Sunday, 2 June 2013

Complacent, Bila Allah Menarik Kembali Hidayah

Salam ukhwah. Minta maaf lama menyepi. Terlalu sibuk dengan kerja dan urusan dunia, sehinggakan aku hampir terlalai dengan tanggunjawab yang lebih penting kepada Allah disini.

Aku ingin berbicara tentang suatu sikap insan (terutamanya diriku) yang amat mudah merasa selesa dan seterusnya melupakan ujian, peringatan dan perintah Allah. Complacent; maksudnya puas hati atau rasa selesa dengan apa yang kita ada.

Aku amat berterima kasih kepada seorang insan (Abg Iz) yang banyak membantu diri aku ketika aku masih keliru dulu. Satu pesannya yang amat aku ingat hingga kini;

"Nak berubah biar perlahan-lahan, nanti takut bila dan selesa kau buat semula". 

Ketika itu, aku menidakkan kata-kata itu sekeras-kerasnya, dan cukup yakin aku akan terus berubah selama-lamanya.

Tapi kini, aku semakin merasakan benar apa yang dikatakan insan tersebut. Disebabkan rasa selesa dan banyak ilmu yang dipelajari tentang hadiah Allah ini, aku tidak lagi takut. Dalam hati aku, aku tahu ia bukan suatu yang mampu memusnahkan kehidupanku. Dan kerana itulah aku kini semakin kurang berdoa dan beribadah kepada Allah. Kalau dulu aku boleh bangun setiap malam untuk solat, kini selang-selang hari. Kalau dulu setiap minggu aku habiskan satu juzuk Quran, kini nak belek-belek pun susah.

Inilah yang amat aku takutkan, apabila Allah menarik kembali hidayahNya yang telah diberikan kepada jiwa dan hati kita. Hidayah dan iman itu milik mutlak Allah. Dia menurunkannya kepada hambaNya yang dipilih dan mampu menarik kembali apabila dikehendaki. Sebagai Muslim, wajib ke atas kita untuk terus berdoa supaya dikekalkan hidayah ini, disamping menjauhkan diri dari segala maksiat yang akan merosakkan iman.

Mr Presiden pernah berkata "virus ni takde ape pun sebenarnya". Jika kata-kata itu diambil bulat-bulat, setelah kita semua sampai ke tahap accepting, maka sangat mudahlah kita kembali kedalam kemaksiatan. Aku tidak menyalahkan Mr Presiden apabila dia berkata begitu kerana maksudnya lain, tapi buar mereka yang kurang berfikir, maka mereka mengambil mudah tentang ujian Allah ini.

Aku perhatikan, ramai sahabat-sahabat yang masih lagi bergelumang dengan maksiat meskipun mereka tahu bahawa semua itu dosa besar. Ketika awal didiagnos, semuanya meratap menyesali kesilapan, bertaubat, mula solat, berdoa dan mendekatkan diri dengan masjid. Tetapi tidak ramai yang benar-benar kekal sebegitu. Majoritinya kembali melakukan maksiat setelah merasa selesa dan tahu bagaimana langkah pencegahan. Inilah kegagalan kita. Hanya takut dengan hukuman Allah bila keliru dan sedih, tapi tidak benar-benar memikirkan yang destinasi mutlak kita adalah akhirat.

Berhenti lakukan maksiat bukan kerana kau takut penyakit dan mati dunia, tapi kerana inginkan keampunan Allah dan rahmatnya di akhirat!

Musibah, kefakiran dan penyakit merupakan peringatan Allah kepada kita semua. Jadikanlah penyakit/virus ini suatu peringatan yang berterusan kerana ia ada dalam diri kita setiap masa selagi kita bernyawa. Aku berpesan kepada diriku terutamanya, dan kepada sahabat-sahabat semua.

Amalkan doa dibawah setiap kali selepas solat. InsyaAllah, kita sama-sama memimpin tangan ke Jannah.

3:8
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(Ali-Imran, 3:8)

Mutiara Kata: A true friend is a friend that care about your Akhirah!

2 comments:

  1. Ujian bgini la yg lebih mnggerunkn krn kaffarah boleh btukar mjdi bala'
    Nauzubillah..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sgt2. Sesungguhnya berubah itu amat susah..tapo yang lebih susah adalah istiqamah...iaitu terus dlm perjuangan.

    ReplyDelete