Monday, 28 March 2016

Day-1 with HAART

Assalamualaikum w.b.t

Lama menyepi bukan bermakna aku hilang atau sudah dipanggil Ilahi, tapi menjauhkan diri kerana kesibukan kerja.

Malam tadi aku mula menelan 2 biji pil yang bakal aku telan setiap hari selagi masih bernyawa. Combination Tenvir and Stockrin. Setelah lebih 3 tahun bertahan, aku mengambil keputusan memulakan ubat untuk persediaan sebelum perkahwinan. Diikutkan, CD4 aku masih tinggi dan masih boleh bertahan, tapi atas nasihat doktor aku nekad memulakan nya.

Semoga Allah memberi kekuatan fizikal dan mental kepada kita semua!