Tuesday, 30 April 2013

I love you guys

I opened up to another 3 person, the ones that is very important in my life. My friends. Whom I know will not throw me away, stand behind me instead.

She cried a lot. And I cant bear to see her crying like that. But I choose to swallow everything in and calm her down. Telling her that I am going to be ok. She get back her smile the next day.

And send me this. Thanks



And yesterday, I told another two. The two's that is soo close we share secrets and stories. In both loud and subtle way. The one I hugged on my Day 1. And they say it's not the end of everything. And they are there for me.

Before sleep that night, one of them send this.

"Promised. On everything. Turn yourself only to HIM, that's all that I ask from you. Good night =)"

You guys are everything for me. My strength. I dont know how can I survive without. And the one in UK is upset again at me last night, soo mad that I go out until midnight. He worries his heart out.

And she Chummy text me this morning; "Demit. Kn ak d ckp. Make sure ak around if you want to tell. Y dun hear me?"

I know I am a disappointment. I'm sorry. I love you guys.

Another two. Hurm.

Thursday, 25 April 2013

Cerita Cinta: Part II

Malam itu dingin. Hujan masih lagi renyai-renyai. Sayang hanya diam sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Dalam fikirannya, ada lagi perasaan sedih, menyesal bercampur-aduk dengan semangat dan kekuatan baru. Banyak air matanya yang tumpah malam itu.

Pertemuan dengan sahabat-sahabat baru sejak dua hari lepas banyak membuka mata Sayang. Nasihat dan ilmu yang dipelajari benar-benar menyentuh hatinya. Dia terkenangkan ibunya, Kasih dan mereka-mereka yang akan bersedih dengan keadaan dirinya. Sayang tahu, bukan sedikit orang yang risaukan tentang dirinya. Tapi dia seboleh-bolehnya cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa. 

Jauh Sayang mengelamun, telefonnya berdering.

Nama Kasih tertera. Sayang senyum, sambil mengerling kepada rakannya yang masih tekun memandu.

Panjang yang mereka bualkan. Comel sekali gelagat dua orang berkasih-sayang itu. 

"2 mggu lagi B. I macam tak percaya. Huhh." panjang keluhan Sayang.

 Bukan dia ragu-ragu tentang perkahwinan mereka, tapi memikirkan semua kebarangkalian yang akan datang dalam hidup mereka berdua.

"I nak ucapkan terima kasih kerana jadi orang yang paling sabar dalam dunia."
"I nak cakap thanks sebab you sorang je yang faham I A sampai Z, dari hujung rambut ke hujung kaki."
"Kita akan bina hidup kita, dan I berdoa Allah berkati hubungan kita sampai bila-bila."
"We complete each other. I trust that."
"I love you B. Thank you for everything."

Perbualan mereka berdua penuh dengan perasaan cinta. Cantik sungguh. Sayang rasa dirinya cukup bertuah menerima Kasih dalam hidupnya, dikelilingi orang-orang yang faham dan ambil berat tentang dirinya.

"Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Encik Sayang. Allah selamatkan kamu!" alun rakan baiknya dalam kereta itu. Sebagai ucap selamat hari lahir Sayang ke-27.

Sayang hanya mampu tersenyum. Simple saja sambutan hari lahirnya tahun itu, tapi yang paling beerti buat dirinya.

Malam itu berlalu tanpa disedari. Dingin.

Wednesday, 24 April 2013

Ujian atau Hukuman?



Hari ke-100. Alhamdulillah aku masih sihat dan mampu berfikir tentang tanda kebesaranNya.

Sebenarnya, entri ini sudah lama aku mulakan. Tapi dek kekangan masa dan idea, hanya hari ini aku berjaya menyudahkannya. Renungkan ayat di bawah.


29:2
29:3
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankaboot, 29:2-3)

Sebagaimana difahami umum, ujian bermaksud suatu situasi atau keadaan yang diturunkan kepada manusia, bertujuan untuk melihat sejauh mana hamba mengingatiNya. Hukuman pula bermaksud kesusahan atau azab yang diturunkan kepada manusia atas kekhilafan atau dosa yang dilakukan. Kita simpan dulu maksud ini, dan aku akan merungkaikannya di akhir entri ini.

Manusia diuji oleh Allah s.w.t dalam dua cara. Ada kalanya manusia dikurniakan dengan berbagai nikmat dan kesenangan untuk melihat sejauh mana dia bersyukur kepada penciptaNya. Perasaan bersyukur dan berterima kasih itu  bukan sahaja melalui perkataan yang diucapkankan, tetapi juga dalam menyempurnakan segala tuntutan yang datang dari nikmat itu.

Sebaliknya, ada manusia yang diuji dengan kesusahan, penyakit dan bila sesuatu yang dikasihi diambil kembali untuk melihat adakah dia bersabar. Sifat redha, sabar dan penuh yakin dengan ketentuan Allah adalah perkara yang dituntut dengan ujian jenis kedua ini. Ujian jenis kedua ini juga bertujuan untuk menghapuskan dosa dan memberi bonus pahala kepada hambaNya.

Ada kalanya, Allah memilih hamba yang tertentu, berdasarkan pengetahuanNya yang Maha Luas, untuk menunjukkan ketaqwaan dan keredhaan hambaNya kepada mereka disekeliling. Dalam hal ini, tujuan utama Allah menurunkan ujian yang amat berat terhadap individu itu adalah untuk mengajar manusia tentang perlakuan/reaksi yang sepatutnya apabila menerima ujian Allah. Contoh terbaik dalam hal ini adalah ujian yang diturunkan kepada para anbiya' dan sahabat-sahabat Rasulullah yang berjuang di awal kemunculan Islam. Ketinggian ketaqwaan mereka itu kekal menjadi idol dan kekuatan kita sehingga hari ini.

***

Dalam konteks berdepan dengan hadiah Allah yang aku dan rakan-rakan hadapi hari ini, aku akui pada mulanya aku menganggap semua ini merupakan hukuman Allah ke atas diriku. Allah menurunkan musibah dalam bentuk penyakit kepada diriku dan aku hampir berputus asa untuk hidup. Aku rasakan semuanya sudah berakhir dan tidak ada harapan lagi. Tetapi perlahan-lahan aku bina kekuatan diri, kembali percaya dengan qada & qadar dan redha atas apa yang berlaku sehinggalah apa yang aku ada pada hari ini.

Hari ini tidak sedikit pun terdetik dalam hati yang aku masih menanggung hukuman Allah. Malah sekarang aku mampu berfikir sebaliknya. Segala kesusahan, kesakitan dan resah hati dengan hadiah ini aku anggap sebagai ujian dari Allah sahaja, sebagaimana yang diturunkan kepada setiap orang dari kita.

Segala kesusahan, musibah, sakit, sedih itu semua aku anggap hanya dugaan sementara. Ia tidak akan kekal dan sentiasa pergi dan datang. Lain orang lain cerita, dan begitu juga lah dengan ujian yang dihadapi. Bersabar dan redha. Dan bangkit kembali. Itu saja.

Dalam ayat Surah Al-Ankaboot di atas, sangat jelas Allah firmankan; betapa tinggi keimanan kamu, apabila ditimpakan dengan kesusahan atau kesenangan? Tidak sedikit pun disebut Allah menurunkan ujian ke atas hambaNya diluar kemampuan.

45:10
Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada neraka Jahannam (yang disediakan untuk mereka), dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelematkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan; dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (Al-Jathiyat, 45:10)

Bedasarkan ayat Al-Jathiyat di atas, aku berpendapat hukuman Allah itu adalah apabila seseorang hamba itu telah mati. Kita banyak mendengar bahawa Allah akan menyiksa hamba yang mungkar di dalam kubur, dan diikuti azab yang amat berat di akhirat. Perkara ini jelas dihuraikan dalam berpuluh-puluh ayat Al-Quran dan dipersetujui oleh sekelian ulama. 

Jadi, selagi seorang manusia itu belum mati, bukankan setiap kesulitan itu hanya ujian yang bersifat sementara? Ia bukan hukuman Allah kerana hukuman sebenar hanya akan berlaku selepas nyawa ditarik nanti. Dan selagi nyawa masih di badan, bukan kan kita masih berpeluang untuk bertaubat dan membetulkan mana yang patut?

Sama-sama kita fikirkan.


Monday, 15 April 2013

Hakikat Penciptaan Manusia

Semalam, dalam perjalanan balik dari tempat kerja aku mendengar satu nasihat yang cukup bermakna. Seorang ustaz (dalam Ikim.FM) berkata:

"Tubuh manusia dijadikan dari tanah. Jadi segala ubat dan penawar untuk semua jenis penyakit akan datang dari tanah. Contohnya habbatussauda, madu dan ubat-ubat buatan manusia. Semua berasaskan tanah. Tapi jiwa dan roh manusia berasal dari Allah, Yang Menciptakan. Jadi penawar untuk penyakit jiwa akan dari Allah juga. Berdoa dan bertaubatlah. Ketenangan hati akan datang bila kita ingat kepada Alllah dalam setiap kesusahan."

Sangat betul dan tepat kata-kata tersebut. Aku terpaku sebentar, bila mendalami setiap baris ayat itu. Dalam situasi diri aku sekarang, tiada sesuatu yang aku mahukan selain keampunan Allah dan ketenangan hati. Dan aku tahu, bermula dari situ aku mampu membina kembali kehidupan dan mengejar cita-cita. InsyaAllah.

Afterall, penawar yang benar-benar diperlukan bila berdepan dengan hadiah Allah ini bukanlah ubat fizikal, tapi penawar penyakit hati dan nafsu.

Terima kasih HSB


Thursday, 11 April 2013

Makkah Al-Mukarramah; A Journey of a Servant

Alhamdulillah. Maha Suci Allah yang telah menerima aku sebagai tetamuNya. Aku membawa diri mencari ketenangan di bumi penuh barkah. Di rumah Allah.

Masjidil Haram dan Kaabah March 2013. Projek pembesaran kawasan Mataf dan bangunan masjid sedang rancak dijalankan.

Bahagian dalam Masjidil Haram. Kawasan masjid asal.

Masjidil Haram. Waktu Dhuha.

Suasana dalam Masjidil Haram. Kawasan baru selepas pembesaran di zaman Raja Fahd.

Kaabah dari sudut lain.

Masjidil Haram. Selepas isyak.

Suasana orang pulang dari masjib selepas waktu solat.

Masjid Aishah di Tan'eem. Salah satu tempat meeqat paling hampir dengan Makkah.

Hujan lebat pada waktu Asar membawa banjir kilat.

Mina. Tempat orang melontar 3 jamrah. Jamrah Sughra, Wusta dan Kubra.

Pemandangan Padang Arafah dari atas Jabal Rahmah.

Ya Allah, kau datangkan lah kembali aku ke tanah barkahMu ini. Ya Allah! murahkanlah rezekiku supaya dapat kembali menziarahi Baitullah berulang kali untuk bertaubat, beribadat, mengucap syukur dan puji-pujian. Ameen

Apa mereka fikir?

Minggu ini, aku menghadiri satu training bersama-sama 3 lagi rakan pejabat. Training itu agak berat dan memerlukan kami untuk berfikir, mengeluarkan idea dan argument. Salah satu topic yang dibincangkan adalah code and ethics, dan fasilitator kami bertanyakan soalan;

"Kalau anda diberi kuasa, adakah anda akan mengambil seorang ex-convict (bekas banduan) yang dipenjarakan kerana kesalahan merompak berkerja dengan anda. Dia ada semua kelayakan yang diperlukan?"

Kami tidak diminta menjawab, tapi dibiarkan berbincang sesama sendiri.

Aku memandang salah seorang rakan ku. Perempuan. Menyuruhnya memberikan pendapat.

"Kalau aku, susah sikit la. Kalau boleh, aku takkan ambik."

Berkerut dahi aku. "Kenapa?"

"Ye lah, dia kan ada rekod jenayah. Mana tau jadi apa-apa dalam syarikat aku nanti."

"Mana kau tahu dia akan buat kesalahan. Entah-entah dia dah betul-betul berubah dan memang orang tu sangat berbakat. Dan macam mana kau tahu pekerja kau yang lain takkan tipu kau, dan tak ambik rasuah dan sebagainya?" balasku.

Dia hanya tersenyum tawar. Tak terkata.

"Hurm. Macam mana pula dengan orang yang ada HIV? Kau akan ambil kerja tak?" 

"Kalau HIV pun susah jugak la. Payah la nanti. Takut berjangkit."

Aku dah mula kepanasan.

"Kenapa pulak. Apa kaitan orang yang ada HIV dengan kerja? Kalau aku, aku terima je. Takde salah ape-ape kan?"

"Ye lah. Kau mungkin faham. Tapi cuba pikir pekerja-pekerja lain. Apa diorang akan rasa. Tak selesa nanti." balas rakanku itu. Aku merasakan otaknya betul-betul kosong.

"Kenapa kita nak tak nak bagi ex-convict dan orang yang ada HIV peluang yang sama? Mereka entah-entah lagi baik dari kita. Kalau aku, takde masalah lansung. Siapa kita nak cakap orang baik ke jahat."

Sejujurnya aku kecewa. Rakanku itu bukan calang-calang orang. Bijak, pandai, kerja bagus dan sangat berbakat orangnya. Malangnya fikirannya sempit. Tak mampu bersikap positif dan mudah melabel.

Aku dah mula rasa nak berceramah. Tapi aku cuba tahan. "Ni memang tabiat orang kita. Menilai orang berdasarkan perkara lepas yang mereka buat. Bukan melihat ke depan. Dan selalu menganggap seseorang tu jahat dengan status yang dibawa."

Aku berhenti di situ. Tak sanggup nak teruskan. Mungkin tak kena masa. Dan aku tahu rakanku itu cetek sekali pengetahuan tentang HIV, serta tertutup benar hatinya untuk melihat yang baik-baik dalam diri seseorang. Aku tak salahkan dia. Tapi aku berazam akan mendidik mana-mana yang boleh untuk berfikir lebih terbuka.

Yes it ruined my mood this afternoon. Aku mengadu pada sahabat-sahabatku. 

"I wish everyone is like you, her and ayah."

"To be fair you got it the wrong way pun. People memang akan judge and akan think the worse of you. It's people. Bukan you tak tau. Tapi tu dulu. Now you have change."

Aku mengakui kata-kata nya. Biarlah. Masih ada yang faham, dan mengambil berat. Tak kurang kasih sayang mereka kepadaku pun.

Ramai lagi yang masih kisah dan sayang dalam PPWM kan?