Memulakan cerita, setiap pagi, aku akan mendengar Ikim.FM sepanjang memandu ke pejabat, diselangi gelak ketawa HotFM. Tepat jam 8.22 setiap pagi, doa dhuha akan dimainkan selepas berita dan lagu Ikim.FM. Dari situlah aku mula menghafal doa tersebut. Memang tidak dinafikan banyak pengisian dan ilmu dikongsi, dan kerana itulah aku suka benar radio yang satu ini.
Tapi hari ini aku terpanggil untuk menulis pendapatku tentang suatu jenaka
Topic segmen uji minda Ikim.FM pagi ini "Berapa lama tempoh hayat penghidap AIDS?"
Reaksi pertama aku; RETARD! Bagaimana sebagai sebuah radio utama Malaysia, yang bercirikan Islamik dan bawah kelolaan JAKIM boleh mempersoalkan jangka hayat mana-mana manusia? Adakah mereka tahu dan dapat meneka ajal maut seseorang? Dan adakah antara mereka dapat menjamin seorang insan yang sihat hari ini mampu hidup 40-50 tahun lagi? Ajal maut kerja Allah. Dan komen/reply yang ditulis oleh pendengar/peminat sangatlah kurang ajar dan sarcastic. Komen berbaur jenaka dan tidak serius. Perkara begini bukan mainan dan bualan kosong!
(minta maaf sedikit emo)
Biarpun topic yang diutarakan berbunyi simple, tapi maksudnya mendalam bagi orang yang menanggung. Dan bagi orang yang kurang memahami dan cetek ilmu, ia pasti akan menimbulkan kekeliruan dan perasaan paranoid (takut) terhadap hadiah Allah ini. Wadah radio merupakan salah satu tools terpenting dalam menyebarkan maklumat. Sekiranya maklumat yang disebarkan itu tidak tepat dan salah, maka negatif lah kesannya kepada masyarakat.
Sikap kurang sensitif dan tidak mengambil tahu pihak Ikim.FM, terutamanya penerbit dan crew rancangan tersebut sangat terserlah. Mereka ini bukan calang-calang orang, berpendidikan tinggi dan mahir dalam selok-belok penyiaran, tapi dek kerana kurang prihatin dan tidak mempunyai sense of empathy, inilah akibatnya.
Aku kesal. Berdepan dengan masyarakat tidak faham dan judgemental sudah besar benar cabarannya, kini dicurah lagi minyak ke dalam api yang cuba dipadamkan.
Tapi ada hikmahnya kejadian pagi tadi. Aku lihat semua ahli PPWM bersatu suara menyatakan bantahan dan menjelaskan perkara yang sebenar. Tidak kurang yang bersikap sangat professional menjawab soalan dan mengutarakan pendapat yang sangat jelas, sehinggakan tidak terjawab oleh pihak Ikim.FM. Mungkin kesan baik TOT tempohari. Aku tersenyum bangga. Kita sudah mampu keluar dari kepompong ketakutan, membuktikan kita mempunyai hak untuk bersuara dan mampu hidup seperti insan lain.
Aku mendesak Ikim.FM memohon maaf secara terbuka kepada pihak-pihak yang terkena tempias; PPWM, MAC, NGO, dan pembawa HIV sendiri. Dan mereka hendaklah mengadakan satu sesi khas untuk menerangkan perkara sebenar kepada masyarakat tentang hadiah Allah ini. Biar pendengar faham. Huraikan kekeliruan dan kurangkan rasa paranoid masyarakat kepada PLHIV.
Aku berharap perkara sebegini tidak lagi berlaku pada mana-mana radio di Malaysia. Perjuangan masih jauh, banyak yang perlu disekolahkan. Semoga Allah bersama-sama perjuangan kita.
ya saya pun suka dengar IKIM dan sangat terkilan.. sebab setahu saya isu2 yang mereka bawakan sebelum ini sangat professional..
ReplyDeletesaya juga mengesa agar mereka melakukan sesuatu untuk membersihkan isu ini.. namun di pihak kita juga ..janganlah emosional kerana emosi itu hanya menjurangkan dan mengkaburkan lagi apa yang benar.. wallahualam.
Assalamualaikum bro..
ReplyDeletebelieve me bila bersatu semuanya akan jadi kuat... dan apa yang IKIM buat tu mungkin bukan kesalahan satu organisasi IKIM tu semua tapi sebagai wadah new media mereka mesti faham walaupun bukan pendirian rasmi IKIM tapi apa sahaja yang di postkan di official pafe FB IKIM dan disiarkan di radio menjadi stand mereka. Tak boleh lari dari benda ni..
Namun begitu, satu kesalahan dan kesilapan ini tidak patut memadamkan seribu kebaikan yang dibawa oleh IKIM FM sejak penubuhannya dan diakui IKIM FM banyak mempengaruhi hidup kita terutama yang mencari redha Allah..
Ajal maut adalah urusan allah. Nama sahaja radio islam tetapi langsung tak sensitif ttg nasib org lain. Lihat kak azean irdawaty yg menghidap kanser. Doktor ckp dia hanya boleh hidup sampai 2010 ttp skrg 2013 dia masih diberi peluang oleh allah utk berada di muka bumi ini.
ReplyDeletejanganlah bersikap sebegini..sikap sebegini sangat lah murah nilai pandangan sisi kita..
DeleteKata Dr MAZA, tidak ada insan yang sempurna..nilai seadilnya... yang buruk kita katakan buruk dan yang baik kita katakan baik..jangan bersikap bila salah dia sikit terus kita menafikan jasa-jasanya teruk yang buruk..tidak baik begitu.. harap bro berpandangan lebih luas dan adil dalam menilai..kelak.
Saya pun marah akan isu ini dan ramai lagi marah akan isu ini namun nilailah apa yang IKIM telah sumbangkan dalam hal ini dan hal agama selama ini..
terkilan rasanya mendengar nama saja radio islam tetapi langsung tak sensetif.. seingat saya radio ini banyak membahaskan sesuatu isu ilmiah. masyarakat berminda luas..contohnya islam dan sains.
wallahualam..
ReplyDeleteThanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhật và gửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ