Sumber dari sini
Ia merupakan satu perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (US) dan 10 lagi negara Asia Pasific (Australia, Brunei, Canada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, dan Vietnam). Perbincangan tentang perjanjian perdagangan ini telah dimulakan sejak awak 2010 lagi, dengan US menjadi hos utama. Ia dijangka ditandatangani pada Oktober 2013.
Terdapat banyak isu yang dibincangkan dalam perjanjian tersebut walaupun perinciannya masih menjadi rahsia sehingga hari ini. Antara perkara utama dalam TPPA yang diketahui umum adalah akses pasaran, akta pelaburan, telekomunikasi, kerjasama kastam, harta intelek dan hakcipta terhadap barang-barang kawalan.
Negara-negara yang menandatangani perjanjian ini akan tertakluk kepada perkara-perkara yang dipersetujui dalam pengurusan negara masing-masing.
Contohnya, dalam TPPA dinyatakan perlu dikenakan sekatan terhadap bunga hidup yang ingin diimport dari Papua New Guinea. Jika Malaysia menandatangani TPPA, maka seperti 10 negara lain, kita tidak akan boleh mengimport bunga dari Papua.
Jadi, apa kaitan perjanjian ini terhadap kita semua?
Untuk pengetahuan semua, kebanyakan kajian dan penemuan ubat-ubatan dalam pelbagai bidang penyakit bermula dari US. Syarikat-syarikat gergasi mereka telah mengeluarkan ubat-ubatan untuk penyakit kronik seperti cancer, HIV, hepatitis, viral infection, STD. Syarikat-syarikat ini merupakan pengeluar asal ubat-ubatan tersebut dan mereka telah menjadikan ia hak cipta mereka.
Walaupun ubat-ubat ini berasal dari syarikat-syarikat asal di US, tapi seiiring dengan perkembangan semasa, banyak syarikat dari negara lain telah berjaya mengeluarkan ubat yang sama dengan kos yang lebih murah.
Dalam TPPA, dinyatakan bahawa setiap negara hendaklah membeli ubat original sahaja untuk melindungi hak cipta asal. Sekiranya ada pihak dalam negara tersebut cuba membeli ubat yang tak-original, tindakan undang-undang boleh diambil.
Dengan menandatangani TPPA, Malaysia secara automatiknya akan mematuhi perjanjian untuk hanya membeli ubat-ubatan dari syarikat asal. Kita tidak lagi boleh membeli ubat dari syarikat lain, dan kos untuk membeli ubat original adalah hampir 1000% lebih mahal.
Apa kesannya kepada kita?
Apabila kita hanya boleh membeli ubat-ubatan ini daripada syarikat asal, dan dilarang membeli dari negara lain, kos mendapatkan ubat-ubatan akan menjadi sangat tinggi. Jika kini kerajaan Malaysia mampu memberi ubat-ubatan ini secara percuma kepada pesakit, dengan peningkatan harga nanti mungkin kerajaan tidak lagi mampu mengedarkan percuma. Pesakit yang memerlukan ubat-ubat ini perlu mengeluarkan duit sendiri kerana kerajaan tidak lagi mampu menanggung kos ubat-ubatan ini.
Ini tentunya akan menyukarkan sebahagian besar pesakit di dalam negara kita. Majoriti rakyat kita masih lagi berpendapatan rendah dan sederhana, dan kos untuk mendapatkan ubatan sangat tinggi.
Jadi bayangkan lah jika seorang petani yang menghidap kanser hati yang memerlukan ubat bernilai RM5000 sebulan, dan kerajaan tidak mampu menyediakannya. Apa nasib ramai rakyat negara kita nanti?
Untuk pembawa HIV, ubat HAART adalaha sesuatu yang amat diperlukan sehingga akhir nyawa. HAART memang terkenal dengan harganya yang sangat mahal, biarpun hari ini kita masih mendapatkan bekalan dari negara pengeluar lain. Cuba bayangkan jika kita hanya boleh membeli ubat original yang harganya 100 kali lebih tinggi.
Apa yang harus kita lakukan?
Sebagai seorang yang pasti akan terkena tempias TPPA ini, kita perlu mengumpulkan suara untuk menolak perjanjian ini ditandatangani. Mungkin kita semua tidak cukup arif atau mempunyai pengaruh yang kuat untuk lantang berdebat dimeja bulat, tapi kita boleh melakukan sesuatu,
Satukan hati dan suara, dan nyatakan pendirian kita. Biar mereka diatas sana (kerajaan, NGO, pemimpin masyarakat) tahu kesusahan kita apabila TPPA ini ditandatangani.
Sila masuk ke laman web ini dan tandatangani petisyen menolak TPPA di Malaysia.
Ia tidak mengambil masa yang lama. Mudah dan senang. Ambil berat dan ambil kisah. Jangan hanya mendengar enteng dan tidak melakukan apa-apa. Untuk memperbaiki nasib kita juga bukan?
Sgt hargai effort. HUG
ReplyDeletea very good info.
ReplyDeleteterima kasih sebab saya memang xpaham isu ni.. tapi saya rasa biasa jumpa sebelum ni tapi bukanlah ubat sebaliknya hak cipta ilmu.. rasanya wikipedia pernah buat boikot..
ReplyDeleteentah dalam hati ada perasaan yang benda ni xjadi sebab merasakan mungkin mereka di barat sedang berjuang wallahualam.. apapun Allah jualah segalanya akhirnya.
terima kasih atas info ni. semua ini juga sbnrnya ada berkait dgn pattern rght yg dikawal dan ditentukan oleh US yg sgt tinggi standard nya yg melibatkan kos yg mahal akhirnya menyebabkan harga sesuatu produk juga melambung tinggi..
ReplyDelete