Thursday, 15 May 2014

Doa Solat Jumaat

Assalamualaikum wbt.

Lama tidak menulis, banyak yang berlaku dalam hidup aku sejak beberapa bulan ni. Hati naik turun, gembira, sedih, kecewa bercampur-campur. Aku sedang mencari kekuatan diri untuk menghadapi setiap yang berlaku, berusaha berubah dan membuktikan yang aku akan menjadi insan yang lebih baik.

Insan tersayang berpesan, "Ubah diri dulu, Allah dan Rasul dalam setiap perkara dan baru fikir nak convince orang untuk terima awak".

Jumaat tadi, iman di masjid kariah aku membacakan doa yang cukup menyentuh hati. Cukup bermakna, dan sayu sekali. Aku hampir menitiskan air mata.

**

Ya Allah, berikanlah kami jodoh yang dapat memimpin tangan kami ke syurga.
Ya Allah, rezekikan kami isteri yang sentiasa mengajak kami kepada Islam,
Ya Allah, rezekikan kami isteri yang menghalang kami dari maksiat,
Ya Allah, rezekikan kami isteri yang sentiasa menjaga kehormatan dan memelihara diri,,
Ya Allah, rezekikan kami sahabat yang sentiasa memberi peringatan kepada kami,
Ya Allah, berikan kami sahabat yang menguatkan kami untuk bertaubat kepadamu.

Ya Allah, jauhkan kami dari sahabat-sahabat yang mengajak kami ke arah maksiat,
Ya Allah, jauhkan kami dari sahabat-sahabat yang menarik kami ke neraka Mu,
Ya Allah, jauhkan kami dari kawan yang leka,
Ya Allah, jauhkan kami dari kawan memenangkan nafsu dan perasaan.

Ya Allah, kurniakan kami kekuatan hati untuk jihad kearah agama Mu,
Dan bukanlah pintu hati kami untuk benar-benar bertaubat kepadamu.

**

Allah, aku sudah semakin jauh..