Thursday 12 December 2013

Kegembiraan dalam Kesedihan

Tatkala aku bersedih dengan pemergian sahabat baikku pada hujung November lepas, aku mendapat satu berita gembira. Berita yang aku anggap rahmat Allah dalam perjuangan diri aku, dan beberapa sahabat senasib. Setiap hari aku berdoa kepada Allah supaya memudahkan perjalanan hidup, tanpa sebarang perkara tertentu yang disebutkan. Allah itu Maha Mengetahui dan Merancang. Dia tahu setiap yang diperlukan hambaNya dan mengatur setiap sesuatu cukup indah.

Tengah hari itu, berlangsungnya pelancaran polisi baru yang menyentuh hak dan kebebasan pekerja yang hidup dengan HIV di syarikat tempat aku bekerja. Sebelum ini, tidak terdapat sebarang polisi jelas tentang status pekerja dengan HIV dan setiap dari kami hidup dalam sembunyi dan kegusaran. Berkat usaha dan kerjasama MAC dan Kementerian Kesihatan, satu polisi baru telah dilancarkan. Antara perkara yang disentuh adalah (menggunakan struktur bahasa aku sendiri):

1. PLHIV yang telah bekerja tidak akan diberhentikan atas status mereka.
2. Tidak akan ada diskriminasi terhadap PLHIV dalam prosess pengambilan pekerja baru, dan ujian HIV tidak akan dijalankan semasa saringan kesihatan.
3. Pekerja dengan HIV tidak perlu mendedahkan status mereka kepada syarikat.
4. Perlindungan kesihatan selagi tidak melibatkan penyakit berkaitan AIDS.

Perkembangan ini amat mengembirakan hatiku. Sekurang-kurangnya aku akan dilindungi dan ia pasti akan menjadi satu permulaan baik terhadap usaha mengurangkan diskriminasi terhadap PLHIV.

Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yang berdoa dan bertawakkal. InsyaAllah.

5 comments:

  1. assalam.. saya tak tahu bagaimana nak mulakan bicara.. boleh saya tahu keadaan tuan sekarang bagaimana? saya ada menjual ubat herba adunan keluarga sendiri yang dapat melawan penyakit berpunca dari jangkitan kuman dalam darah.. dan saya ada 2 sahabat mengalami penyakit hiv ni yang mana sebelum ini kondisiny teruk dengan izin Allah atas usaha mereka sekarang alhamdulillah bertambah sihat dan badan mula berisi berbanding sebelum cuba mengamalkan ubat ini..saya harap tuan dapat cuba ubat ini..maafkan saya kalau post saya ni panjang lebar sebab saya tak tahu bagaimana ingin berbicara dengan lebih baik lagi..saya tak ada niat untuk menjual atas faktor keuntungan tapi atas sebab ingin membantu..jika tuan ingin berminat ingin cuba boleh hubungi/sms saya- hafez 019 6025933..

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Alhamdulillah..tapi saya tak berkenan dengan no 4, syarat yang sama dalam insuran kan...so sekiranya kita berada dalam keadaan no 4, harap kita (dan orang yang terdekat) boleh berbincang dengan doctor (yang perihatin) agar penyakit yang kita alami tidak dikaitkan dg AIDS...



    ReplyDelete
  3. Sekurang2 nasib PLHIV terbela....Alhmadulillah

    ReplyDelete
  4. Setiap penyakit pasti ada penawarnya.Syukur kpd Allah penawar HIV sudah ditemui.Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Gombak. 019 6676236-Dr Wan sedia membantu.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete