Thursday, 27 June 2013

Jenaka Kasar Ikim.FM

Senyap bukan bererti hilang. Aku hanya memerhatikan dari jauh, melihat perkembangan perjuangan dan menyokong sekadar termampu. Aku masih disini, sihat walafiat. Alhamdulillah syukur kepadaMu Allah dengan nikmat kesihatan yang masih aku miliki.

Memulakan cerita, setiap pagi, aku akan mendengar Ikim.FM sepanjang memandu ke pejabat, diselangi gelak ketawa HotFM. Tepat jam 8.22 setiap pagi, doa dhuha akan dimainkan selepas berita dan lagu Ikim.FM. Dari situlah aku mula menghafal doa tersebut. Memang tidak dinafikan banyak pengisian dan ilmu dikongsi, dan kerana itulah aku suka benar radio yang satu ini.

Tapi hari ini aku terpanggil untuk menulis pendapatku tentang suatu jenaka biadab kasar yang dikeluarkan  Ikim.FM. Aku cukup pantang bila abang-kakak-adik dalam keluarga besarku diusik dan dijadikan jenaka. Aku sendiri juga terasa, tidak terkecuali.

Topic segmen uji minda Ikim.FM pagi ini "Berapa lama tempoh hayat penghidap AIDS?"

Reaksi pertama aku; RETARD! Bagaimana sebagai sebuah radio utama Malaysia, yang bercirikan Islamik dan bawah kelolaan JAKIM boleh mempersoalkan jangka hayat mana-mana manusia? Adakah mereka tahu  dan dapat meneka ajal maut seseorang? Dan adakah antara mereka dapat menjamin seorang insan yang sihat hari ini mampu hidup 40-50 tahun lagi? Ajal maut kerja Allah. Dan komen/reply yang ditulis oleh pendengar/peminat sangatlah kurang ajar dan sarcastic. Komen berbaur jenaka dan tidak serius. Perkara begini bukan mainan dan bualan kosong!

(minta maaf sedikit emo)

Biarpun topic yang diutarakan berbunyi simple, tapi maksudnya mendalam bagi orang yang menanggung. Dan bagi orang yang kurang memahami dan cetek ilmu, ia pasti akan menimbulkan kekeliruan dan perasaan paranoid (takut) terhadap hadiah Allah ini. Wadah radio merupakan salah satu tools terpenting dalam menyebarkan maklumat. Sekiranya maklumat yang disebarkan itu tidak tepat dan salah, maka negatif lah kesannya kepada masyarakat.

Sikap kurang sensitif dan tidak mengambil tahu pihak Ikim.FM, terutamanya penerbit dan crew rancangan tersebut sangat terserlah. Mereka ini bukan calang-calang orang, berpendidikan tinggi dan mahir dalam selok-belok penyiaran, tapi dek kerana kurang prihatin dan tidak mempunyai sense of empathy, inilah akibatnya.

Aku kesal. Berdepan dengan masyarakat tidak faham dan judgemental sudah besar benar cabarannya, kini dicurah lagi minyak ke dalam api yang cuba dipadamkan. 

Tapi ada hikmahnya kejadian pagi tadi. Aku lihat semua ahli PPWM bersatu suara menyatakan bantahan dan menjelaskan perkara yang sebenar. Tidak kurang yang bersikap sangat professional menjawab soalan dan mengutarakan pendapat yang sangat jelas, sehinggakan tidak terjawab oleh pihak Ikim.FM. Mungkin kesan baik TOT tempohari. Aku tersenyum bangga. Kita sudah mampu keluar dari kepompong ketakutan, membuktikan kita mempunyai hak untuk bersuara dan mampu hidup seperti insan lain.

Aku mendesak Ikim.FM memohon maaf secara terbuka kepada pihak-pihak yang terkena tempias; PPWM, MAC, NGO, dan pembawa HIV sendiri. Dan mereka hendaklah mengadakan satu sesi khas untuk menerangkan perkara sebenar kepada masyarakat tentang hadiah Allah ini. Biar pendengar faham. Huraikan kekeliruan dan kurangkan rasa paranoid masyarakat kepada PLHIV.

Aku berharap perkara sebegini tidak lagi berlaku pada mana-mana radio di Malaysia. Perjuangan masih jauh, banyak yang perlu disekolahkan. Semoga Allah bersama-sama perjuangan kita. 

Sunday, 16 June 2013

Sunday, 2 June 2013

Complacent, Bila Allah Menarik Kembali Hidayah

Salam ukhwah. Minta maaf lama menyepi. Terlalu sibuk dengan kerja dan urusan dunia, sehinggakan aku hampir terlalai dengan tanggunjawab yang lebih penting kepada Allah disini.

Aku ingin berbicara tentang suatu sikap insan (terutamanya diriku) yang amat mudah merasa selesa dan seterusnya melupakan ujian, peringatan dan perintah Allah. Complacent; maksudnya puas hati atau rasa selesa dengan apa yang kita ada.

Aku amat berterima kasih kepada seorang insan (Abg Iz) yang banyak membantu diri aku ketika aku masih keliru dulu. Satu pesannya yang amat aku ingat hingga kini;

"Nak berubah biar perlahan-lahan, nanti takut bila dan selesa kau buat semula". 

Ketika itu, aku menidakkan kata-kata itu sekeras-kerasnya, dan cukup yakin aku akan terus berubah selama-lamanya.

Tapi kini, aku semakin merasakan benar apa yang dikatakan insan tersebut. Disebabkan rasa selesa dan banyak ilmu yang dipelajari tentang hadiah Allah ini, aku tidak lagi takut. Dalam hati aku, aku tahu ia bukan suatu yang mampu memusnahkan kehidupanku. Dan kerana itulah aku kini semakin kurang berdoa dan beribadah kepada Allah. Kalau dulu aku boleh bangun setiap malam untuk solat, kini selang-selang hari. Kalau dulu setiap minggu aku habiskan satu juzuk Quran, kini nak belek-belek pun susah.

Inilah yang amat aku takutkan, apabila Allah menarik kembali hidayahNya yang telah diberikan kepada jiwa dan hati kita. Hidayah dan iman itu milik mutlak Allah. Dia menurunkannya kepada hambaNya yang dipilih dan mampu menarik kembali apabila dikehendaki. Sebagai Muslim, wajib ke atas kita untuk terus berdoa supaya dikekalkan hidayah ini, disamping menjauhkan diri dari segala maksiat yang akan merosakkan iman.

Mr Presiden pernah berkata "virus ni takde ape pun sebenarnya". Jika kata-kata itu diambil bulat-bulat, setelah kita semua sampai ke tahap accepting, maka sangat mudahlah kita kembali kedalam kemaksiatan. Aku tidak menyalahkan Mr Presiden apabila dia berkata begitu kerana maksudnya lain, tapi buar mereka yang kurang berfikir, maka mereka mengambil mudah tentang ujian Allah ini.

Aku perhatikan, ramai sahabat-sahabat yang masih lagi bergelumang dengan maksiat meskipun mereka tahu bahawa semua itu dosa besar. Ketika awal didiagnos, semuanya meratap menyesali kesilapan, bertaubat, mula solat, berdoa dan mendekatkan diri dengan masjid. Tetapi tidak ramai yang benar-benar kekal sebegitu. Majoritinya kembali melakukan maksiat setelah merasa selesa dan tahu bagaimana langkah pencegahan. Inilah kegagalan kita. Hanya takut dengan hukuman Allah bila keliru dan sedih, tapi tidak benar-benar memikirkan yang destinasi mutlak kita adalah akhirat.

Berhenti lakukan maksiat bukan kerana kau takut penyakit dan mati dunia, tapi kerana inginkan keampunan Allah dan rahmatnya di akhirat!

Musibah, kefakiran dan penyakit merupakan peringatan Allah kepada kita semua. Jadikanlah penyakit/virus ini suatu peringatan yang berterusan kerana ia ada dalam diri kita setiap masa selagi kita bernyawa. Aku berpesan kepada diriku terutamanya, dan kepada sahabat-sahabat semua.

Amalkan doa dibawah setiap kali selepas solat. InsyaAllah, kita sama-sama memimpin tangan ke Jannah.

3:8
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(Ali-Imran, 3:8)

Mutiara Kata: A true friend is a friend that care about your Akhirah!

Saturday, 1 June 2013

will be back!

officially being away for 30 days. hate to say it, but i am extremely busy. non-stop outstation, family matters, weddings, training yada yada yada..

wait for me :)