Thursday, 19 September 2013

Malangkah kita, jika dibandingkan dengan anak-anak ini?

Fuhhhhh fuhhhhh. Berhabukkkk! 

Maaflah lama menyepi. Kekangan tugas dan kesibukan dengan keluarga. Ikutkan masa, aku memang tidak mungkin berkesempatan menulis disini tapi pengalaman beberapa hari lepas wajar aku kongsikan dengan sahabat-sahabat semua. Buat ikhtibar dan peringatan diri.

Hujung minggu lepas, aku bersama sahabat baik sepejabat melawat sebuah rumah perlindungan anak yatim di Hulu Gombak. Kami bertolak lepas maghrib, selepas makan malam dan membeli sedikit buah tangan. Ini merupakan kali pertama aku berkunjung ke situ, tetapi sahabat aku telah menjadikan rumah tersebut sebagai tempat persinggahannya sejak beberapa tahun. Aku sekadar mengikuti dan meramaikan keadaan. 

Banyak yang aku telah dengar dari mulut sahabatku tentang rumah anak yatim ini. Bagi aku biasa sahaja, tiada yang istimewa. Lagipun ini bukan kali pertama aku berkunjung kerumah perlindungan. Sejak dikolej, aku memang sentiasa menyibukkan diri dengan kerja-keja amal di rumah orang-orang tua dan membantu anak-anak yatim dalam pelajaran mereka.

Kami tiba kira-kira 930 malam. Menyambut kami, seorang wanita 40-an yang dipanggil Umi oleh adik-adik disana. Ditangannya seorang budak lelaki kecil dengan chicken-pox, tapi tak sudah-sudah diciumnya. Kami bertanya khabar dan duduk berbual dengan Umi dan seorang lagi penjaga rumah tersebut. 

Terdapat 30 anak-anak yang tinggal disana. Paling kecil 3 tahun dan yang paling besar 17 tahun. Semuanya dijaga bagaikan anak sendiri oleh Umi. Aku bertanya dimana mereka mendapat bantuan kewangan untuk menguruskan rumah itu. Umi hanya tersenyum, rezeki Allah katanya. Rumah tersebut cukup lengkap. Sebuah banglo sederhana dengan tanah yang luas. Ada Pajero dan Triton buat pengankutan anak-anak ke sekolah. Sumbangan seorang Dato'. 

Perbualan kami berlarutan sampai ke masalah-masalah yang dihadapi Umi di rumah tersebut. Menurut Umi, bukan masalah kewangan dan bantuan yang mereka hadapi, tetapi cabaran mendidik anak-anak ini yang banyak sekali masalah peribadi dan disiplin. Mereka datang dari latar belakang yang cukup berbeza, kadang-kadang diluar imaginasi kita. Disitulah terletaknya kesabaran dan keazaman Umi dan pembantunya menguruskan anak-anak ini.

Aku tidak mahu bercerita satu persatu, tapi ingin aku kongsikan beberapa. Ada beberapa anak-anak disitu yang sudah berusia 15-17 tahun tapi tidak bersekolah. Mereka ini memang sebatang kara, tidak beribu bapa dan tidak ada keluarga yang dikenali. Dihantar ke rumah perlindungan sejak bayi. Dan mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan yang membolehkan mereka bersekolah. Aku tersentak, kerana tidak percaya masih ada kes sebegini berlaku. Dirumah itulah keluarga mereka, Umi itulah ibu mereka dan rakan-rakan itulah adik-beradik mereka. Jika raya, raya disitulah. Sedih gembira semua disitu.

Ada juga anak yang dihantar ibu bapa kerana kesempitan hidup. Adik beradik ramai dan semuanya dihantar ke rumah perlindungan. Ibu bapa bekerja di lorong-lorong, anak anak terbiar. Kasih-sayang entah kemana, apa lagi pendidikan. Jalan terbaik, tinggalkan anak-anak ini dengan orang yang mampu menjaga mereka. Tapi kerana kesempitan hidup ini, anak-anak itu menjadi liar diluar kawalan. Mereka memberontak, bersikap kasar dan ponteng sekolah. Baru Form 1, tapi Umi mengadu sudah ponteng sampai sebulan Ramadhan yang lalu. Subhanallah, sabarnya Umi. Dia dipanggil guru ke sekolah dan diminta mendisiplinkan anak-anak itu. Kata Umi, kalau ikutkan hati, aku picit-picit sampai lumat. Dah la aku kutip kau, kau degil pulak. Mulutnya penuh marah, tapi dalam hatinya tetap sayang dan sabar mendidik anak-anak itu.

Seorang kanak-kanak kecil disitu, usianya 6 tahun. Adiknya 5 tahun. Tapi imaginasinya bagaikan remaja 21 tahun. Sebabnya, dia dibesarkan oleh seorang ibu dijalanan. Bayangkan seorang anak 6 tahun, mampu menggambarkan bentuk badan wanita cukup lengkap, siap dengan unsur-unsur ghairah. Dan bercerita apa yang ibunya buat malam hari didepan meraka berdua tanpa segan silu. Dia juga tidak rasa bersalah memasukkan tangan kedalam seluar kawan ditadika dan menghisap lolipop kanak-kanak lain dirumah itu. 

Astaghfirullah, apa nak jadi dengan umat kita sekarang. Aku tidak sekelumit pun menyalahkan anak-anak kecil itu. Aku juga tidak buta-buta menyalahkan ibu bapa mereka. Bagi aku, ini semua tanggungjawab kita. Allah menurunkan ujian dan kesusahan kepada insan, supaya mereka bersabar, berubah dan memberi peluang kepada orang lain untuk membantu. Tanyakan diri kita, mampukah kita?

Aku merenung kembali diri aku. Segala kesusahan dan kesedihan yang aku alami sehingga kini. Kecil sekali berbanding ujian yang diberikan kepada anak-anak ini. Jika kita sentiasa tertekan dengan masalah cinta, hubungan dengan orang tersayang, masalah dipejabat dan kekurangan wang, letakkan diri kita di tempat anak-anak ini. Mental torture mereka jauh lebih hebat, dan dengan usia muda sebegitu mampukan mereka mengawalnya tanpa bantuan kita.

Allah Maha Adil. Setiap yang berlaku ada hikmah. Untuk sipelaku, yang diperlakukan, dan yang melihat. Ambil iktibar dan bersyukurlah. Bantu yang mana termampu. InsyaAllah, kita sama-sama menuntun tangan ke Jannah.



Tuesday, 20 August 2013

Great Advise

Listening to Ikim.Fm this morning on the drive to work.

Mention by Prof Muhaya.

A man is bless if the he has 3 things.

1. Tounge that always zikr.
2. Heart that always gratefull (syukur).
3. A wife that constantly reminding.

I want to be that man. To that person, I know you will be the third :)

And always remember, when you make a good deeds to others, never think that they are using you but open an opportunity for extra reward instead. Open you heart and just do it. Allah will reward all your good deeds, both in this world and hereafter (As-Sunnah) 

Monday, 5 August 2013

Berlalulah Sudah Ramadhan...Tiba Syawal Kita Rayakan

Tinggal sehari lagi Ramadhan dan tibanya Syawal. Aku tidak begitu merasakan kegembiraan Syawal seperti tahun-tahun lepas, rasa macam biasa. Tapi sudahnya Ramadhan memang menyedihkan aku. Tidak lagi ada sahur, berbuka dan terawih ramai-ramai.

Apa pun, Syawal kali ini merupakan yang pertama aku lalui dengan hadiah Allah ini. Banyak yang aku pelajari, bertemu rakan-rakan yang sangat matang dan tabah, membantu sahabat-sahabat yang masih keliru, melawan emosi dan ketakutan, serta merasakan nikmat dan  kebesaran Allah.

Aku masih ingat, ayah pernah berkata "kenapa nak tunggu raya baru mintak maaf?". Aku akui benar, tapi biasalah kitakan manusia biasa. Penuh dengan ego. Jadi masyarakat kita sengaja menunggu Syawal untuk memohon kemaafan dari segala salah silap.

Untuk itu, aku dengan segala rendah diri ingin memohon maaf kepada ayah dan mama, tokwan serta adik-adikku atas kesilapan yang aku lakukan. Aku tahu aku bersalah besar, tapi aku janji akan menjadi anak dan abang yang lebih baik. Kepada sahabat-sahabat yang pernah aku kecewakan dan kecilkan hati, aku minta maaf. Aku akan cuba untuk memperbaiki segala yang masih ada selepas ini.

Kepada sahabat-sahabat semua, ambil peluang Aidilfitriuntuk bertemu kaum keluarga dan rapatkan silaturrahim. Lupakan segala kisah silap dan maafkan kesalahan orang lain keatas diri kita. InsyaAllah, orang akan memaafkan dosa-dosa kita juga.


Salam Aidil Fitri
hismaghfirah



Monday, 29 July 2013

Sedekah; Ubahkan Taqdirmu

Beberapa minggu lepas, aku menghadiri kuliah bersama Syakh Dawood Butt dan antara perkara utama yang aku pelajari, qada' dan qadar seseorang insan itu yang telah tertulis sejak dalam kandungan boleh diubah dengan doa dan sedekah. 
Kematian adalah ketentuan Allah SWT. Tetapi ada satu perkara yang boleh melambatbatkan kematian iaitu amalan bersedekah.



Suatu hari, Malaikat Israil mendatangi Nabi Ibrahim, dan bertanya, “Siapakah anak muda yang mendatangimu wahai Ibrahim?”

“Itu sahabatku dan juga muridku.”

“Ada apa dia datang menemuimu?”

“Dia menyampaikan khabar bahawa dia akan melangsungkan pernikahannya esok pagi.”

“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi. ”Setelah itu, Malaikat Israil pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Hampir saja Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan pernikahannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu esok. Tapi langkahnya terhenti dan Nabi Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahsia Allah SWT.

Keesokan paginya, Nabi Ibrahim melihat dan menyaksikan bahawa anak muda tersebut tetap melangsungkan pernikahannya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim malah melihat anak muda ini terus hidup dengan panjang umurnya.

Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim bertanya kepada Israil, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu menyampaikan berita bahawa anak muda itu umurnya tidak akan sampai esok pagi? Malaikat Kematian menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.

“Apa gerangan yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda itu pada waktu tersebut?”

“Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut. Kerana itulah engkau masih melihatnya hidup sehingga sekarang.”

Kematian sememangnya di tangan Allah. Oleh itu, mencepatkan dan melambatkan kematian adalah hak Allah. Allah memberitahu melalui hadis Rasulullah, Muhammad SAW bahawa sedekah itu akan memanjangkan umur. Jadi, bila disebut bahawa ada sesuatu yang boleh menunda kematian, itu adalah sedekah.

Maka, tengoklah kiri kanan dan lihatlah sekeliling kita. Bila menemui ada sebarang kesusahan terjadi, maka kita harus menghulurkan bantuan dan pertolongan. Kesusahan itu diberi oleh Allah untuk kita bantu kerana Allah ingin memanjangkan umur kita. Cuma tinggal kemahuan anda sama ada untuk membantu kesusahan itu ataupun tidak.

Tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan tiba. Dan tidak seseorang pun yang mengetahui bagaimana keadaan ajalnya tiba. Maka memberi sedekah bukan saja akan memanjangkan umur, mungkin juga kita akan meninggalkan dunia ini dalam keadaan baik. Bukankah sedekah akan mengundang cinta Allah?

Jika seseorang dicintai Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak dicabut nyawanya melainkan dalam keadaan Husnul Khatimah.

Mudah-mudahan Allah memanjangkan umur kita, sehingga kita semua berkesempatan untuk mengejar keampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan diri untuk kematian yang akan datang menemui kita.


Wallahulam!

Saturday, 27 July 2013

Majlis Tadarus Perdana & Berbuka Puasa Komunity

Sekitar majlis tadarus dan berbuka puasa anjuran JAKIM. Kehadiran komuniti sokongan PLHIV, komuniti sokongan LGBT, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), rumah-rumah perlindungan wanita, dan para hafiz jemputan. 

Monday, 22 July 2013

Ramadhan Kareem

Masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua saudara-saudara ku yang menyambut Ramadhan tahun ini. 

Ayat dibawah merupakan salah satu firman Allah dalam Kalamu-Allah yang memerintahkan supaya umat Islam berpuasa. 


2:183


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" (Al-Baqarah; 2:183)

Rukun Islam ke-3 ini telah diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-2 hijrah, dengan turunnya ayat di tas. Walaupun perintah puasa telah dilakukan oleh nabi-nabi terdahulu (sejak zaman Nabi Adam A.S), tetapi cara puasa itu berbeza dan unik tersendiri. Puasa yang disyariatkan oleh Rasulullah adalah seperti yang kita amalkan sehingga hari ini.

Seperti mana yang setiap dari kita SANGAT-SANGAT faham, puasa bukan sekadar tidak makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari, malahan lebih dari itu. Kita seharusnya menahan diri dari segala perkara yang mengurangkan pahala puasa, membataskan penglihatan, menjauhi dari mendengar perkara-perkara lagha dan berkata sia-sia.

Hari ini, boleh aku katakan setiap dari kita semangnya berpuasa, tapi macam orang tua selalu berkata, puasa kurus. Memang perut lapar, tekak cukup dahaga apabila menjelang tengahari seiring dengan pahala puasa. Dimana keberkatan puasa kita jika pagi-pagi lagi dah duduk bersidai dipejabat mengata orang sana-sini, bergossip tak putus-putus. Habis cerita rakan-rakan sepejabat dikupas, dari cara berpakaian sehingga masalah anak-beranak mereka.

Tak kurang juga yang telefon tidak lepas ditangan. Membaca Tweeter orang kutuk-mengutuk, membelek-belek Instagram melihat gambar lelaki-lelaki berdada bantal separuh bogel, dan tangan mengepit majalah Galaxie dengan artis-artis kain terbelah. Itu belum dicampur menghabiskan masa membaca fitnah dan cerita-cerita panas artis-artis Malaysia. Sibuk betul nak ambil tahu. Bukan ada effect kat diri kau pun.

Mana yang ketagih menonton filem-filem biru, membrowse klip-klip terkini Shakira dan Nicky Minaj di Youtube masih lagi seperti biasa. Tidak ada kurangnya. Cuba tanyakan diri kita sendiri, mana makna puasa diri kita? Pada lapar perut dan kering tekak sahaja kah? Atau dimata, telinga dan perbuatan kita sekali.

Aku membebel untuk peringatan diri aku dan teman-teman rapat yang aku ambil berat. Buat yang lain, sendiri mau ingat. Kalau dulu, Rasulullah dan sahabat-sahabat mampu berjihad mengangkat pedang pada bulan Ramadhan, kita melawan nafsu sendiri pun tak mampu? Jauh sungguh tahap iman dan taqwa kita berbanding mereka. Jangan hanya dimulut sahaja ingin menjadi seperti sahabat-sahabat Rasulullah, tapi dihati kita cukup lemah.

Ramadhan dan HIV

Tahun ini merupaka tahun pertama aku menjalani Ramadha dengan hadiah Allah ini. Berbeza sekali dengan tahun lepas. Aku mengaku aku tidak pernah ambil berat dan menghayati konsep berpuasa itu sendiri. Aku masih lalai, membazir dan tidak sedikit pun aku selami perasaan mereka-mereka yang susah tiada makanan. Jika tahun lepas aku sekadar berpuasa dengan lapar dahaga semata-mata, tahun ini aku benar-benar rasakan nikmatnya.

Dan rezeki Allah, aku masih lagi mampu berpuasa tahun ini. Aku pernah menangis kerana mengenangkan yang aku tidak lagi dapat merasa nikmat berpuasa Ramadhan selepas menerima hadiah Allah ini. Tapi ketentuan Allah itu mengatasi segalanya. Aku masih diberikan kesihatan dan aku berjanji akan memanfaatkan puasa ini sebaik-baiknya. Ada diantara sahabat-sahabat di PWSG tidak boleh berpuasa kerana jadual ubat yang tidak boleh ditinggalkan, tapi yakin dan berdoalah supaya Allah akan mengembalikan nikmat puasa ini kepada kalian. Aku percaya  perjuangan kalian pasti lebih tinggi darjatnya dari mereka-mereka yang berpuasa 'kurus' itu.

Garis panduan berpuasa untuk PLHIV jelas diterangkan dalam blog perkongsian AHP. Rajinkan diri untuk membaca dan dapatkan panduan doktor bagi mereka-mereka yang ingin berpuasa (dengan HAART). Allah itu Maha Adil, Dia akan memudahkan urusan hambaNya setelah Dia menurunkan sedikit kesusahan.




Friday, 19 July 2013

Thank you Mom for bringing me to this world!

It was my birthday yesterday. And I am 188 days old with this gift.

Alhamdulillah, Allah still allow me to breath the air, and celebrate another birthday. But of course, it is different this year :). In Ramadhan summore. Haha.

Talking about birthday, my best friend and I had different opinion regarding the celebration. We both agree that the celebration for our birthday shall be given to our mother who carry us 9 months and endure the pain during labor. On our birthday, we did nothing but crying. The one who gave most effort is our mother. So, all the well wishes, du'a and present shall be dedicated to them, not us. They deserve great words of love and sincere thank you from us.

Mom text me on the eve of my birthday, pass midnight. I already slept and read the text next morning. She pray that I will be better Muslim and great brother to my siblings. InsyaAllah.

I pissed off earlier when nobody care about my birthday. Very childish isn't it? But apparently my loves one from all over the world do care and made a very touching video. They just knew me sooo well. And another surprise prank tonight (with whipped cream all over my body) after our weekly badminton session. I feel bless, to have families and friends who treasure me, as much as I treasure every single one of them.

And buy Allah fate, I share my birthday with the Abg Iz, the one who helps me much during my grieving days. Happy birthday to you! And well wished from PWSG also pouring in.

Enough of rambling. Time to off to bed. Oh Allah, allow me to celebrate another birthday next year. Ameen!