api dalam hati. Aku bertekak dengan wanita itu menyalahkan satu sama lain.
Lama selepas itu, seperti Allah membuka pandangan, aku tersedar yang aku telah bertindak diluar kawalan. Melampaui batasan adab dan menyalahkan taqdir. Cepat-cepat usapkan dada, dan duduk sebentar ditembok jalan. Aku pergi kepada wanita tadi dan memohon maaf. Syukur, dia pun melakukan yang sama. Aku ceritakan masalahku dan dia memahami. Business card bertukar tangan, dan kami berlalu pergi dengan persetujuan aku akan membayar segala kos baiki kedua-dua kereta.
***
Aku ingin membawa sahabat-sahabat semua kepada hadith Rasulullah;
Suatu ketika, Rasulullahﷺbertanya kepada para sahabat. “Siapakah orang yang paling kuat di kalangan kamu?”Maka para sahabat memberi berbagai-bagai jawapan. Rasulullahﷺ lalu berkata,“Bukanlah orang yang kuat itu orang yang banyaknya berperang (selalu menumpaskan orang lain); Sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jelas diajar oleh Rasulullah, bahawa mengawal kemarahan adalah salah satu kekuatan yang wajib ada dalam diri setiap dari kita. Hadith di atas menegaskan betapa pentingnya kita menahan diri daripada sifat marah. Banyak insiden yang tidak diingini boleh dielakkan sekiranya kita berjaya menahan marah. Perkara mudah akan menjadi rumit, yang kecil akan merebak menjadi besar.
Jadi, bagaimana mahu mengawal kemarahan?
1. Membaca Ta'awudh
A`ūdhu billāhi min ash-shaitāni r-rajīmi (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم).
2. Ambil wudhu'dan minum air
3. Ubah posisi
Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila kamu marah dan ketika itu dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana ia akan mehilangkan kemarahan Dan jika tidak, hendaklah dia berbaring.: (Riwayat Muslim)
Jangan marah-marah. Happy-happy selalu #tipsnaikkanCD4.

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan
dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan
air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera
berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat
menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat
menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila seseorang daripada
kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu
daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).
Minum air!!!